Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah “mencuri” tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu “jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta”. – Utusan Msia onlne / 8/9/2009 Apakah maksud ‘jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta’ ? Terima kasih. | Frasa tersebut tiada dalam rujukan kami. | Lain-lain | 05.02.2010 |
disclaimer | penafian | Makna | 20.04.2007 |
Translation utk disclaimer? Mengikut carian kata adalah "penafian"...adakah kata ini yang sering digunakan.Tq | Padanan bahasa Melayu bagi kata disclaimer ialah penafian. Saudara boleh menggunakan kata ini. | Istilah | 01.08.2008 |
Mohon pihak DBP membuat semakan tatabahasa terhadap ayat berikut: Penafian: Semua bahan yang diterbitkan dalam Buletin JKT merupakan hak cipta terpelihara. Sebarang bentuk pernerbitan semula sama ada secara keseluruhan atau sebahagian adalah dilarang sama sekali kecuali dengan kebenaran bertulis daripada pihak JKT. Walaupun ketepatan fakta dipatuhi semasa pengumpulan maklumat pihak JKT tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan yang berlaku akibat kesilapan yang tidak dimaksudkan. | Ayat yang berikan adalah betul kecuali penggunaan tanda baca yang perlu dibaiki seperti yang berikut: | | Semua bahan yang diterbitkan dalam Buletin JKT merupakan hak cipta terpeklihara. Sebarang bentuk penerbitan semula sama ada secara keseluruhan atau sebahagian adalah dilarang sama sekali, kecuali dengan kebenaran bertulis daripada pihak JKT. Walaupun ketepatan fakta dipatuhi semasa pengumpulan maklumat,pihak JKT tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan yang berlaku akibat kesilapan yang tidak dimaksudkan. | |
| Tatabahasa | 19.12.2012 |
saya ingin menanya apakah perkataaan yang sesuai digunakan untuk menjelaskan istilah "deprivation" dalam bahasa inggeris? Adakah ia bermaksud kelucutan? | Terdapat beberapa padanan istilah bahasa Melayu untuk deprivation, iaitu perlucutan (bidang Undang-Undang, Psikologi), penafian (bidang Psikologi, Geografi) dan deprivasi (bidang Psikologi, Sosiologi, Perubatan, Pendidikan). Oleh itu, padanan yang sesuai bergantung pada konteks penggunaannya. | Istilah | 12.01.2011 |
Mana ayat yang betul? 1. Ganesh makan roti tetapi adiknya makan biskut. ATAU Ganesh makan roti dan adiknya makan biskut. 2. Kek pandan itu murah dan sedap. ATAU Kek pandan itu murah tetapi sedap. 3. Masakan ibu Rizal ringkas dan berkhasiat. ATAU Masakan ibu Rizal ringkas tetapi berkhasiat. Terimakasih. | Kata hubung “dan” didapati mengimplikasikan maksud kesinambungan atau pertalian, menggabungkan dua item yang setara, serentak, maksud sebagai tambahan, perlakuan berurutan, penjelasan lanjut, menambahkan sifat atau sesuatu suasana, dua atau lebih suasana yang berlaku serentak dan sebab akibat. Sementara, kata hubung “tetapi”, mengimplikasikan maksud pertentangan, memberikan penjelasan lanjut, petunjuk kesinambungan untuk meneruskan perbualan atau pertanyaan, penafian, keadaan atau tujuan yang tidak tercapai, dan pembetulan. Oleh hal yang demikian, ayat 1,2 dan 3 lebih sesuai menggunakan kata hubung "dan". Terima kasih. | Tatabahasa | 22.05.2017 |
