Asalamulaikum Kad Temu Janji Kes Kecemasan Surat Pencen Kad Majikan No Giliran Kad Rawatan Pesakit Borang Ujian Klinikal Ujian Klinikal perkataan diatas nama Am atau nama khas | Saudara Norliza, Perkataan di atas merupakan kata nama am. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut tentang perkara ini. | Tatabahasa | 03.08.2009 |
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera, Saya ada sedikit kekeliruan tentang 'Separation' dalam bidang pekerjaan. contoh 'separation'yang dimaksudkan: 1. Pekerja yang sudah pencen 2. Pekerja yang dipecat Apakah translation yang sesuai untuk 'separation' yang dimaksudkan dalam bahasa melayu? | Waalaikumussalam. Padanan dalam bahasa Melayu untuk separation ialah pemisahan atau pengasingan mengikut konteks ayat. Namun dalam konteks ayat yang diberikan, kami mencadangkan “penamatan” digunakan bagi maksud separation. Sekian. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.03.2018 |
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera, Saya ada sedikit kekeliruan tentang 'Separation' dalam bidang pekerjaan. contoh 'separation'yang dimaksudkan: 1. Pekerja yang sudah pencen 2. Pekerja yang dipecat | Waalaikumussalam. Padanan dalam bahasa Melayu untuk separation ialah pemisahan atau pengasingan mengikut konteks ayat. Namun dalam konteks ayat yang diberikan, kami mencadangkan “penamatan” digunakan bagi maksud separation. Sekian. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.03.2018 |
Saya perlu terjemahan terbaik untuk istilah kewangan/ekonomi 'Cliff Vesting'. Dari pencarian, saya temui keterangan mengenai istilah tersebut seperti berikut: Cliff vesting is the process by which employees earn the right to receive full benefits from their company’s qualified retirement plan account at a specified date, rather than becoming vested gradually over a period of time. Terima kasih. | Padanan untuk 'Cliff Vesting' ialah Jurang Letak Hak atau jika berkaitan dengan pesara, Jurang Hak Pencen. | Istilah | 10.10.2018 |
tafsiran ayat berikut' 'ditamatkan perkhidmatan atau berhenti bekerja dengan PKNS atau anak syarikat PKNS'. Adakah maksud ditamatkan bermakna individu tersebut dibuang/dihentikan atas sebab-sebab tertentu. Adakah sama perkataan ditamatkan dengan menamatkan perkhidmatan. Mohon penjelasan | Maksud ditamatkan jika menurut konteks pekerjaan, bermaksud diberhentikan/dibuang atas sebab- sebab tertentu, ( seperti tamat kontrak dan sebab lain) manakala maksud menamatkan perkhidmatan mengikut konteks pekerjaan ialah berhenti kerja atas sebab pencen dan berhenti atas sebab peletakan jawatan. | Istilah | 27.09.2018 |
...... saya nk tnye,apakah maksud 'parti pembangkang' , 'negara' , 'demokrasi' dan 'negara demokrasi' menurut perspektif DBP? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, parti pembangkang ialah parti politik yg menjadi penentang parti(-parti) politik lain yg memegang teraju kerajaan. Negara: 1. suatu masyarakat yg menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan; 2. kawasan yg di bawah kekuasaan kerajaan tertentu, negeri: ~ China; 3. yg berkaitan dgn negara (masyarakat dan kawasan di bawah suatu kerajaan); ahli ~ pemerintah negara, negarawan; bank ~ bank kepunyaan negara; tata~ aturan dan susunan negara; ~ bahagian negara yg menjadi anggota sesebuah negara persekutuan; ~ bangsa negara berdaulat yg didiami oleh satu bangsa; ~ besar negara yg kuat dan berpengaruh; ~ dunia ketiga negara-negara di Afrika, Asia dan Amerika Latin secara kolektif yg dianggap masih mundur atau sedang membangun; ~ hukum negara yg menjalankan kekuasaannya menurut hukum; ~ jiran = ~ tetangga negara yg berjiran (mempunyai sempadan yg sama); ~ kebajikan negara yg meng utamakan kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyatnya dgn memberikan berbagai-bagai perlindungan sosial, spt elaun pengangguran, pencen, perubatan percuma dsb; ~ kesatuan negara yg dikuasai langsung oleh pemerintahan pusat (bukan persekutuan); ~ kota negara berautonomi yg terdiri drpd kota dan wilayah di sekelilingnya; ~ maju negara kaya yg sebahagian terbesar ekonominya bergantung pd industri dan penduduknya menikmati taraf hidup yg tinggi; ~ matahari terbit negara Jepun; ~ membangun negara yg sedang giat meningkatkan taraf hidup, ekonomi, dll; ~ mundur negara(-negara) yg masih jauh ketinggalan terutamanya dlm kemajuan ekonomi; ~ perindustrian negara yg kemajuan dan kekuatan ekonominya berteraskan pelbagai industri; ~ pertanian negara yg sebahagian besar drpd penduduknya petani atau yg ekonominya berdasarkan pertanian; ~ polis negara yg kebebasan dan pergerakan rakyatnya dikawal oleh pemerintah dgn menggunakan kekuasaan polis; ~ pulau negara yg wilayahnya terdiri drpd sebuah pulau; ~ Selatan nama lain bagi negara membangun; ~ Utara nama lain bagi negara maju. Demokrasi: 1. pemerintahan oleh rakyat atau wakil yg dipilih dlm pilihan raya; ~ berparlimen (perwakilan) pemerintahan demokrasi yg dijalankan secara perwakilan; 2. unit politik atau sosial yg pd dasarnya di kuasai oleh semua anggotanya; 3. keadaan sosial tanpa perbezaan keistimewaan kelas; | Makna | 28.09.2010 |