Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.vak.si.nan] | ڤمۏکسينن

Definisi : proses (tindakan atau perbuatan) memvaksin, vaksinasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemvaksinan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Harga bagi Pfizer adalah termasuk penghantarannya ke pelbagai kawasan untuk vaksinisasi. Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 akan membincangkan sama ada pekerja asing dan ekspatriat diberikan pemvaksinan percuma untuk mengekang penularan COVID-19 dengan berkesan. Sidang media mengenai perkembangan perolehan Vaksin COVID-19 di bangunan Parlimen Nak tanya perkataan 'mengenai'' adakah salah atau betul?Bolehkah menggunakan'mengenai tentang' atau mengenai sahaja? Kita menzahirkan rasa simpati magsa banjir di beberapa negeri Dia mendengar taklimat banjir disampaikan oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi Beliau turut menghulur sumbangan bakul makanan kepada mangsa di dewan kolej berkenaan selain bertanya khabar dan meminta mereka bersabar terhadap musibah yang melanda. Adakah beberapa kesalahan tatabahasa atau kesalahan istilah yang salah?Jika ada kesalahan tatabahasa,sila Tuan beri penjelasan.Terima kasih.
Perkataan "mengenai" tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada. Contohnya: Tembakan pemburu itu mengenai sasarannya.

Walau bagaimanapun, penggunaan "mengenai" yang disamakan dengan tentang serupa dengan penggunaan bentuk kata kerja lain seperti melaluimengikuti dan menerusi, iaitu berfungsi sebagai kata sendi nama walaupun kata-kata ini sebenarnya tergolong dalam kata kerja. Penggunaan mengenai memadai digunakan dalam ayat. 


Penggunaan tatabahasa yang betul adalah seperti yang berikut:
Kita menzahirkan rasa simpati kepada mangsa banjir di beberapa buah negeri.

Dia mendengar taklimat banjir yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi.

Beliau turut menghulurkan sumbangan bakul makanan kepada mangsa di dewan kolej berkenaan selain bertanya khabar dan meminta mereka agar bersabar dengan musibah yang melanda. 

Tatabahasa07.01.2021
Selamat sejahtera kepada pihak DBP. Saya ingin bertanya. Perkataan yang tepat digunakan ialah : Saya sudah divaksin Atau Saya sudah divaksinasi? Menurut pandangan saya, vaksinasi ialah kata nama (vaccination) dan divaksin (vaccinated) adalah tepat. Betul atau salah? Terima kasih.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan vaksinasi membawa maksud proses menyuntikan vaksin ke dalam tubuh seseorang sebagai langkah perlindungan mencegah sesuatu atau pemvaksinan. Manakala, divaksinasi merupakan bentuk kata kerja pasif yang membawa maksud telah mengambil vaksin.

Berkaitan perkataan divaksinasi atau divaksin. Kedua-duanya boleh diterima kerana datang daripada dua kata dasar yg berbeza, iaitu vaksin dan vaksinasi.

Dalam konteks photobooth/reruai foto yang terdapat di pusat vaksin, kita perlu melihat istilah asal bahasa Inggeris, iaitu I have been vaccinated yang diterjemahkan sebagai Saya telah divaksin sebagai betul dan bukannya I have been vaccination yang apabila diterjemahkan menjadi Saya telah divaksinasi kerana bahasa Inggeris ini ternyata tidak betul.

Oleh itu, dari segi pembentukan kata,  kedua-dua perkataan tersebut, iaitu divaksin dan divaksinasi boleh diterima.

Tatabahasa13.07.2021
Salam Hormat Tuan/Puan, Saya ingin mengesahkan penggunaan imbuhan yang betul. Adakah imbuhan "di-vaksin-asi" ialah penggunaan imbuhan yang betul? Jika salah, apakah yang betul? Adakah "divaksin"? Pertanyaan saya ini kerana kini ramai yang menggunakan kad yang tertera tulisan "Saya telah divaksinasi". Sekiranya salah, ada baiknya ia diperbetul kerana akan mengelirukan ramai pihak, lebih-lebih lagi para pelajar. Sekian pertanyaan daripada saya yang ingin tahu. Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan vaksinasi membawa maksud proses menyuntikkan vaksin ke tubuh seseorang sebagai langkah perlindungan mencegah sesuatu penyakit, pemvaksinan.

Oleh itu, divaksinasi boleh digunakan untuk membentuk kata kerja pasif yang membawa maksud telah mengambil vaksin.
Tatabahasa10.07.2021

Kembali ke atas