Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ce.ra.han] | ڤنچرهن

Definisi : perihal (perbuatan) mencerahkan sesuatu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ce.ra.han] | ڤنچرهن

Definisi : perbuatan atau proses mencerahkan: krim yg dpt membantu ~ kulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencerahan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, adakah "pencerahan" boleh digunakan untuk membawa maksud "penjelasan"? Hal ini kerana saya merujuk Kamus Dewan dan mendapati bahawa tiada maksud "penjelasan" untuk perkataan "pencerahan". Tuan tolong berikan keterangan tentang penggunaan "pencerahan" untuk membawa maksud "penjelasan" ini berpandukan Kamus Dewan. Terima kasih. Perkataan pencerahan berdasarkan Kamus Dewan ialah perubahan ciri fizikal daripada gelap kepada terang, namun pengguna bahasa telah memperluas makna pencerahan kepada unsur abstrak, iaitu mendapatkan penjelasan (daripada tidak tahu kepada tahu).Makna06.12.2014
Kebelakangan ini ramai yang menggunakan perkataan 'mohon pencerahan' untuk mendapatkan penjelasan mengenai sesuatu perkara. Adakah penggunaan perkataan 'pencerahan' ini betul?Menurut Kamus Dewan "pencerahan" bermaksud perbuatan atau proses mencerahkan: krim yg dpt membantu ~ kulit.
"Cerah" pula bermaksud: 
cerah l 1. terang (berkenaan (dengan) hari, bulan, lampu,langit, dan lain-lain): hari sudah cerah; 2. jernih (berkenaan (dengan) kaca dan lain-lain); 3. tidak hitam, agak putih (berkenaan (dengan) kulit): kulitnya cerah; 4. berseri, tidak muram (berkenaan (dengan) rupa muka): wajah Cikgu Seman belum cerah betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah cerah; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu cerah sikit; cerah ceria terang lagi bersih (berkenaan (dengan) udara, cuaca, dan lain-lain); cerah kulit tidak hitam (dan tidak putih benar);

Dalam konteks memberi penjelasan , "pencerahan" ini boleh membawa maksud menerangkan kerana salah satu maksud cerah ialah terang.
Lain-lain23.09.2014
Adakah prasa 'mohon pencerahan' ini tepat penggunaannya?Menurut Kamus Dewan "pencerahan" bermaksud perbuatan atau proses mencerahkan: krim yg dpt membantu ~ kulit.
"Cerah" pula bermaksud: 
cerah l 1. terang (berkenaan (dengan) hari, bulan, lampu,langit, dan lain-lain): hari sudah cerah; 2. jernih (berkenaan (dengan) kaca dan lain-lain); 3. tidak hitam, agak putih (berkenaan (dengan) kulit): kulitnya cerah; 4. berseri, tidak muram (berkenaan (dengan) rupa muka): wajah Cikgu Seman belum cerah betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah cerah; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu cerah sikit; cerah ceria terang lagi bersih (berkenaan (dengan) udara, cuaca, dan lain-lain); cerah kulit tidak hitam (dan tidak putih benar);

Dalam konteks memberi penjelasan , "pencerahan" ini boleh membawa maksud menerangkan kerana salah satu maksud cerah ialah terang. Jadi, frasa itu boleh digunakan.
Lain-lain27.10.2014
Mohon pencerahan tentang penggunan “di”, “dalam” dan “pada”. Saya lihat kebelakangan ini banyak penggunaan seperti “(Buy on Shopee - Beli di Shopee”, “Search in Lazada - Cari di Lazada” untuk platform maya. Menurut definisi, “di” hanya digunakan untuk “masa, tempat fizikal dan arah”. Maka adakah penggunaan seperti di atas adalah salah dan sepatutnya penggunaan kata sendi yang betul adalah “Beli pada Shopee”, “Cari dalam Lazada”? Penggunaan kata sendi nama yang salah untuk konteks platform maya sungguh mengelirukan kerana terdapat banyak penggunaan yang tidak menetapi definisi Tatabahasa Dewan.

Penggunaan kata sendi nama “di”, “dalam” dan “pada” dalam contoh ayat yang diberikan salah. Penggunaan kata sendi nama yang betul dalam contoh ayat ialah “Beli melalui Shopee” dan “Cari melalui Lazada”. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 265-284.

Tatabahasa13.04.2026
Mohon pencerahan, jika nama standard seperti Standard Accounting System for Goverment Agencies (SAGA) yang ditulis dalam sesuatu penulisan, adakah perlu italic.

Salam puan yang budiman,

Huruf condong digunakan untuk menunjukkan ada sesuatu yang berlainan atau istimewa tentang perkataan atau frasa yang berkenaan. Selain itu, huruf condong digunakan bagi perkataan bahasa asing yang terdapat dalam teks bahasa Melayu. Huruf condong turut digunakan untuk mencetak judul buku dan penerbitan lain dalam teks.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2024), hlm. 152 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), hlm. 848.

