Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.na.ja] | ڤناجا

Definisi : 1. orang yg menaja, orang yg mem­pelopori sesuatu: beliau ialah salah seorang drpd ~ parti tersebut; 2. syarikat dsb yg menaja sesuatu rancangan radio atau televisyen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.ja] | ڤناجا

Definisi : orang yg menaja (mempelo­pori atau membiayai) sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taja
Kata Terbitan : menaja, tajaan, penajaan, penaja,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat dibawah adalah betul? sekirannya salah,tolong jelaskan.. +Para tetamu menyesal sikap penaja jamuan kerana makanan yang telah disediakan tidak enak.. terima kasih

Saudara,

Ayat yang betul ialah ' Para tetamu kesal dengan sikap penaja jamuan kerana makanan yang disediakan tidak enak.

Tatabahasa20.08.2010
Mohon DBP untuk mengusahakan/mencari penaja bagi pengambilan Munsyi Dewan 2018 (calon/peserta tidak dikenakan sebarang bayaran/kos). Ini sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada Munsyi Dewan dalam memartabatkan Bahasa Melayu.Pihak tuan boleh terus mengemukakan pandangan dan saranan ini kepada pihak Akademi DBP. No. telefon: 03-2147 0201. Sekian, terima kasih.Lain-lain06.02.2018
salam tuan, bilakah pengambilan munsyi dewan 2017 akan diiklankan?, mohonlah pihak DBP usahakan mencari penaja/peruntukan bagi pengambilan munsyi dewan 2017. Tidak perlulah pemohon/calon mengeluarkan kos. selayaknya munsyi dewan dihargai kerana memperjuangkan bahasa melayu.Kami ambil maklum cadangan tuan. Dalam hal ini pihak yang berwenang telah mengambil kira pelbagai aspek untuk melaksanakan program Munsyi Dewan dan perancangan yang dipilih berkemungkinan langkah paling praktikal pada masa ini.Lain-lain12.09.2017
maksud persatuan , pusat konvensyen , pusat persidangan , perancang mesyuarat korporat , perancang mesyuarat bebas , tour operator , pameran perdagangan dan eksposisi ,penaja pameran perdagangan dan kontarktor perkhidmatan dalam maksud pelanconganMaksud persatuan ialah 1. gabungan, ikatan, kumpulan: anggota jawatankuasa P~ Penulis Nasional ialah sepuluh orang; P~ Bola Sepak Malaysia; 2. perikatan, syarikat: setiausaha ~ kastam; 3. perihal bersatu: ~ urat pd tangan dgn urat pd mata. Konvensyen ialah 1. persidangan ahli-ahli pertubuhan politik (perniagaan dll) utk membincangkan sesuatu perkara: beberapa perkara mengenai rangka perlembagaan itu akan dibincangkan dlm ~ yg akan diadakan; 2. perjanjian antarabangsa (antara negara, pemerintah, dsb). Maklumat selanjutnya, Saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna11.02.2007
fungsi penajaan sukanPenajaan sukan bermaksud perbuatan atau hal menaja aktiviti yang berkaitan dengan sukan seperti yang lazim dilakukan oleh syarikat-syarikat besar dalam negara. Hasil daripada penajaan ini dapat memberikan impak kepadakedua-dua belah pihak, pihak penaja secara tidak langsung dapat mempromosikan jenama, produk dan sebagainya, manakala pihak yang mendapat tajaan mendapat manfaat dan mengurangkan kos dalam pengendalian sukan tersebut. Untuk maklumat lanjut yang berkaitan denan fungsi tajaan ini sila rujuk makalah yang berkaitan dalam majalah atau akhbar-akhbar utama.Lain-lain04.02.2010

Kembali ke atas