Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nai.pan] | ڤناءيڤن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) menaip: satu cetakan hasil ~ hendaklah dikeluarkan utk semakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penaipan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
assalamualaikum dan salam 1malaysia. saya ingin bertanya, Apakah yang harus saya lakukan sekiranya saya mahu karya saya seperti novel di terbitkan dan dibukukan serta di edarkan di kedai. bagaimanakah cara yang sepatutnya saya lakukan? sekian, terima kasih.

Salam. Sekiranya sdr sudah menyiapkan manuskrip novel, hantar sahaja kepada penerbit yang sdr pilih, untuk dipertimbangkan penerbitannya. Jika manuskrip sdr diperakui untuk diterbitkan, tugas penerbit itu untuk mengedarkan buku tersebut di kedai. Jika sdr ingin menghantar manuskrip sdr ke DBP untuk dipertimbangkan penerbitannya, perkara utama yang perlu dilakukan ialah manuskrip perlu ditaip langkau dua baris, menggunakan perisian Microsoft Word, dipecahkan mengikut bab dan fail, setiap fail tidak melebihi 30 halaman, penaipan kemas, dan dijilid. Manuskrip novel hendaklah antara 300-500 halaman. Manuskrip yang lengkap, hendaklah disertakan dengan disket/CD/surat iringan dan dihantar menggunakan sampul yang selamat melalui pos atau hantar tangan ke alamat:

Ketua Editor, Bahagian Penerbitan Sastera, Tingkat 11, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

Manuskrip sdr akan dinilai terlebih dahulu sebelum diberi jawapan sama ada sesuai diterbitkan atau tidak. Terima kasih.

Lain-lain13.01.2010
Salam sejahtera. 1. Kalau "di-mana" merujuk kepada tempat - "di" dijarakkan. Bagaimana dengan penggunaan "dimana" yang bukan merujuk tempat tetapi berfungsi seperti Kata Sendi Nama? "di" patut dijarakkan ataupun didekatkan? Contoh ayat: Peraturan telah ditetapkan, (dimana/ di mana) orang yang didapati tidak mematuhinya akan dihukum. 2. Saya memetik penjelasan Kamus Dewan Edisi Keempat mengenai melantas - "tidak singgah atau berhenti dimana-mana" Kenapa "dimana-mana" di tidak dijarakkan sedangkan ia merujuk suatu tempat? Terima kasih.Salam sejahtera,
 1. Di mana -merujuk tempat sahaja dan sesuai digunakan dalam ayat tanya. Contoh: Di mana kamu tinggal? Contoh ayat yang encik gunakan di atas adalah salah. Ayat yang betul: "Peraturan telah ditetapkan, orang yang didapati tidak mematuhinya akan dihukum".
2. "dimana-mana" seperti yang encik petik penjelasannya dalam KAmus Dewan Edisi Keempat adalah kesilapan penaipan sahaja. Yang betul ialah "di mana-mana". Sekian, terima kasih.
Tatabahasa09.10.2013
panduan menulis manuskrip untuk membolehkan dbp menerbirkat buku itu...serta syarat-syarat sampingan.. terima kasih

Assalamualaikum,

                          1. Untuk pengetahuan saudara, setiap buku yang ditulis dan diterbitkan oleh DBP haruslah berdasarkan matlamat dan dasar DBP iaitu penerbitannya merangkumi penerbitan konvensional dan elektronik dengan reka bentuk dan isi yang bermutu tinggi (judul yang membina tamadun bangsa dan merangsang minda pembaca) dan tepat pada sasaran pembaca. Penerbitan ini juga seharusnya dapat memberi manfaat kepada pembaca dan boleh dijual dengan larisnya. Judul ini merangkumi penerbitan buku bahasa (umum dan ilmiah), buku sastera(filsyen dan bukan fiksyen), buku umum pelbagai bidang (Sains Sosial dan Kemanusiaan dan Sains dan Teknologi) untuk pelbagai peringkat umur, dewasa, remaja dan kanak-kanak. 

2. Manuskrip hendaklah ditulis berdasarkan judul yang dikemukakan dan merangkumi bahagian awalan (judul separa, judul penuh, hlm. hak cipta, kandungan, kata pengantar, prakata, penghargaan dan sebagainya), bahagian teks (tajuk bahagian dan tajuk bab) dan bahagian akhiran (bibliografi, indeks dan sebagainya) - kesemuanya, mohon rujuk buku Gaya Dewan. Laras penulisan hendaklah mengikut bidang yang ditulis dan mengikut peringkat umur pembaca.  

3. Cara menyediakan manuskrip ialah, penaipan dengan komputer langkau dua baris dengan menggunakan perisian yang sesuai dengan DBP, setiap fail tidak melebihi 20 halaman dan sertakan satu set lengkap senarai ilustrasi (jika ada).

4. Penghantaran hendaklah bersama-sama dengan manuskrip lengkap, disket atau CD-ROm, surat iringan kepada yang berkenaan, akuan penulis bahan miliknya dan biodata penulis.  

    Saya berharap maklumat ini dapat membantu saudara untuk menulis buku dan menerbitkannya dengan DBP. Sekiranya perlukan maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya di talian 03-21481532.

 

 

 

 

       

                           

Lain-lain07.03.2010

Kembali ke atas