SALAM, SAYA INGIN TAHU MANAKAH YANG BETUL PERASMIAN PENANGGUHAN ATAU PERASMIAN DAN PENANGGUHAN? | Yang lazim digunakan ialah Majlis Perasmian dan Majlis Penangguhan. | Tatabahasa | 12.10.2011 |
Salam sejahtera, memohon untuk mendapatkan kepastian tentang penggunaan perkataan "penangguhan" dan "penutupan". Penangguhan majlis atau penutupan majlis? kadang-kadang terbaca tentang Penutupan Bulan Bahasa Kebangsaan dan Penutupan bulan Bahasa. Maaf banyak-banyak, cuma inginkan kepastian. Sekian terima kasih. | Salam sejahtera. Biasanya ungkapan yang digunakan ialah Majlis Penutupan. | Lain-lain | 07.03.2015 |
Assalamualaikum. Sekiranya majlis yang tiada perasmian misalnya Pesta Pantun Sekolah Menengah, sesuaikah digunakan ungkapan Majlis Penangguhan Pesta Pantun Sekolah Menengah atau Majlis Penutupan Pesta Pantun Sekolah Menengah. Bolehkah penggunaan ungkapan Majlis penangguhan digunakan untuk menutup sesuatu majlis dengan alasan majlis tersebut akan diadakan lagi pada setiap tahun? Mohon pencerahan daripada pihak tuan kerana penggunaan ungkapan majlis penangguhan seringkali digunakan dalam menutup sesuatu majlis. Terima kasih. | Majlis Penangguhan Pesta Pantun Sekolah Menengah atau Majlis Penutupan Pesta Pantun Sekolah Menengah, kedua-dua frasa ini boleh digunakan. | Tatabahasa | 09.03.2015 |
maaf ya, maksud saya penutupan majlis atau penangguhan majlis... penutupan bulan bahasa atau penangguhan bulan bahasa? Mohon bertanya. terima kasih. | Ungkapan yang tepat ialah Majlis Penutupan Bulan Bahasa. | Lain-lain | 07.03.2015 |
saya mahu membuat surat rasmi penangguhan latihan industri dan akan menyambung kembali latihan industri pada suatu masa akan datang tetapi tidak tahu tajuk yang sesuai. | Tajuk yang sesuai ialah Penangguhan Latihan Industri. | Lain-lain | 06.05.2010 |
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=suspense penggantungan: ~ of players is recommended for more serious violation of the rules, penggantungan pemain-pemain dicadangkan bagi pemain yg melanggar peraturan yg serius; n 1. a. postponement, temporary revocation, penangguhan: the disorder that forced the ~ of the meeting, kekacauan yg menyebabkan penangguhan mesyuarat itu; Pentafsiran ini salah. Perkataan yang betul ialah "suspension", bukan "suspense" | Salam sejahtera, Kami mengambil maklum akancadangan yang dikemukakan dan akan menyalurkan cadangan tersebut kepada bahagian yang bertanggungjawab. Terima kasih. | Lain-lain | 04.07.2020 |
Assalamualaikum. Mohon pencerahan penggunaan perkataan iaitu Majlis Penangguhan yang sering digunakan dalam menutup sesuatu majlis seperti sukan tahunan sekolah atau majlis yang diadakan setiap tahun. Bagaimana pula dengan penggunaan Majlis Penutupan? Terima kasih | Waalaikumsalam. Tuan, sekiranya sesuatu majlis itu ada Majlis Perasmian, maka pengakhiran majlis itu mestilah Majlis Penutupan. | Lain-lain | 07.03.2015 |
RAMAI yang menarik nafas lega apabila kerajaan mengumumkan penangguhan pengambilalihan 51 peratus kepentingan dalam Institut Jantung Negara (IJN) oleh konglomerat Sime Darby Berhad. Apakah maksud 'konglomerat' ? | Konglomerat ialah firma perniagaan yg besar yg terdiri drpd gabungan beberapa syarikat dgn tujuan utk meningkatkan kecekapan melalui fungsi pemasaran, agihan, dan pembelian. | Istilah | 20.12.2008 |
Apakah terjemahan untuk 'creeping delay' (konteks penerbangan)? | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kekerapan pengumuman penangguhan. | Istilah | 28.12.2016 |
Salam, Apakah maksud kredit?dari segi bahasa penggunaan. | Kredit bermaksud 1. wang yg dipinjamkan, jumlah atau kemudahan pinjaman; 2. kemudahan membayar terkemudian drpd penerimaan barang, penangguhan pembayaran (bagi barang yg dibeli); dan 3. butir perakaunan (seperti bayaran dan lain-lain) yang dicatatkan di ruang sebelah kanan buku kira-kira. | Lain-lain | 19.11.2009 |