Pelaku pertarungan dipanggil petarung atau penarung? | Ejaan yang betul ialah penarung. | Ejaan | 05.08.2022 |
Salam, Untuk sukan MMA(Seni Bela Diri Campuran), istilah "fighter" digunakan untuk pesertanya. Soalan saya, bolehkah istilah "petarung/penarung" digunakan untuk terjemahan istilah "fighter" bagi membezakannya dari istilah "petinju" dalam sukan tinju agar penonton tidak terkeliru. (Bezanya, petarung/fighter amalkan pelbagai disiplin seni bela diri, petinju hanya pada disiplin tinju.) Jadi, adakah istilah "petarung" boleh digunakan untuk "fighter"? Harap tuan dapat beri pencerahan segera. Terima kasih. | Waalaikumussalam... Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud fighter ialah pejuang. Istilah petarung masih belum wujud dalam data kami. Cadangan pihak kami istilah yang sesuai digunakan bagi membezakan petinju ialah pahlawan yang membawa maksud orang yg gagah dan berani, pejuang yang gagah, atau perwira. Sekian terima kasih | Istilah | 03.11.2017 |