Pembetulan tatabahasa dan struktur ayat: 1.Pada era kamera menggunakan film, jurufoto-jurufoto membeli berbagai-bagai jenis penapis cahaya ketika menghasikan karya mereka, namun pada era digital kebanyakan penapis tersebut telah disediakan dalam kamera ataupun boleh digunakan daripada perisian komputer bagi tujuan suntingan gambar. 2. Apabila mereka berada dalam talian, tidak ada had kepada perkara yang boleh dilakukan oleh para pelajar dengan sejumlah besar maklumat yang boleh didapati oleh mereka malah lebih daripada itu, cara mereka berkejasama dan belajar antara satu sama lain. | 1.Pada era kamera menggunakan filem, jurufoto-jurufoto membeli berbagai-bagai jenis penapis cahaya ketika menghasikan karya. Namun pada era digital, kebanyakan penapis tersebut telah disediakan di dalam kamera ataupun boleh digunakan daripada perisian komputer bagi tujuan suntingan gambar. 2. Apabila berada dalam talian, tiada had kepada perkara yang boleh dilakukan oleh para pelajar kerana maklumat yang banyak dan mereka boleh bekerjasama dan belajar antara satu dengan yang lain. | Tatabahasa | 11.12.2013 |
Adakah terjemahan ini boleh digunakan untuk 'drip bag'? drip bag - penapis kopi | Untuk makluman tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus dalam pangkalan data kami untuk istilah yang tuan kemukakan. Walau bagaimanapun, cadangan istilah bahasa Melayu ialah penapis minuman.
| Istilah | 28.02.2018 |
Boleh tak tolong periksa ayat-ayat di bawah sama ada betul dari segi tatabahasa? 1. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk memasang alat penapis walaupun asap-asap yang dibebaskan mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon yang mampu menjejaskan kualiti udara. 2.Mereka terlalu malas untuk menanam apatah lagi membawa sampah-sarap ke tempat pelupusan sampah atau pusat kitar semula. 3.Pencemaran udara berpunca daripada pembebasan asap dari kawasan perindustrian, | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk memasang alat penapis udara walaupun asap yang dibebaskan mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon yang mampu menjejaskan kualiti udara. 2. Mereka terlalu malas untuk menanam sampah sarap apatah lagi membawanya ke tempat pelupusan sampah atau ke pusat kitar semula. 3.Pencemaran udara berpunca daripada pembebasan asap dari kawasan perindustrian. | Tatabahasa | 10.07.2014 |
Salam sejahtera Tuan/Puan. Saya ingin mendapatkan cadangan terjemahan bagi istilah 'pelicle' (sejenis penapis) Sekian, terima kasih. | Istilah 'pelicle' msih tiada dalam Sistem Pusat Rujukan Persuratan Melayu kami. Ejaan yang betul bagi 'pelicle' ialah 'pellicle' yang bermaksud pelikel yang boleh diambil konsepnya daripada bidang Kejuruteraan. | Penyemakan dan penterjemahan | 06.12.2015 |
Salam mohon disemak bunting ini sebelum mendapat kebenaran untuk gantung. Arahan pegawai di Majlis Daerah kuala Pilah. Medium Bahasa Inggeris Penghawa dingin Penapis air Coway Kaedah Montessori Luas dan Selesa “Little Scientist” | Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan/ papan tanda premis perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my , kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/ papan premis perniagaan anda. | Lain-lain | 29.09.2017 |
maksud dwibahasa yg pihak DBP maksudkan,adakah spr di bawah:- 1. wiring 2. aircond 3. tinted 4. accessories | Terjemahan yang dicadangkan ialah: 1. Wiring - Pendawaian 2. Aircond - Penyaman Udara 3. Tinted - Filem Penapis Haba 4. Accessories - Aksesori | Penyemakan dan penterjemahan | 22.05.2017 |
untuk mendapatkan nasihat menterjemahkan ayat berikut dalam Bahasa Melayu. Specialize in Marketing and Servicing all kind of water filter products inii adalah untuk tujuan papan iklan. sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan ayat tersebut diterjemahkan sebagai "Pakar bidang pemasaran dan penyelenggaraan semua produk penapis air" | Penyemakan dan penterjemahan | 03.08.2020 |
saya memerlukan terjemahan English ke Melayu berkenaan dengan istilah destructive sampling, adaptive filter dan enhanced filter. Mohon jasa baik pihak DBP untuk memuatkan istilah ini dalam kamus English - Melayu untuk memperkasakan Bahasa Melayu untuk penyelidikan saintifik | Sekiranya tuan/puan mempunyai cadangan istilah yang ingin diberikan, tuan/puan boleh melayari laman web http://ekamus.dbp.gov.my/ Untuk terjemahan destructive sampling masih belum ada dalam data Pusat Rujukan Persuratan Melayu kami, cadangan terjemahan bagi istilah ini ialah persampelan musnah. Manakala adaptive filter ialah penapis mudah suai. Istilah yang sesuai bagi enhanced filter pula ialah penapis tertingkat. Sekian terima kasih | Istilah | 03.02.2017 |
Mohon untuk dapatkan penjelasan istilah Standing Water Dispenser dalam Bahasa Malaysia. | Dalam data kami, terdapat istilah chilled water dispenser yang dipadankan dalam bahasa Melayu sebagai pembahagi air dingin. Oleh itu, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi standing water dispenser ialah pembahagi air kekal. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu bagi sesuatu istilah berdasarkan konsep atau fungsi sesebuah alat tersebut. Jika fungsinya lebih kepada fungsi menapis, alat tersebut boleh dinamakan sebagai penapis air kekal. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.09.2014 |
Salam sejahtera Tuan/Puan. Saya ingin mendapatkan nasihat pihak tuan/puan mengenai istilah Bahasa Melayu yang paling sesuai digunakan sebagai terjemahan bagi yang berikut: 1. Diamond Turned Dome 2. Frangible Dome 3. Shaped Dome 4. Pelicle Filter 5. Mount Articulating Lazy Arm Kesemua istilah tersebut adalah berkaitan alat-alat/bahagian-bahagian peralatan tertentu. Sekian, ribuan terima kasih. | Untuk makluman tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk perkataan yang diberikan. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Diamond Turned Dome - Kubah Pusing Intan 2. Frangible Dome - Kubah Repas 3. Shaped Dome -Kubah Berbentuk 4. Pelicle Filter - Penapis pelikel 5. Mount Articulating Lazy Arm - Lengan Artikulat Lekap | Istilah | 07.12.2015 |