Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.na.ri] | ڤناري

Definisi : orang yg pandai menari, tukang tari, anak tari: dia seorang ~ joget. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.ri] | ڤناري

Definisi : orang yg (pandai) menari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tari
Kata Terbitan : menari, tarian, penari,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bolehkah perkataan kemas digunakan untuk ayat ini Penari-penari itu menari dengan kemas mengikut alunan muzik.Dari segi makna, ayat tersebut betul.Tatabahasa06.03.2009
Penari balet "ialah / adalah" antara subjek yang paling digemarinya. Apakah kata pameri yang sesuai untuk ayat di atas? Terima kasih.Tarian balet adalah antara subjek yang paling digemarinya. - kata pemeri adalah hadir di hadapan kata sendi (antara).Tatabahasa19.05.2011
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Batu ialah objek yang padu. 2. Beliau seorang pakar mata. 3. Kadar pembiakan lalat amat tinggi. 4. Penari itu sedang berlatih / melatih tarian baharu. 5. Pengali dalam 3x5 ialah 5. 6. Aktiviti sudah sampai ke penghujung. 7. Ibu menyidai baju pada / di penyidai. 8. Pohon / Pohon-pohon buah-buahan di dusun datuk berbuah lebat. 9. Adik panas radang sejak malam tadi. 10. Rakyat negara kita hidup secara aman dan damai. Terima kasih.Ayat yang disenaraikan ini betul, iaitu:
1. Batu ialah objek yang padu.
2. Beliau seorang pakar mata.
3. Kadar pembiakan lalat amat tinggi.
4. Penari itu sedang berlatih tarian baharu.
5. Pengali dalam 3x5 ialah 3.
6. Aktiviti ... sudah sampai ke penghujung.
7. Ibu menyidai baju pada penyidai.
8. Pohon buah-buahan di dusun datuk berbuah lebat.
9. Adik panas badan sejak malam tadi.
10. Rakyat negara kita hidup secara aman dan damai.
Tatabahasa11.03.2013

Kembali ke atas