Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.na.dah] | ڤناده

Definisi : 1. sesuatu yg digunakan utk mena­dah, bekas: dia membuang abu cerutnya ke ~ abu rokok yg terletak di atas meja; 2. Id pemain yg menyambut bola dlm permainan kasti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.dah] | ڤناده

Definisi : bekas spt baldi dll utk menampung sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penadah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Alatan untuk menahan sampah ketika menyapu sampah sama ada pongkes, pencedok atau penadah sampah. Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pongkes bermaksud sejenis bakul yang tohor untuk mengisi dan mengangkat tanah (sampah dan lain-lain), pengki. Pencedok bermaksud 1. alat untuk mencedok  2. alat seakan-akan sudu bulat yang jeluk, biasanya digunakan untuk mencedok aiskrim, tembikai dan sebagainya. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, penadah sampah ialah padanan untuk bahasa Inggeris dustpan. Berdasarkan ayat yang diberikan, perkataan yang paling sesuai ialah penadah sampah.Makna11.05.2012
penyodok sampah atau pengaut sampah serta apakah penjodoh bilangan yang sesuai?Nama alat tersebut ialah penadah sampah, iaitu padanan bahasa Melayu bagi perkataan dustpan.

Penjodoh bilangan yang sesuai ialah "sebuah"
Makna22.04.2014
Apakah nama alat yang digunakan untuk mengumpulkan sampah ketika disapu adakah penyodok?Nama alat tersebut ialah penadah sampah, iaitu padanan bahasa Melayu bagi perkataan dustpan.Tatabahasa01.10.2013
Dia membuang sampah di dalam tong sampah. Dia membuang sampah ke dalam tong sampah. Soalan saya, adakah keuda-dua ayat di atas boleh digunakan? (Penggunaan di dan ke) Apakah perkataan dalam bahasa Melayu yang betul bagi perkataan bahasa Inggeris berikut: dustpan Adakah penyeduk atau penceduk?Ayat yang betul ialah Dia membuang sampah ke dalam tong sampah. Padanan bahasa Melayu bagi perkataan dustpan ialah penadah sampah.Makna28.06.2010

Kembali ke atas