Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.cé.do/] | ڤنچيدوق

Definisi : 1. alat utk mencedok; 2. (ERT) alat seakan-akan sudu bulat yg jeluk, biasanya digunakan utk mencedok aiskrim, tembikai dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.cé.do/] | ڤنچيدوق

Definisi : alat utk mencedok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencedok


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Alatan untuk menahan sampah ketika menyapu sampah sama ada pongkes, pencedok atau penadah sampah. Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pongkes bermaksud sejenis bakul yang tohor untuk mengisi dan mengangkat tanah (sampah dan lain-lain), pengki. Pencedok bermaksud 1. alat untuk mencedok  2. alat seakan-akan sudu bulat yang jeluk, biasanya digunakan untuk mencedok aiskrim, tembikai dan sebagainya. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, penadah sampah ialah padanan untuk bahasa Inggeris dustpan. Berdasarkan ayat yang diberikan, perkataan yang paling sesuai ialah penadah sampah.Makna11.05.2012
1) Saya masih keliru dengan pilihan jawapan yang diberikan oleh pihak tuan semalam berkaitan dengan geluk. Mengapakah pihak tuan memilih jawapan geluk sedangkan gayung menurut kamus dewan juga bermaksud pencedok air daripada tempurung yang bertangkai/sibur.Mengapakah jawapan gayung kurang tepat?http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=gayungKami memohon maaf atas kekeliruan yang timbul. Berdasarkan definisi tersebut, gayung perkataan yang tepat bagi gambar yang dilampirkan.Tatabahasa09.07.2013

Kembali ke atas