Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ce.ga.han] | ڤنچݢهن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) men­cegah, penegahan, penolakan, pengawalan (pengawasan): ~ dgn cara kimia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ce.ga.han] | ڤنچݢهن

Definisi : perbuatan atau hal men­cegah; penegahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencegahan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Baru-baru ini Kerajaan telah mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pertanyaan saya adalah sama ada penggunaan perkataan "Pencegahan" atau "Anti" atau " Pembanterasan" yang lebih sesuai digunakan memandangkan ada yang berpandangan perkataan "Pencegahan" tidak menggambarkan elemen penguatkuatkuasaan (kurang keras) berbanding perkataan "Anti" atau "Pembanterasan". Pohon juga pandangan pihak tuan sekiranya terdapat perkataan lain yang lebih bersesuaian. Sekian, terima kasih.Perkataan cegah bermaksud tegah, halang. Pencegahan bermaksud perihal(perbuatan dsb.)mencegah, penegahan, penolakan, pengawalan(pengawasan). Anti bermaksud tidak suka,, awalan asing yang bermaksud tidak menyetujui, melawan, membantah, menentang. Banteras bermaksud membasmi, menghapuskan, memerangi. Perkataan lain yang membawa maksud yang sama ialah menjauhkan, mengelakkan, menyekat, mengekang. Kami percaya pihak yang memilih perkataan pencegahan untuk menamai Suruhanjaya tersebut telah pun meneliti dan mengkaji semua perkataan yang sedia ada  secara terperinci.       Makna10.06.2008
DEFINASI PENCEGAHAN JENAYAH DAN DEFINASI PERUMAHAN BERTINGKATPerbuatan jenayah bermaksud hal yang berkaitan dengan perbuatan menegah daripada berlakunya jenayah, manakala perumahan bertingkat dalam konteks umum merujuk kepada tingkat-tingkat yang terdapat dalam projek perumahan yang dibangunkan. Walau bagaimanapun saudara perlu merujuk kepada pihak perbandaran jika hal ini berkaitan dengan sesuatu projek khusus yang dibangunkan oleh pihak tertentu. Makna26.10.2010
Salam tuan di talian, Penggunaan kata sendi nama manakah yang betul dalam ayat di bawah.( daripada atau dari) a. Untuk itu, usaha pencegahan dadah haruslah bermula daripada rumah. ATAU b. Untuk itu, usaha pencegahan dadah haruslah bermula dari rumah. Sekian, terima kasih.Untuk itu, usaha pencegahan dadah haruslah bermula dari rumah.Tatabahasa15.04.2011
kejadian itu mungkin dapat dielakkan setelah langkah mencegah dibuat sejak lebih awal lagi. tuan, jika langkah mencegah dibuat dari awal lagi atau jika langkah pencegahan dibuat dari awal lagi atau lagipun, tuan...sejak awal lagi dan dari awal ladi...apakah perbezaan antara kedua-dua ini? tq

Penggunaan kata yang betul ialah "langkah mencegah" atau "pencegahan" (tidak perlu didahului oleh kata langkah) dan "sejak awal" atau "dari awal" (bukan sejak dari awal kerana antara makna sejak ialah dari).

Tatabahasa18.09.2011
Apakah istilah counter-terrorism dalam bahasa Melayu. Pencegahan Kegganasan atau antikeganasan atau kata lain? Carian saya di lamana web, saya dapati antikeganasan dan pecounter-terrorisme dua benda yang berbeza jadi saya ingin tahu apa terjemahan paling sesuai untuk counter-terrorism. Contoh ayat: "this included counter-terrorism and maritime security". terima kasih

Kami cadangkan padanan bahasa Melayu untuk counter-terrorism dalam ayat diberikan ialah “menentang keganasan” atau “mencegah keganasan”.

