Apakah istilah "refund" di dalam Bahasa Melayu? Menurut Istilah Wang DBP, refund adalah bayar balik. Adakah istilah itu boleh digunapakai atau terdapat istilah yang lebih sesuai untuk digunakan seperti pemulangan wang? | Padanan bagi istilah refund dalam bahasa Melayu ialah bayar balik, kembalian atau pemulangan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 24.06.2024 |
Apakah maksud yang sesuai untuk "TRAY RETURN STATION"? | TRAY RETURN STATION boleh dimaksudkan sebagai STESEN PEMULANGAN DULANG. | Makna | 11.11.2021 |
sya akan menunjukkan langkah demi langkah kepada pengunjung itu untuk menggunakan mesin gelongsor buku supaya dia memahami cara penggunaannya dan berjaya memulangkan buku. adakah ayat ini betul dan gramatis? | Ayat yang betul ialah “Saya akan menunjukkan langkah penggunaan mesin gelongsor buku kepada pengunjung supaya mereka faham cara pemulangan buku menggunakan mesin berkenaan.” | Tatabahasa | 09.10.2024 |
Salam DBP, Mohon bantu saya untuk pertanyan tentang buku yang saya beli seperti berikut : ISBN : 978-983-62-8558-4 Pada hlmn xvii di baris ketiga dinyatakan ada halaman 'senarai kependekan' untuk panduan. Saya dapati halaman tersebut tiada di dalam buku yang saya beli. Mohon DBP emelkan kpd sy halaman yang dimaksudkan. Terima kasih Solleh | Salam sejahtera saudara, Berhubung dengan ketiadaan halaman tersebut, mohon saudara membuat pemulangan dan menukar naskhah yang baharu di Kompleks DBP Hulu Kelang - 03-41010028/019-2141956 Segala kesulitan berhubung ketiadaan halaman tersebut, kami memohon maaf. Sekian. | Lain-lain | 06.11.2020 |
Salam sejahtera Tuan/Puan, 1. This document is the property of UOP and is subject to return on demand. TT: Dokumen ini merupakan hak milik UOP dan tertakluk kepada kepulangan di atas permintaan. 2. Disclosure of information herein embodied is prohibited except as is expressly authorized by UOP. TT: Pendedahan maklumat yang terkandung di sini dilarang kecuali dibenarkan seperti adanya secara tersurat oleh pihak UOP. Minta bantuan pihak tuan/puan nilai terjemahan ayat 1 dan terjemahan istilah undang-undang (as is) dalam konteks ayat 2. Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera, Tuan, Ayat pertama: Dokumen ini merupakan hak milik UOP dan tertakluk pada pemulangan atas permintaan. Ayat kedua: Pendedahan maklumat yang terkandung di sini dilarang kecuali dibenarkan secara tersurat oleh pihak UOP. Sekian, terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.07.2017 |