kelab Pencegah Jenayah belum pasti sama ada akan mengadakan (lawatan ke negeri Kedah atau negeri Perak). yang satukah betul? lawatan ke negeri Kedah atau ke negeri Perak, lawatan ke negeeri Kedah dan Perak, lawatan ke negeri Kedah atau Perak, lawatan ke negeri Kedah atau ke negeri Perak.?? | Lawatan ke negeri Kedah atau Perak. Tidak perlu pengulangan. | Tatabahasa | 06.08.2008 |
Apa perbezaan istilah pepasangan dan pemasangan. Betulkah ayat saya, " Sebanyak 2 pepasangan sistem pencegah kebakaran tidak berfungsi di bangunan itu. Oleh itu pemasangan baru sedang dijalankan. | Pepasangan tiada dalam rujukan kami. Ayat yang dicadangkan ialah sebanyak dua set atau dua pasang sistem pencegah kebakaran tidak berfungsi di bangunan itu. Oleh itu pemasangan baru sedang dijalankan. | Tatabahasa | 20.11.2008 |
1. kain itu (berlatar, berlatarkan ) warna gelap. 2.pihak Badan Pencegah Rasuah telah ( mengumpul , mengumpulkan ) maklumat tentang pembelian kereta itu.yang mana satukah yang betul? 3.tidak mustahil kumpulan itu akan bersatu kerana prinsip perjuangannya berbeza. Apakah kesalahan ayat ini? 4. i)mangsa kemalangan itu dikejar ke hospital oleh pemandu teksi itu. ii) mangsa kemalangan itu dikejar oleh pemandu teksi itu ke hospital. yang mana satukay yang betul? sila beri tunjuk ajar. terima kasih. | 1. Kain itu berlatar warna gelap. 2. Pihak Badan Pencegah Rasuah telah mengumpulkan maklumat tentang pembelian kereta itu. 3. Ayat yang betul ialah: Tidak mustahil kumpulan itu akan bersatu walaupun prinsip perjuangannya berbeza. 4. Ayat yang betul ialah : Mangsa kemalangan itu dikejarkan ke hospital oleh pemandu teksi itu. Saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 25.05.2010 |
1. Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan hal-hal lain dan seterusnya (kata kerja) ....................... mesyuarat tersebut. 2. Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai akan (disenaraihitamkan / disenarai hitamkan) supaya menjadi (kata nama) ..................... kepada pekilang yang lain. 3. Seorang daripada peserta kereta lumba itu telah menarik diri daripada pertandingan kerana dua bijitayar kereta yang dipandunya meletup. Manakah istilah salah dan istilah betul? 4. Anggota pasukan keselamatan itu sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan tanah air kita daripada ancaman musuh. Kesalahan istilah - bergadai? : mengorbankan / menggadaikan 5. Jika surat itu hendak dikirim nanti, anda hendaklah menggunakan khidmat pos segera. Manakah istilah salah dan istilah betul? 6. Menurut Badan Pencegah Rasuah, kejayaan perumahan itu adalah disebabkan oleh kelemahan pengurusan syarikat terbabit. Manakah istilah salah dan istilah betul? | Adakah kami diminta mengisi tempat kosong pada ruangan yang disediakan? Kami tidak ada maklumat tentang konteks penggunaan dan maksud ayat. Pandangan kami ayat ini perlu dibetulkan kepada "Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan hal-hal lain dan seterusnya menangguhkan mesyuarat tersebut". Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan melengkapkan buku kerja atau menyediakan jawapan kepada soalan yang dibina. Hal ini perlu ditangani oleh kumpulan penulis/penyemak yang dilantik. Jika ada sebarang perbincangan tentang isu bahasa bolehlah dikemukakan kepada pihak kami. | Tokoh | 26.11.2016 |
Saya ingin bertanya apakah istilah bahasa Melayu yang perkataan berikut: -Variable Refrigerant Flow (VRF) -Private Automatic Branch Exchange (PABX) -Fan Coil Unit (FCU) -Central Direct Expansion System (DX) Water Cooled System -Booster Pump -Roller Shutter atau Fire Roller Shutter - Fire Fighting Pump -Submersible Pump - Air Curtain | Cadangan padanan bagi istilah-istilah berikut dalam bahasa Melayu ialah seperti yang berikut: 1. variable refrigerant flow (VRF) - aliran penyejuk boleh ubah (VRF) 2. private automatic branch exchange (PABX) - ibu sawat cawangan swaautomatik (PABX) 3. fan coil unit (FCU) - unit gegelung kipas (FCU)_ 4. central direct expansion system (DX) - sistem pengembangan langsung pusat 5. water cooled system - sistem penyejukan air 6. booster pump - pam penggalak 7. roller shutter - penutup gendela gulung 8. fire roller shutter - penutup gendela gulung kebakaran 9. fire fighting pump - pam pencegah kebakaran 10. submersible pump - pam selam / pam boleh tenggelam Padanan istilah-istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 23.04.2024 |