Istilah18.12.2017
Apakah kesalahan penggunaan kata atau isitilah dan kesalahan bahasa dalam ayat di bawah ? 1)Pegawai kedoktoran yang dijemput dari Kuala Lumpur itu menerangkan tentang cara-cara pencegahan penyakit deman denggi. 2)Sebahagian peserta-peserta dalam pertandingan pidato itu amat becok sekali hingga menyukarkan para hakim memilih pemenangnya. 3)Rakyat Malaysia perlulah saling bantu-membantu dalam usaha memupuk sikap perpaduan kaum.1) Pegawai kedoktoran yang dijemput dari Kuala Lumpur itu menerangkan tentang cara-cara pencegahan penyakit deman denggi. Perkataan yang betul ialah Pegawai Kesihatan dan mencegah.
2) Sebahagian peserta-peserta dalam pertandingan pidato itu amat becok sekali hingga menyukarkan para hakim memilih pemenangnya. Frasa yang betul ialah sebahagian daripada dan petah.
3) Rakyat Malaysia perlulah saling bantu-membantu dalam usaha memupuk sikap perpaduan kaum. Frasa yang betul ialah saling membantu/bantu-membantu dan memupuk perpaduan kaum.
Tatabahasa27.03.2014
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Apakah maksud yang tepat bagi frasa ini? Konteks adalah berkenaan langkah pencegahan bencana banjir. "Flood/Inundation Mesh Model" - Model Jaringan Banjir/Pembanjiran - Model Jaringan Banjir/Limpahan - Model Mesh Banjir/Limpahan

Berdasarkan rujukan kami, perkataan flood dan inundation mempunyai makna yang hampir sama. Dalam data kami terdapat istilah inundation yang dipadankan dengan pembanjiran. Pembanjiran bermaksud; 1. Pelimpahan air mengatasi tebing biasa sungai atau badan air lain atau pengumpulan air, melalui saliran pada kawasan yang biasanya tidak ditenggelami air.,2. Pelamparan air secara terkawal untuk pengairan dan sebagainya yang digunakan dalam bidang geografi.

Sehubungan itu, cadangan kami bagi perkataan Flood/Inundation Mesh Model ialah Model Jaringan Pembanjiran jika bersesuaian.

Penyemakan dan penterjemahan20.08.2018
Pilihan mana yang betul dalam kurungan? 1. Perlawanan bola sepak itu berterusan (hingga ke/hingga) masa tambahan. 2. Kampung itu diselubungi air (oleh sebab/kerana) hujan lebat. 3. (Kempen mencegah jenayah/kempen pencegahan jenayah) itu akan berlangsung selama dua bulan.1. Perlawanan bola sepak itu berterusan hingga/ke masa tambahan.
2. Kampung itu diselubungi air oleh sebab/kerana hujan lebat.
3. Kempen mencegah jenayah itu akan berlangsung selama dua bulan.
Tatabahasa08.10.2012
Tuan/Puan, mohon pandangan mengenai penggunaan "PENYELENGGARAAN" dan PENYENGGARAAN" serta "PERALATAN" dan "PERKAKASAN" dari segi terma ICT. * Penyelenggaraan@Penyenggaraan Peralatan@Perkakasan Komputer * Penyelenggaraan@Penyenggaraan Sistem Aduan * Penyelenggaraan@Penyenggaraan aplikasi Sistem Aduan * Penyelenggaraan@Penyenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance)Kata penyenggaraan menerima sisipan "el" menjadi penyelenggaraan. Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama. Manakala perkataan perisian ialah terjemahan software dalam bahasa Melayu dan perkakasan terjemahan bagi hardware dalam bahasa Melayu.Istilah22.05.2012
Salam Tuan/Puan, Saya ingin memohon jasa baik pihak tuan/puan untuk menterjemahkan "Anti-Money Laundering, Anti Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001 (AMLATFPUAA 2001)" Terima kasih atas bantuan daripada pihak tuan/puan.Berdasarkan carian melalui sumber Bank Negara Malaysia http://www.bnm.gov.my/documents/act/bm_amlatfa_v3.pdf,  "Anti-Money Laundering, Anti Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001 (AMLATFPUAA 2001)" ialah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. Istilah19.09.2018
12

Kembali ke atas