Lain-lain21.04.2026
Mohon pencerahan beda perkataan KUIS, KAIS, KAIT dan KAIH. Mohon juga contoh ayat untuk membedakannya. Terima kasih.Kais atau mengais mempunyai tiga makna, iaitu:
1. mencakar dan menggaruk (tanah, pasir dan sebagainya) seperti ayam yang mencari makan
2. mencari (rezeki) dengan susah payah

Kaih ialah ialah versi dialek (tidak baku) untuk kata baku kais.

Kuis atau menguis mempunyai dua makna, iaitu:
1. menolak, menepis, atau menyepak sesuatu ke tepi atau ke tempat lain
2. mencakar atau menggaruk (sampah, tanah dan lain-lain) seperti ayam untuk mencari makanan 

Kait mempunyai empat makna, iaitu:
1. besi, kayu dan sebagainya yang bercangkuk di hujungnya dan dipasang pada buluh dan sebagainya untuk memetik buah-buahan dan sebagainya
2. sesuatu yang terselindung dan menyusahkan
3. berkaitan dengan kait
4. lihat makna mengait

Mengait mempunyai empat makna, iaitu:
1. memetik sesuatu dengan kait
2. menarik atau mencangkuk sesuatu dengan sesuatu yang seperti kait
3. menjalinkan benang dengan jarum kait untuk membuat (renda, baju panas dan sebagainya)
4. mengambil (keuntungan dan lain-lain) dengan cara tidak halal

Untuk maklumat lebih lanjut, silalah dapatkan Kamus Dewan Perdana (2020) di kedai-kedai buku DBP atau melalui portal DBPNiaga.my
Makna07.12.2025
Mohon pencerahan DBP tentang penggunaan perkataan "establisymen" yang tidak wujud dalam korpus PRPM tapi diguna pakai dalam Undang-Undang Kecil (UUK) kerajaan tempatan seperti Selangor dan Perak (https://www.mbpj.gov.my/sites/default/files/24-uuk_pelesenan_establisymen_makanan_majlis_bandaraya_petaling_jaya_2007.pdf, https://www.mpm.gov.my/wp-content/uploads/2024/11/25-UUK-Pelesenan-Establisymen-Makanan-MPM-2018.pdf). Sekiranya perkataan "establisymen" tidak wujud, apakah perkataan yang harus digunakan? Terima kasih.Untuk makluman, perkataan "establisymen" belum pernah terakam dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Berdasarkan penelitian terhadap dokumen Undang-Undang Kecil (UUK) kerajaan tempatan Selangor dan Perak, cadangan terjemahan dalam bahasa Melayu bagi perkataan establishment ialah "perusahaan" atau "penyediaan" berdasarkan kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah27.09.2025
Mohon pencerahan tentang kata pembenda.. "Adik tidur dengan nyenyak dan selesanya." atau "Adik tidur dengan nyenyak dan selesa."? "Adik makan dengan gelojohnya." atau "Adik makan dengan gelojoh."?

Kata pembenda ialah bentuk kata yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama menjadi kata nama. Dalam bahasa Melayu, kata sendi nama perlu diikuti oleh kata nama.

Dalam frasa dengan nyenyak dan selesa, perkataan nyenyak dan selesa ialah kata adjektif dan tidak boleh hadir selepas kata sendi nama. Kata pembenda -nya perlu diletakkan pada perkataan nyenyak dan selesa supaya menjadi kata nama, iaitu nyenyaknya, selesanya.

Begitu juga dengan perkataan gelojoh yang merupakan kata adjektif. Bagi mematuhi rumus tatabahasa, perkataan ini perlu diletakkan kata pembenda -nya untuk menjadi kata nama gelojohnya.

 Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku terbitan DBP seperti yang berikut:

(i)           Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 653, 1551 dan 2010.

(ii)          Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 104, 296.

(iii)        Rumus Tatabahasa Bahasa Melayu: Golongan Kata (DBP, 2017), halaman 168. 

Tatabahasa11.09.2025
Mohon pencerahan mengenai susunan yang tepat bagi tajuk majlis sambutan. Antara peringkat atau tahun, manakah yang perlu didahulukan pada penulisan? Contoh: 1) Majlis Sambutan Hari Peladang Peringkat Negeri Selangor Tahun 2024 atau 2) Majlis Sambutan Hari Peladang 2025 Peringkat Negeri Selangor. Sekian.

Kedua-dua susunan tajuk majlis sambutan boleh digunakan bergantung pada kehendak penganjur.

1)           Majlis Sambutan Hari Peladang Peringkat Negeri Selangor 2024

2)           Majlis Sambutan Hari Peladang 2025 Peringkat Negeri Selangor

Tatabahasa16.08.2025
Mohon pencerahan, bagi penggunaan arahan soalan dalam buku latihan murid seperti: Warnakan Tuliskan Suaikan Padankan Tandakan Adakah perlu dibuang "kan" di belakangnya?Untuk makluman, perkataan seperti "Warnakan", "Tuliskan", "Suaikan", "Padankan" dan "Tandakan" perlu dikekalkan penggunaan "-kan" kerana bertujuan memberikan perintah atau arahan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 448.Tatabahasa24.07.2025
12345678910...

Kembali ke atas