Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mu.li.han] | ڤموليهن

Definisi : perbuatan memulihkan, pengem­balian kpd keadaan yg semula, pemulangan atau pengembalian (hak, harta benda, dll): rundingan ~ hubungan antara dua negara yg bersengketa; satu lagi cara ~ buku drpd rosak ialah dgn menggunakan plastik; sekiranya ini tidak dilakukan kerja-kerja ~ tanah perlu dilakukan; ~ harga pengembalian harga drpd paras yg lebih rendah (akibat berlakunya kemerosotan harga) kpd keadaan sebelumnya atau paras yg lebih tinggi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mu.li.han] | ڤموليهن

Definisi : hal atau perbuatan memulihkan sesuatu: ~ perlembagaan telah dirangka dan akan dilaksanakan selepas peperangan tamat. pusat ~ pusat atau tempat utk memulihkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pulih (adjektif)
Bersinonim dengan sembuh, baik, sihat, betah, afiat;,
Kata Terbitan : memulihkan, pemulihan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SAYA MENGAJAR MURID-MURID PEMULIHAN SEKOLAH RENDAH, MEREKA AMAT LEMAH DALAM PENGUASAAN SUKUKATA KV , MANA YANG PERLU SAYA MULAKAN DULU, MENGAJAR KONSONAN DAHULU KEMUDIAN BARU VOKAL ATAU SEBALIKNYA.Maklumat yang tuan perlukan tidak ada dalam sumber rujukan kami. Dalam hal pengajaran dan pembelajaran ini sila rujuk kepada pihak yang arif berkaitan ilmu pedagogi, iaitu pensayarah di maktab dan universiti. Rujuk juga buku Mengajar Membaca - Teori dan Aplikasi Panduan Meningkatkan Kemahiran Mengajar Membaca, tulisan Yahyah Othman dan Motivasi dan Kaedah Membaca, tulisan Zaini Ujang terbitan Nurin Entreprise.

Lain-lain29.04.2013
JELASKAN LANGKAH - LANGKAH YANG TELAH DIAMBIL UNTUK MENGATASI MASALAH PEMBELAJARAN PELAJAR PEMULIHAN KHAS.Soalan yang saudara kemukakan ini berbentuk tugasan dan soalan sebegini adalah di luar skop perkhidmatan kami kerana memerlukan kajian khusus dan pembacaan yang banyak. Kami mencadangkan saudara merujuk buku atau makalah  yang berkaiatan dengan tajuk untuk memudahkan saudara menyiapkan tugasan tersebut. Sila layari laman web kami, tuliskan tajuk yang berkaitan dengan tugasan dan klik domain Buku atau Artikel. Saudara juga boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP untuk membuat rujukan akademik atau mana-mana perpustakaan lain yang berhampiran.Lain-lain09.04.2013
Bagaimana ingin membantu murid sekolah rendah (yang tidak tahu membaca) supaya dapat membaca dengan lebih baik lagi selain daripada program pemulihan?

Untuk membantu saudara menyelesaikan persoalan tersebut, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun, dan saudara boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan. Di bawah merupakan hasil carian menggunakan KAWAT DBP. Diiharap buku-buku rujukan tersebut dapat menyelesaikan persoalan saudara.

 JUDULPENGARANGPENERBITTAHUN TERBITNO KELAS 
Mengajar Membaca - Teori Dan Aplikasi Panduan Meningkatkan Kemahiran Mengajar MembacaYahya Othman  2004428.407 YahTerperinci
Motivasi dan Kaedah MembacaZaini UjangNurin Enterprise1993175.8 ZaiTerperinci
Pembangunan perisian kaedah membaca bermultimediaAmran JonedUKM Bangi2002TE 005.1 AmrTerperinci

 

Lain-lain13.04.2009
Salam 1 Malaysia, Saya mahu bertanya berkenaan dengan maksud perkataan koreksional di dalam ayat " Menjadi sebuah organisasi koreksional bertaraf dunia menjelang 2020 ".

Koreksional tiada dalam bahasa Melayu. Perkataan yang sama erti dengan perkataan tersebut ialah pemulihan.

Makna15.04.2010
What is the B.M term for "Correctional Centre"? Thank you.Untuk makluman, tidak ada istilah yang khusus untuk "correctional centre". Padanan istilah ini bergantung pada konsep dan konteks penggunaan. Istilah ini boleh diberi padanan bahasa Melayu seperti Pusat Pembetulan dan Pusat Pemulihan.Istilah15.10.2012
Perkataan 'ulu' terdapat takrifan sebagai kepala benda dalam bahasa sukuan ( Bisaya). Adakah ianya boleh diterima sebagai istilah bahasa melayu. Masalah saya ialah saya mengajar murid perkataan ulu dengan merujuk kepada kepala benda. Contoh ppt dilampirkan (email pd En Sulaiman). Adakah ianya satu kesalahan dan perlu saya perbaiki. Dalam buku Panduan Pengurusan Pemulihan Khas terbitan Jabatan Pendidikan Khas KPM juga digambarkan ulu sebagai kepala benda( keris). Tarima kasihDalam hal ini kami berpegang pada Kamus Dewan yang menggunakan frasa hulu keris bukan ulu keris, kerana ulu tidak ada dalam entri Kamus. Untuk makluman saudara, lazimnya pengambilan daripada bahasa  sukuan dilakukan apabila tidak ada bahasa/istilah dalam bahasa Melayu. Kami mencadangkan saudara menggunakan perkataan yang standard dan telah diseragamkan iaitu hulu kerana kata tersebut juga mengandungi maksud ulu.Tatabahasa29.04.2010
minta terjemah ayat "quit smoking centre" dalam bahasa malaysia, bolehkah mengguna "pusat berhenti merokok"? sila maklumbalas ke emel xenexmail@gmail.com, terima kasihJika diterjemahkan secara langsung 'Quit smoking centre' dalam bahasa Melayu ialah 'Pusat Berhenti Merokok'. Walau bagaimanpun terjemahan ini terlalu umum dan kami mencadangkan diberi nama lain yang lebih indah di samping tidak mengaitkan pusat 'pemulihan' tersebut dengan kegiatan merokok.Istilah02.04.2011

Kembali ke atas