Bolehkah istilah "subsidiary dye" dipadankan dengan "pencelup subsidiary". | Cadangan padanan istilah yang sesuai bagi perkataan subsidiary dye ialah pencelup subsidiari atau pewarna subsidiari. | Istilah | 17.08.2021 |
Salam sejahtera. Mohon cadangan terjemahan yang sesuai bagi perkataan "dioxazine dye", iaitu istilah yang diguna pakai dalam bidang kimia. Terima kasih. | Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pencelup dioksazina. | Istilah | 15.08.2016 |
Salam, saya ingin tahu terjemahan istilah DYE SENSITIZED SOLAR CELL dan COUNTER ELETRODE. terima kasih | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "dye sensitized solar cell" dan "counter electrode" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah sel solar peka pencelup dan elektrod lawan. | Istilah | 29.04.2014 |