Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ce.mar] | ڤنچمر

Definisi : 1. orang yg mencemari atau mencemarkan maruah (diri, nama keluarga, dll); 2. bahan atau alat yg mencemari atau mencemarkan sesuatu (bahan lain, udara, dll): gas ini, spt ~ yg lain, amat berbahaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ce.mar] | ڤنچمر

Definisi : 1 orang yg mencemarkan. 2 sesuatu atau bahan yg mencemari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencemar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam pagi, Soalan saya ialah: 1) Yang manakah lebih gramatis: memanggang sate ATAU membakar sate? 2) Yang manakah lebih gramatis: bahan pencemar udara ATAU bahan cemar udara ATAU pencemar udara? 3) Apakah perbezaan antara maksud 'konsep' dan 'prinsip'? Sila berikan contohnya sekali. 4) Yang manakah betul: - ...orang ramai dinasihatkan supaya tidak membakar .... ATAU - ...orang ramai dinasihatkan tidak membakar... 5) Apakah perbezaan maksud antara 'punca' dan 'sumber'. Contoh ayat- Punca-punca pencemaran air ialah... ATAU Sumber pencemaran air ialah... (yang manakah lebih gramatis?) 6) Yang manakah lebih gramatis: - Ekoran daripada masalah jerebu... - Ekoran masalah jerebu... 7) Yang manakah betul / gramatis: - Kesan terhadap manusia ATAU kesan ke atas manusia 8) Yang manakah betul / gramatis: - lain-lain bahan atau bahan-bahan lain 9) Yang manakah betul / gramatis: - kita dapat merasanya dengan tangan - kita dapat merasainya dengan tangan 10) Yang manakah betul / gramatis: - menenggelamkan kawasan bumi yang rendah - meneggelamkan bahagian bumi yang rendah - membanjiri kawasan yang rendah - membanjiri bahagian yang rendah Sekian, terima kasih. CK(1) Frasa memanggang sate dan membakar sate, kedua-duanya betul. 
(2) Frasa yang paling tepat ialah pencemar udara.
(3) Konsep bermaksud pengertian am atau idea ygan mendasari sesuatu, seperti konsep demokrasi tidak bererti kebebasan yang tidak terbatas. Prinsip bermaksud sesuatu yang menjadi dasar atau pegangan, seperti "berdasarkan perinsip kemampuan dan kecekapan".
(4) Frasa yang betul "orang ramai dinasihatkan tidak membakar".
(5) Punca pencemaran air ialah...
(6) Ekoran daripada masalah jerebu...
(7) Kesan terhadap manusia...
(8) Frasa yang betul ialah "bahan-bahan lain".
(9) Kita dapat merasanya dengan tangan.
(10) Membanjiri kawasan yang rendah.
Tatabahasa11.10.2015
Sharifah Nur Rasyidah Jul 8th, 10:51pm Assalamualaikum. Saya ingin bertanyakan satu soalan. Apakah hukuman yang dikenakan oleh pihak DBP kepada pencemar bahasa? Mohon pencerahan lanjut daripada pihak tua. Terima kasih.Untuk makluman, sebagai badan perancangan bahasa, DBP hanya boleh memberikan nasihat dan bimbingan tentang penggunaan bahasa Melayu yang baik, betul dan indah tetapi DBP belum lagi diberikan kuasa undang-undang untuk mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja yang yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik.Lain-lain08.07.2014

Kembali ke atas