Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.na.ma.tan] | ڤنمتن

Definisi : perbuatan dsb menamatkan atau mengakhiri: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Ber­satu perlu mengesahkan ~ perjanjian amanah antara negara itu dgn Kepulauan Marshall; ada­kalanya ~ sesebuah sesi itu adalah dgn mem­berhentikan sahaja proses kaunseling; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tamat (kata kerja)
Bersinonim dengan berakhir, selesai, habis, sudah, khatam, berhenti, putus, beres, langsai, kiamat;,
Kata Terbitan : menamatkan, tamatan, penamatan, penamat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perkataan yang sesuai digunakan? 'kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas penamatan @ penyempurnaan pengajian tuan?' penamatan atau penyempurnaan? TQ

Menurut data kami, kedua-dua perkataan tersebut betul. Walau bagaimapun, ayat yang gramatis ialah "Kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas penyempurnaan pengajian tuan".
Lain-lain10.10.2016
PERATURAN PENAMATAN, RENTI KERJA SENTARA DAN PERSARAANPERATURAN PENAMATAN, RENTI KERJA SENTARA DAN PERSARAAN RENTI@HENTI, SENTARA@SEMENTARAIstilah07.04.2011
Tuan, Yang mana satukah betul? Majlis Perasmian Penutup atau Majlis Perasmian Penutupan?Frasa yang betul ialah Majlis Perasmian Penutupan. Penutupan ialah perihal menutup, penamatan, pengakhiran, penyudahan (majlis, acara, dll), manakala penutup ialah 1 alat yg digunakan utk menutup; penudung. 2 sesuatu yg digunakan utk mengakhiri sesuatu surat, syarahan dll.Tatabahasa21.10.2010
saya inginkan kepastian tentang penggunaan perkataan 'perasmian penutupan' atau 'perasmian penutup' bagi sesuatu majlis.Frasa yang betul ialah Majlis Perasmian Penutupan. Penutupan ialah perihal menutup, penamatan, pengakhiran, penyudahan (majlis, acara, dll), manakala penutup ialah: 1. alat yg digunakan utk menutup; penudung. 2. sesuatu yg digunakan utk mengakhiri sesuatu surat, syarahan dll.Tatabahasa25.04.2011
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera, Saya ada sedikit kekeliruan tentang 'Separation' dalam bidang pekerjaan. contoh 'separation'yang dimaksudkan: 1. Pekerja yang sudah pencen 2. Pekerja yang dipecatWaalaikumussalam. Padanan dalam bahasa Melayu untuk separation ialah pemisahan atau pengasingan mengikut konteks ayat. Namun dalam konteks ayat yang diberikan, kami mencadangkan “penamatan” digunakan bagi maksud separation. Sekian. Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan01.03.2018
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera, Saya ada sedikit kekeliruan tentang 'Separation' dalam bidang pekerjaan. contoh 'separation'yang dimaksudkan: 1. Pekerja yang sudah pencen 2. Pekerja yang dipecat Apakah translation yang sesuai untuk 'separation' yang dimaksudkan dalam bahasa melayu?Waalaikumussalam. Padanan dalam bahasa Melayu untuk separation ialah pemisahan atau pengasingan mengikut konteks ayat. Namun dalam konteks ayat yang diberikan, kami mencadangkan “penamatan” digunakan bagi maksud separation. Sekian. Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan01.03.2018
1. Mana yang betul jika kita hendak menggunakan perkataan Majlis Penutup atau Majlis Penutupan dan Majlis Pembuka atau Majlis Pembukaan. 2. Jika pada poster/buku program/kain rentang perkataan mana yang sesuai ? 3. Atas dasar tatabahasa/fonetik/fonologi mengapakah ia dipilih ? Majlis Penutup atau Majlis Penutupan dan Majlis Pembuka/Majlis Pembukaan ?

Majlis Penutupan dan Majlis Pembukaan/Perasmian.

Pemilihan ini disesuaikan dengan makna yang mendukung setiap kata tersebut, penutupan bermaksud perihal menutup (menutupi, menutupkan), penamatan, pengakhiran, penyudahan; manakala pembukaan bermaksud perihal atau perbuatan membuka, permulaan.

Tatabahasa17.05.2008
Saya ada beberapa persoalan yang ingin dikemukakan kepada pihak tuan seperti yang berikut: 1. Apakah perbezaan di antara imbuhan awalan men.....,imbuhan berapitan men.....kan dan men.....i?Bagaimanakah cara untuk membezakan penggunaan imbuhan seperti yang disebutkan di atas? 2. Apakah perbezaan di antara imbuhan awalan di.....,imbuhan berapitan di.....kan dan di.....i?Bagaimanakah cara untuk membezakan penggunaan imbuhan seperti yang disebutkan di atas? 3. Manakah penggunaan kata arah yang betul? a.)Di dalam bilik tidur atau di bilik tidur b.)Di dalam rumah atau di rumah? c.)Menyusun buku di atas rak buku atau menyusun buku pada rak buku? 4. Apakah perbezaan maksud di antara kata arah (sisi,tepi,samping dan sebelah?Saya berasa tidak pasti dan waswas dengan penggunaan kata arah yang disebutkan dalam pembentukan ayat? 5. Apakah perbezaan maksud di antara merampas,merenggut,meragut? Sekian sahaja dengan penamatan persoalan saya dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan atas bantuan tuan untuk menyelesaikan kemusykilan saua.

1. Awalan meN- ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak transitif, contohnya "menyala". Apitan  meN-...-kan terdiri daripada empat golongan kata utama, iaitu kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata tugas untuk membentuk kata kerja transitif, contohnya "menghambakan". Apitan meN-...i terdiri daripada empat golongan kata utama, iaitu kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata tugas boleh menerima apitan ini untuk membentuk kata kerja, contoh "membelakangi". Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, muka surat 151, 191, dan 202.

2. Awalan di- ialah awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga, contohnya "ditulis". Apitan di...kan ialah bentuk pasif bagi meN-...-kan.Segala ciri apitan ini dan maknanya tidak berubah daripada yang terkandung dalam imbuhan-imbuhan di- dan -kan. Seperti di-...-kan, apitan di-...-i  ialah bentuk pasif bagi meN-...-i, contohnya "dipelopori". Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, muka surat 175, 202 dan 208.

3. Kedua-dua (a) dan (b) boleh digunakan mengikut konteks. Kata sendi nama di  digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, manakala di dalam ialah penggunaan kata sendi nama di diikuti dengan kata arah dalam bagi menunjukkan kedudukan sesuatu benda itu dengan nyata.

4. Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk meunjukkan hala atau jurusan.  Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 286.

5. Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, "merampas" ialah mengambil dengan kekerasan atau merebut. "Merenggut" bermaksud menarik (mengambil, mencabut, menyentak, merebut) dengan kekerasan atau merampas. "Meragut" bermaksud menarik (menyentak, merabut, mencabut) dengan paksa atau dengan kekuatan.

Tatabahasa05.01.2010

Kembali ke atas