Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ca/] | ڤنچق

Definisi : kepandaian menangkis (mengelak dll) utk mempertahankan diri, silat; ~ silat per­mainan menangkis (mengelak) dgn meng­gunakan senjata utk mempertahankan diri; berpencak, memencak bermain pencak, bersilat: pendekar leka memencak; memencak-mencak terlalu marah (panas hati). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ca/] | ڤنچق

Definisi : permainan mempertahankan diri dgn kepandaian menangkis atau mengelak: ~ silat bermacam-macam cara mempertahankan diri dan menyerang lawan. berpencak bermain pencak; bersilat. memencak-mencak sangat marah spt hendak mengamuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pencak silat ___________ salah satu seni mempertahankan diri. Penggunaan kata pemeri manakah yang sesuai dalam konteks ayat di atas, ialah atau adalah? Apakah alasannya?Jawapan yang tepat ialah: Pencak silat ialah salah satu seni mempertahankan diri.Tatabahasa03.03.2016
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah padanan terjemahan Bahasa Melayu yang sesuai bagi istilah mattress yang digunakan dalam pencak silat?

Mattress yang digunakan dalam pencak silat merujuk kepada foam mat. Padanan bahasa Melayu bagi istilah foam mat ialah alas busa. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.


Istilah28.02.2023
Beza tepok dan tepuk serta penggunaannya dalam ayat

Perbezaan kata tepok dan tepuk ialah maknanya. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) atau Pusat Rujukan Persuratan Melayu https://prpm.dbp.gov.my/ untuk memperoleh makna dan contoh penggunaan kata ini.

Misalnya bagi kata tepuk (ada homonim) dalam KDP:  
tepuk1

kata nama

1. perbuatan menamparkan kedua-dua tapak tangan supaya berbunyi:

Contoh: Maka dilangsungkanlah adat perkahwinan itu di tengah khalayak yang ramai dengan tepuk dan tempik sorak serta nyanyi-nyanyian.

2. bunyi yang terjadi kerana menamparkan kedua-dua tapak tangan:

Contoh:
a) Suara itu diiringi pula oleh ketawa dan tepuk budak-budak yang ramai di situ.
b) Memecahlah di tengah-tengah kesunyian itu tepuk orang amat riuhnya.

3. tamparan yang tidak kuat dengan tapak tangan:

Contoh: Amalan tepuk bantal sambil berniat untuk bangun awal pagi menjadi rutin neneknya.

4. tangkisan untuk menghindarkan serangan yang cuba mencederakan pesilat dalam seni pencak silat.

kata kerja transitif

5. lihat menepuk.

Makna12.01.2025

Kembali ke atas