Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pé.nal.ti] | ڤينلتي

Definisi : (pénalti) 1. hukuman atau denda yg dikenakan kerana melanggar undang-undang, peraturan atau kontrak; 2. = tendangan ~ (dlm permainan bola sepak) tendangan percuma yg dibuat dr jarak 12 ela (lebih kurang 11 meter) dr gol lawan yg dipertahankan oleh seorang penjaga gol; gol ~ (dlm permainan bola sepak) gol yg dijaringkan drpd tendangan penalti; kawasan ~ (dlm permainan bola se­pak) ruang di hadapan pintu gol yg sekiranya pasukan pertahanan melanggar sebarang per­aturan di dlm kawasan ini, pasukan lawan akan diberi tendangan percuma. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penalti


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah istilah yang sesuai bagi merujuk proses mengenakan penalti kepada pihak-pihak tertentu disebabkan lewat membuat pembayaran? Sebagai contoh, lewat membuat pembayaran cukai. 1. Pengenaan penalti 2. Kenaan penaltiPerkataan yang sesuai ialah: 1. Pengenaan penaltiMakna10.08.2022
Manakah istilah yang sesuai? 1. Pengenaan penalti 2. Kenaan penaltiSila nyatakan konsep atau konteks sesuatu istilah agar pihak kami dapat mencadangkan padanan yang sesuai dan tepat. Istilah08.08.2022
Mana satukah ayat yang lebih tepat? 1) Pengecualian penuh ke atas pengenaan penalti. 2) Pengecualian penuh terhadap pengenaan penalti.Ayat yang betul ialah "Pengecualian penuh terhadap pengenaan penalti."Tatabahasa22.05.2023
Dear Sir / Madam Please check for us the malay translation. 1. car park office - pejabat parkir 2. operation hour - waktu operasi 3. penalty for loss of ticket - penalti bagi kehilangan tiket 4. please proceed to next level - sila teruskan ke tahap seterusnya1. car park office - pejabat tempat letak kereta
2. operation hour - waktu operasi
3. penalty for loss of ticket - penalti bagi kehilangan tiket
4. please proceed to next level - sila ke aras seterusnya
Tatabahasa29.08.2012

Kembali ke atas