apakah yang di maksudkan dengan pencemaran bahasa? adakah penggunaan bahasa dialek/loghat juga merupakan salah satu pencemaran bahasa? | Pencemaran bahasa ialah menggunakan atau mencampurkan bahasa asing dengan bahasa asli dalam percakapan dan penggunaan seharian atau rasmi. Penggunaan dialek/loghat bukan termasuk dalam pencemaran bahasa. | Lain-lain | 27.02.2007 |
pencemaran bahasa melayu? | Terima kasih atas keprihatinan pihak tuan/puan terhadap isu bahasa Melayu. Ya, terdapat penggunaan bahasa rojak dalam lampiran yang disertakan. Pihak kami menyediakan perkhidmatan "Pantau Tegur Bahasa" untuk menyalurkan maklumat tentang perkembangan dan kesalahan penggunaan bahasa Melayu secara talian kepada DBP. | Lain-lain | 30.04.2013 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Yang manakah betul, "bangunan mesra alam diharap dapat mengatasi masalah pencemaran" atau "bangunan mesra alam diharapkan dapat mengatasi masalah pencemaran"? | Ayat yang betul ialah "Bangunan mesra alam diharap dapat mengatasi masalah pencemaran." | Tatabahasa | 26.09.2013 |
maksud pencemaran sungai | Sila rujuk buku yang berkaitan. | Makna | 20.08.2010 |
APAKAH FAKTOR PENCEMARAN BAHASA? | Soalan berbentuk tugasan ini memerlukan bacaan dan kajian kepustakaan untuk menjawabnya. Sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana perpustakaan lain untuk melihat dapatan yang berkaitan dengan tugasan tersebut. | Lain-lain | 11.07.2012 |
1)apakah punca-punca pencemaran bahsa melayu? 2)apakah langkah-langkah mengatasi pencemaran bahasa melayu? | Bahasa Melayu tercemar kerana penggunanya tidak berpegang pada tatabahasa, ejaan, tanda baca, istilah, dan sebagainya termasuk sebutan yang diamalkan oleh penuturnya. Kini telah wujud bahasa rojak dan bahasa SMS yang sama sekali tidak bertepatan dengan struktur bahasa Melayu yang baku. Langkah bagi mengatasi masalah ini ialah pengguna hendaklah menguasai kemahiran dan pengetahuan bahasa Melayu dan menggunakanya secara betul sama ada dalam liusan atau tulisan. | Makna | 25.07.2006 |
salam sejahtera. saya ingin bertanya adakah ayat ini betul atau sebaliknya. Pencemaran sungai terjadi disebabkan oleh berbagai-bagai faktor. Terima kasih | Ayat yang betul ialah, "Pencemaran sungai disebabkan oleh berbagai-bagai faktor" | Tatabahasa | 24.06.2008 |
Assalamualaikum..sy nak bertanya,boleh saya dapatkan nama pengarang artikel pantau tegur bahasa dan saya ingin mengetahui secara lanjut dan terperinci mengenai 9 ciri-ciri pencemaran bahasa yang telah ditetapkan oleh DBP. Saya merupakan seorang pelajar bahasa di UITM Shah Alam dan berminat untuk menjadikan 9 ciri pencemaran bahasa tersebut sebagai panduan saya menganalisis kesalahan yang terdapat pada papan tanda. Mohon pertanyaan saya dijawab dan mendapat perhatian pihak tuan. Terima kasih.:) | Kami tidak jelas dengan artikel yang dirujuk dan sembilan ciri-ciri pencemaran bahasa yang tuan maksudkan. Untuk makluman tuan, dalam pemantauan bahasa bahasa aspek yang dipantau dibahagikan kepada dua, iaitu tahap penggunaan bahasa dan mutu penggunaan bahasa. Tahap penggunaan bahasa akam melihat kepada tiga aspek yang berikut, iaitu: penggunaan bahasa kebangsaan sepenuhnya; penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa lain sepenuhnya; dan penggunaan bahasa yang bercampur (bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain). Pada peringkat mutu penggunaan bahasa, aspek yang dipantau ialah ejaan, tanda baca, penggunaan bahasa, pembentukan kata, binaan ayat, sebutan (jika berkaitan) dan kesantunan bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka mengalu-alukan kerjasama daripada orang ramai dalam melihat dan memantau penggunaan bahasa dalam paparan awam. Domain "Pantau Tegur Bahasa" disediakan untuk orang ramai menyalurkan maklumat tentang perkembangan dan kesalahan penggunaan bahasa Melayu kepada DBP secara dalam talian. | Lain-lain | 04.06.2013 |
Dalam penulisan cerpen , adakah diizinkan jika penulis menulis dengan menambah perkataan Inggeris untuk komunikasi watak ? Atau ini dikatakn pencemaran bahasa ? | Dalam penulisan cerpen/novel, pengarang dibenarkan menulis dalam dialog perkataan/bahasa Inggeris tetapi dalam kapasiti perkataan/ayat yang terhad. Semua perkataan yang menggunakan bahasa Inggeris perlulah diitalickan (menggunakan perkataan condong) - bukan pencemaran bahasa. Sekian dan salam. | Lain-lain | 02.04.2009 |
Adakah ayat ini betul? Masalah pencemaran semakin serius. Oleh itu, pelbagai anjakan paradigma haruslah dilakukan untuk membendung masalah ini. Terima kasih | Anjakan paradigma bermaksud peralihan atau perubahan daripada sesuatu keadaan atau lingkungan fikiran kepada keadaan atau lingkungan fikiran yang baru, biasanya yg lebih baik. Penggunaan ungkapan anjakan paradigma tidak sesuai dalam konteks ayat tersebut. Sila gantikan dengan perkataan lain yang lebih sesuai dari aspek maknanya. | Tatabahasa | 09.02.2012 |