Salam. Apa maknanya ' Pencacai' ? Daripada bahasa sukuan apa perkataan ini? Terima kasih. | Tidak ada maklumat tentang perkataan pencacai dalam pangkalan data kami. Berkemungkinan perkataan tersebut merupakan dialek dan hanya dituturkan dalam kelompok tertentu. | Makna | 23.05.2012 |
Salam 1 Malaysia, Saya ingin meminta nasihat DBP tentang maksud perkataan 'pencacai' yg saya percaya kata dasarnya 'cacai'. Saya dapati akhir-akhir ini banyak orang menggunakan perkataan ini Saya berharap pihak DBP dapat memberi maksud pencacai/cacai itu. Untuk makluman saya sudah cuba menggunakan khidmat PRPM DBP dalam talian namun gagal. Sekian. | Seperti yang tuan maklumi, perkataan cacai atau pencacai tidak ada dalam sumber rujukan kami. Walau bagaimanapun apabila sesuatu perkataan itu banyak dirakamkan penggunaannya dalam kalangan masyarakat, perkataan itu akan dimasukkan sebagaiĀ entriĀ dalam penerbitan kamus terbaharu. Maklumat ini akan disampaikan kepada Bahagian Perkamusan yang masih dalam proses penyusunan kamus baharu bahasa Melayu. | Istilah | 18.07.2012 |