"daya tarikan" atau "daya penarik" 1)yang manakah bermaksud kawasan tumpuan pelancong? 2) daya tarikan bermaksud "tarikan graviti" atau "kawasan tumpuan pelancong"? terima kasih | Kedua-dua frasa yang dicadangkan adalah betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, mengikut semakan dalam pangkalan data kami, perkataan "daya penarik" lebih banyak penggunaannya. | Tatabahasa | 18.05.2019 |
1. Gambar menunjukkan sesorang tukang beca yang membawa penumpang dengan menunggang beca . A) Pak Ali seorang penunggang beca. B) Pak Ali seorang penarik beca. yang mana betul ? 2. Adakah terdapat kesalahan tatabahasa dalam ayat berikut ? i) Bunga mawar itu berbau sungguh harum. ii) Hujan agak lebat pagi tadi. | Yang betul ialah Pak Ali ialah penarik beca. 2. Bunga mawar itu sungguh harum. 3. Ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 23.07.2010 |
Dalam konteks zaman, saya mencadangkan agar istilah penarik beca ditukar kepada penunggang beca atau pengayuh beca. | Istilah yang diguna pakai pada masa ini ialah pengayuh beca. | Istilah | 30.03.2010 |
Makna Karisma | Makna karisma ialah kualiti (daya kepimpinan, daya penarik) atau sifat-sifat tertentu seseorang individu yg menjadikannya berupaya mempengaruhi atau menjadi perangsang kpd khalayak ramai. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 23.09.2008 |
apakah maksud karisma? tolong jelaskan | Makna karisma ialah kualiti (daya kepimpinan, daya penarik) atau sifat-sifat tertentu seseorang individu yg menjadikannya berupaya mempengaruhi atau menjadi perangsang kpd khalayak ramai. | Makna | 02.01.2013 |
Huruf PKTS akan digugurkan apabila bertemu dengan imbuhan peN.... Contoh: sapu> penyapu, pakai> pemakai, tarik> penarik, kawal> pengawal. Mengapa hal ini tidak berlaku pada perkataan pentadbir, pentafsir, penterjemahan adakah kerana perkataan tersebut kata pinjaman? terima kasih | Awalan huruf pkts tidak akan gugur apabila menerima imbuhan bagi kata pinjaman bertujuan mempertahankan etimologi kata asalnya. | Tatabahasa | 26.04.2012 |
apakah isi yang perlu ada untuk membuat satu assignment yang bertajuk sentimen perkauman di kalangan masyarakat malaysia | Antaranya anda perlu beberapa topik seperti : 1. Sejarah Pelbagai Kaum 2. Kenapa pemisahan kaum mengikut populasi berlaku 3. Faktor Penarik 4. Faktor Penolak 5. FAktor Pendorong Walaubagaimanapun ini hanya cadangan, dan anda boleh memperincikan dengan merujuk buku sejarah dan peristiwa terbitan DBP. | Lain-lain | 16.08.2007 |
Assalamualaikum tuan/ puan yang budiman, Terima kasih atas respons pantas kepada persoalan saya sebelum ini. Responsnya seperti berikut: Perkataan yang bermula dengan huruf p,t,k dan s akan mengalami pengguguran huruf pertama apabila menerima imbuhan peN- dan meN- seperti pinjam - peminjam, meminjam; tarik - penarik, menarik; korek - pengorek, mengorek; dan sapu - penyapu, menyapu. Perkataan yang bermula dengan huruf c tidak terikat dengan rumus yang tersebut, contohnya cinta - mencintai dan pencinta. Namun saya keliru: 1. Bagaimana pula untuk huruf 'T', BM masih mempunyai 'pentafsir', 'pentaksiran'. 2. Bagaimana dengan imbuhan 'Me..' seperti Sunting = Menyunting, Perah = Memerah, Palsu = Memalsukan. Respons tuan/ puan, saya dahului dengan ucapan terima kasih. | 1. Perkataan pinjaman daripada bahasa asing yang bermula dengan huruf "T" terkecuali daripada rumus yang tersebut. Contohnya Tafsir (bahasa Arab) - mentafsir, pentafsir dan transformasi (bahasa Inggeris) - mentransformasi. 2. Untuk makluman puan, imbuhan meN- boleh menjadi menjadi empat varian bergantung pada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya, iaitu me-, mem-, men- dan meng-. Imbuhan meN- menjadi me- (memasak), meN- menjadi men- (menderu), meN- menjadi mem- (membaca), meN- menjadi meng- (menggali). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 151. | Tatabahasa | 28.02.2014 |
Tuan,apakah perbezaan penggunaan antara perkataan "menjalani" dan "menjalankan" ? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, menjalankan bermaksud 1. mengusahakan (membuat) supaya berjalan (kereta, kereta api, mesin, perniagaan dan lain-lain). Contoh ayat: (a) Dia cuba menjalankan kereta itu tetapi tidak berjaya. (b) Setelah ayahnya meninggal dunia, Alilah yang menjalankan perniagaan itu. 2. mengerjakan (tugas dan lain-lain), melaksanakan. Contoh ayat: Pak Leman tidak berasa susah untuk menjalankan tugasnya sebagai seorang penarik beca. Menjalani pula bermaksud mengalami atau melalui.Contoh ayat: Dia telah menjalani satu pembedahan. | Tatabahasa | 10.10.2016 |
Masih lagi di bawah masalah istilah compellingness.....saya telah menjumpai satu artikel yang berkaitan istilah ni, harap pihak tuan dapat menterjemahkan dalam situasi yang sesuai kerana pendorong bukanlah ayat yang sesuai menggantikan compellingness dalam subjek kajian saya. Bersama-sama ini adalah artikel yang berkaitan | Berdasarkan konteks penggunaan perkataan compellingness, kami mencadangkan diterjemahkan kepada kependorongan (berkaitan dengan sifat-sifat pendorong); atau daya penarik (kebolehan untuk menarik sesuatu). Sila pilih mana yang lebih sesuai kerana kami merasakan tuan lebih menguasai bidang tersebut dan cadangan kami berdasarkan konteks yang sedia ada dengan maklumat yang terhad. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.11.2014 |