apakah maksud perkataan PENATARAN | Penataran bermaksud proses (usaha, kegiatan dan sebagainya) menatar. Kata akar penataran ialah tatar / menatar bermaksud mengajar (membimbing, memberikan kursus, dan lain-lain) untuk meningkatkan lagi kemampuan (pengetahuan, kecekapan, dan lain-lain). | Makna | 22.11.2012 |
Saya ingin bertanya maksud PENATARAN BAHASA MELAYU | Penataran bermaksud proses (usaha, kegiatan dan sebagainya) menatar. Kata akar penataran ialah tatar / menatar bermaksud mengajar (membimbing, memberikan kursus, dan lain-lain) untuk meningkatkan lagi kemampuan (pengetahuan, kecekapan, dan lain-lain). Dalam hal ini, penataran bahasa Melayu bermaksud kursus atau bimbingan yang diadakan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan bahasa Melayu. | Makna | 10.02.2009 |
adakah DBP mengadakan kursus untuk suntingan dan terjemahan. bagaimana dengan yurannya. | DBP menawarkan pelbagai kursus penataran termasuklah penataran bahasa Melayu, penyuntingan dan pengucapan awa. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Akademi Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau e-mel kepada pegawainya Puan Faridah A. Rahman faridah@dbp.gov.my. Untuk kursus terjemahan, sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia di talian 03-92262506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Lain-lain | 11.06.2012 |
Salam. Tuan, apakah kursus yang sesuai bagi mereka yang berminat dengan bidang penyuntingan? | Secara umumnya Kursus Penataran Bahasa Melayu dan Kursus Penyuntingan perlu diikuti oleh mereka yang berminat dengan kerja penyuntingan. | Lain-lain | 21.04.2012 |
saya berminat untuk menajdi penulis bebas, adakah sebarang bengkel yang dianjurkan oleh DBP cawangan sabah ? | Sekiranya sdr berminat mengikuti bengkel penataran penulis di DBP cawangan Sabah, sdr boleh menghubungi Puan Nelawati Ngadul, Pegawai Komunikasi DBP Cawangan Sabah di talian 088-439260. | Lain-lain | 04.06.2008 |
Adakah DBP menganjurkan kursus-kursus yang berkaitan dengan Tatabahasa bahasa Melayu? Jika ada, harap dapat maklumat, terima kasih. | DBP menganjurkan pelbagai kursus penataran bahasa, sastera, penerbitan dan penulisan. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh berhubung dengan Akademi Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau hubungi pegawai Akademi Bahasa Puan Faridah A. Rahman melalui e-mel faridah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 13.07.2012 |
apakah tindakan dan cara yang diambil oleh dbp untuk memperkasakan bahasa melayu? | Untuk tujuan tersebut pelbagai program dan aktiviti dirancang dan dilaksanakan antaranya program kursus penataran bahasa, penyebaran maklumat bahasa dalam pelbagai media seperti pedoman bahasa, lembar bahasa dan penerbitan Klik DBP, siri ceramah bahasa, forum, peraduan mengarang esei, majlis pengiktirafan seperti Majlis Citra Wangsa. Dari segi perkhidmatan bahasa DBP menyediakan khidmat nasihat bahasa dalam talian, khidmat nasihat bahasa melalui faksimile, telefon, e-mel dan kujungan. Selain itu, DBP terus memberikan sokongan dan bekerjasama dengan sektor awam, swasta dan badan bukan kerajaan dalam melaksanakan pelbagai kegiatan kebahasaan di peringkat jabatan masing-masing. | Lain-lain | 31.01.2009 |
Adakah DBP boleh menyediakan penceramah untuk kursus penulisan dan penggunaan bahasa bagi team editor Buletin MARDI? Jika ya, bagaimana prosedur untuk memohon dan pegawai yang boleh dihubungi untuk penyelarasan? | DBP menganjurkan pelbagai kursus penataran bahasa, sastera, penerbitan dan penulisan. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh berhubung dengan Akademi Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau hubungi pegawai Akademi Bahasa Puan Faridah A. Rahman melalui e-mel dbp.gov.my">faridah@dbp.gov.my. | Pembinaan Bakat | 18.01.2013 |
Sumbangan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam perkembangan bahasa melayu | Dewan Bahasa dan Pustaka banyak memberikan sumbangan dalam perkembangan bahasa Melayu dari awal penubuhannya sehinggalah sekarang. Antaranya ialah pedoman ejaan baru, pedoman pembentukan istilah, penataran bahasa, penyelarasan garis panduan, pemantauan bahasa dan banyak lagi. | Lain-lain | 22.08.2006 |
apakah sumbangan dewan pustaka dan bahasa di Malaysia? | Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan pembina dan perancang bahasa, sastera dan penerbitan menyumbang bagi menggerakkan aktiviti kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan. Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantauan,pemupukan, penataran, pekhidmatan dan penyebaran. Pelbagai kegiatan dilaksanakan melalui fungsi-fungsi ini bagi memastikan kedudukan bahasa Melayu terus menjadi mantap sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan negara Malaysia. | Lain-lain | 11.07.2012 |