| Nak pastikan terma dalam Bahasa betul... "Portrait Lighting" ialah "Pencahayaan Potret” dalam penggunaan mobile phone. Terima kasih | Portrait lighting boleh diterjemahkan kepada pencahayaan potret atau pencahayaan imej. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.12.2017 |
| Mohon jasa baik tuan/puan untuk menterjemahkan "Solar Lighting" dalam bahasa Melayu. Terima kasih. | Terjemahan bahasa Melayu untuk "solar lighting" ialah pencahayaan solar. | Istilah | 04.09.2013 |
| Apakah terjemahan bagi "chemical specialty"? Bolehkah saya menterjemahkannya sebagai 'kimia terkhusus'? Apakah pula terjemahan bagi "excludable" dan "excludable goods"? Adakah terjemahan berikut sesuai untuk setiap frasa berikut: utility lever : tuil penggerak nilai kebergunaan noncustomers : golongan bukan pelanggan price corridor for the mass : koridor harga untuk orang ramai strategic pricing : penentuan harga strategik target costing : penentuan kos sasaran professional lighting industry : industri pencahayaan profesional | Cadangan terjemahan bagi istilah "chemical speciality" ialah "pengkhususan dalam bidang kimia" atau "kimia khusus" bergantung pada konteks dan situasi. Cadangan terjemahan bagi "excludable" ialah "boleh kecuali" dan "excludable goods" ialah "barangan yang boleh dikecualikan". Walau bagaimanapun terjemahan ini hendaklah mengikut konteks dan situasi. Bagi soalan berikutnya, sila susun dan senaraikan dengan betul untuk memudahkan pihak kami menjawabnya. | Istilah | 11.12.2009 |