Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mu.tar] | ڤموتر

Definisi : 1. alat utk memutar: ~ pancur air; ~ piring; ~ skru; 2. orang yg memutar; ~ semangat ki sesuatu (nasihat dll) yg me­mulihkan atau mendatangkan semangat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mu.tar] | ڤموتر

Definisi : alat utk memutarkan (sesuatu): ~ skru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemutar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Saya ingin mengetahui istilah sebenar yang digunakan bagi pemutar skru dan skru seperti yang ditunjukkan dalam gambar (seperti yang dilampirkan). Untuk makluman tuan, istilah yang selalu diguna pakai (secara tidak rasmi) adalah pemutar skru mata philips, pemutar skru mata rata, manakala bagi skru pula istilah yang selalu diguna pakai ialah skru kepala philips dan skru kepala belah atau kepala rata. Mohon bantuan dari pihak tuan kerana tiada rekod dalam www.prpn.dbp.gov.my. saya juga telah membuat rujukan dalam internet melalui web-web tertentu tetapi semua istilah yang diguna pakai adalah tidak sama. Segala kerjasama dari ppihak tuan, diucapkan jutaan terima kasih.Istilah bahasa Melayu untuk gambar yang diberikan adalah seperti yang berikut:
1. Phillips screw driver  - pemutar skru Phillips
2. screw driver   -  pemutar skru (tidak ada istilah pemutar skru mata rata)
3. Phillips screw head - skru Phillips
4. slot head screw -  skru ulir
Istilah11.10.2012
Apakah terjemahan kepada objek "wheel spinner"?Padanan bagi istilah wheel spinner dalam bahasa Melayu ialah pemutar roda. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah09.07.2024
Sekolah kami telah mengadakan pertandingan 'tongue-twister' jadi bagaimanakah boleh kita menterjemahkan istilah ini kepada Bahasa Malaysia?Istilah bahasa Melayu untuk tongue-twister ialah pematah lidah (bidang Pendidikan). Dalam Kamus Inggeris- Melayu Dewan, tongue-twister diterjemahkan sebagai pembelit lidah atau pemutar lidah.Istilah09.07.2011
Apakah terjemahan bagi istilah 'swivel washer'? (kategori: kejuruteraan)

Untuk makluman belum ada istilah khusus untuk swivel washer.  Walau bagaimanapun, istilah swivel mempunyai beberapa padanan bahasa Melayu seperti pusing dan pemutar ayun . Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk swivel washer ialah sesendal boleh pusing.

Penyemakan dan penterjemahan02.12.2015

Kembali ke atas