Saya Anuwa Rohing sedang belajar bahasa Melayu dasar , di Universiti Fatoni selatan Thailand , ingin bertanya DBP tentang tatabahasa apkah pengertian kata depan, terima kasih | Kata depan berfungsi dalam frasa preposisi, yakni frasa yang unsur pertamanya ialah kata depan, sedangkan unsur berikutnya boleh terdiri daripada kata sempurna. Kata depan boleh dibahagikan pula kepada beberapa golongan kecil berdasarkan jenis adverb yang mendukungnya. Subgolongan kata depan seperti yang berikut, a. kata depan tempat b. kata depan arah c. kata depan waktu d. kata depan perhinggaan e. kata depan penyertaan f. kata depan alat g. kata depan gaya h. kata depan manfaat I. kata depan agentif j. kata depan ligature dan pengantar judul k. kata depan kiasan l. kata depan penafian m. kata depan pengecualian Puan boleh merujuk buku Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima, Asmah Haji Omar untuk keterangan lebih lanjut. | Tatabahasa | 08.12.2013 |
Saya nama Mareenee belajar bahasa Melayu Dasar,ingin bertanya tentang tata bahasa Melayu,apakah maksud kata depan itu,terima kasih. | Kata depan berfungsi dalam frasa preposisi, yakni frasa yang unsur pertamanya ialah kata depan, sedangkan unsur berikutnya boleh terdiri daripada kata sempurna. Kata depan boleh dibahagikan pula kepada beberapa golongan kecil berdasarkan jenis adverb yang mendukungnya. Subgolongan kata depan seperti yang berikut, a. kata depan tempat b. kata depan arah c. kata depan waktu d. kata depan perhinggaan e. kata depan penyertaan f. kata depan alat g. kata depan gaya h. kata depan manfaat I. kata depan agentif j. kata depan ligature dan pengantar judul k. kata depan kiasan l. kata depan penafian m. kata depan pengecualian Puan boleh merujuk buku Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima, Asmah Haji Omar untuk keterangan lebih lanjut. | Tatabahasa | 20.11.2013 |
Saya Somsak Senkonam Sedang Belajar di pusat Bahasa Melayu Dasar. Universisti Pattani, ingin Bertanya DBP;apakah kata depanyang terdapat d iDBP yang Berhubungan dengan Wilayah SATUN.Thailand.Terima kasih. | Kata depan berfungsi dalam frasa preposisi, yakni frasa yang unsur pertamanya ialah kata depan, sedangkan unsur berikutnya boleh terdiri daripada kata sempurna. Kata depan boleh dibahagikan pula kepada beberapa golongan kecil berdasarkan jenis adverb yang mendukungnya. Subgolongan kata depan seperti yang berikut, a. kata depan tempat b. kata depan arah c. kata depan waktu d. kata depan perhinggaan e. kata depan penyertaan f. kata depan alat g. kata depan gaya h. kata depan manfaat I. kata depan agentif j. kata depan ligature dan pengantar judul k. kata depan kiasan l. kata depan penafian m. kata depan pengecualian Puan boleh merujuk buku Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima, Asmah Haji Omar untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 12.11.2013 |
Antara ayat majmuk yang berikut, manakah betul. 1a. Kok Ming mendengar penerangan itu sambil mencatat penerangan itu di dalam buku. 1b. Kok Ming mendengar sambil mencatat penerangan itu di dalam buku. Bolehkah ayat 1b diterima? 2a. Pak Hassan suka makan buah dabai dan buah engkalak. 2b. Pak Hassan suka makan buah dabai dan engkalak. Yang manakah betul, dan penjelasannya. 3a. Puteri Santubong bukan berasal dari Sabah tetapi Sarawak. 3b. Puteri Santubong bukan berasal dari Sabah tetapi dari Sarawak. 3c. Puteri Santubong bukan berasal dari Sabah tetapi berasal dari Sarawak. Yang manakah betul? Sekian, terima kasih.. | Yang berikut ialah ayat yang betul dan penjelasannya. 1. Kok Ming mendengar penerangan itu sambil mencatat di dalam buku. Dalam ayat ini, kata hubung "sambil" menunjukkan dua perkara dilakukan dalam satu masa. 2. Pak Hassan suka makan buah debai dan buah engkalak. Dalam ayat ini, kata hubung "dan" menunjukkan dua hal yang disukai, dan perlu diletakkan penjodoh bilangan "buah". 3. Puteri Santubong bukan berasal dari Sabah tetapi Sarawak. Dalam ayat ini, kata hubung "tetapi" menjelaskan penafian ayat yang pertama. | Tatabahasa | 11.03.2014 |