Pengagihan subsidi bagi penanam padi dibuat dengan cara yang teradil oleh Ketua Kampung Jenderam. munsyi, apakah kesalahan ayat ini? TQ | Pengagihan subsidi bagi penanam padi dibuat dengan adil oleh Ketua Kampung Jenderam. Sila rujuk kamus untuk memilih perkataan yang tepat dan rujuk buku tatabahasa untuk membina ayat dengan betul. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
Salam sejahtera Tuan, Saya ingin membuat pertanyaan berkenaan untuk penyemakan terjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu iaitu seperti yang tertera di bawah ini:- a) Planter's Act = Akta Penanam; atau b) Planter's Act = Akta Peladang. Antara terjemahan item (a) dan (b) mana satukah terjemahan ke bahasa Melayu yang betul dan boleh digunapakai? Memohon pencerahan pihak tuan berkenaan perkara di atas. Sekian terima kasih. | Salam sejahtera, Kedua-dua perkataan tersebut betul penggunaannya. Penanam bermaksud orang yg menanam (menanamkan). Peladang bermaksud orang yg menyelenggarakan ladang atau petani. Kami mencadangkan Akta Peladang yang mempunyai lebih luas maksudnya. Sekian, terima kasih. | Istilah | 30.10.2017 |
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1.Excavator Quick Hitch 2.Excavator Reversible Backfill Blades 3.Excavator Ripper Attachment 4.Excavator Rock Bucket 5.Excavator Scarifier Attachment 6.Excavator Scraper Attachment 7.Excavator Seeder Attachment 8.Excavator Skeleton Buckets Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1.Excavator Quick Hitch – Pengorek Penyangkut Pantas 2.Excavator Reversible Backfill Blades – Pengorek Bilah Kambus Boleh Balik 3.Excavator Ripper Attachment – Pengorek Pengoyak 4.Excavator Rock Bucket – Pengorek Timba Batu 5.Excavator Scarifier Attachment – Pengorek Penggembur 6.Excavator Scraper Attachment – Pengorek Pengikis 7.Excavator Seeder Attachment – Pengorek Penanam/Pengorek Pemuat Naik 8.Excavator Skeleton Buckets – Pengorek Timba Rangka | Istilah | 13.05.2016 |