Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mu.sa.tan] | ڤموستن

Definisi : perbuatan memusatkan: Sultan Perak menentang ~ yg terlalu ditegaskan di Kuala Lumpur; ~ penduduk ke bandar-bandar besar berlaku sejak lepas Perang Dunia Kedua; ~ angkatan perang di sempadan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mu.sa.tan] | ڤموستن

Definisi : perbuatan atau hal memusatkan (sesuatu): ~ kilang di kawasan luar bandar sedang dirancang. ~ penduduk di bandar-bandar besar telah menimbulkan berbagai-bagai masalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pusat (kata nama)
Bersinonim dengan punca, tumpuan, pangkalan, sasaran;,
Kata Terbitan : berpusat, memusatkan, pemusatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kelebihan aliran transformasi genaratifMenurut Teori TG (Transformasi generatif ) yang telah diperkenalkan oleh Noam Chomsky, pemusatan terhadap kajian bahasa terletak pada pengetahuan penutur asli yang memungkinkannya membentuk serta memahami ayat-ayat. Pengetahuan ini dikenali sebagai kecekapan berbahasa yang ada pada setiap penutur asli sasuatu bahasa. Untuk membantu saudara mendapatkan kelebihan terperinci aliran transformasi generatif, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu Bab 19.Tatabahasa06.03.2007

Kembali ke atas