ADAKAH DBP MENYEDIAKAN KHIDMAT PENCERAMAH / FASILITATOR UNTUK KURSUS TATACARA PENULISAN SURAT RASMI KERAJAAN? | Untuk pertanyaan mengenai penceramah untuk kursus, tuan/puan boleh menghubungi Bahagian Akademi DBP melalui talian 03-21479223 (Encik Mohd Amran bin Daud) | Lain-lain | 03.04.2017 |
Adakah pihak DBP ada menyediakan penceramah mengenai kaedah tulisan jawi utk para pelajar @ masyarakat ? TQ | Encik Mohamad Fauzi, Untuk mendapatkan khidmat penceramah Jawi, saudara boleh membuat permohonan kepada Ketua Bahagian Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 26.05.2010 |
Ingin mencari penceramah untuk bengkel Penulisan Kraeatif: cerpen dalam aktiviti Kem Penulis Muda Peringkat Negeri Sabah pada 5 Mac 2014 (8.00 pg - 1.00 ptg) di BTPN Sabah (Penampang) | Untuk mendapatkan khidmat penceramah dan maklumat lanjut tentang kursus anjuran DBP sila berhubung terus dengan Dr. Amran Joned, Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, telefon 03-21479779/2147, pegawainya Encik Mohd. Noor Jabar (noor@dbp.gov.my) 03-21479220 dan Dr. Dahlina Daut (dahlina@dbp.gov.my) 03-21479224. | Lain-lain | 04.02.2014 |
Salam. Penggunaan kata perintah "tolong" "harap". Ayat manakah yang betul ? 1. Tolong berikan perhatian ketika penceramah sedang berceramah. ATAU 2. Harap berikan perhatian ketika penceramah sedang berceramah. | Kedua-dua perkataan itu boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama. Harap (haraplah) bermaksud hendaklah, mintalah, pohonlah; dan tolong bermaksud bantu. | Istilah | 25.06.2014 |
1. Saya ingin bertanya, ejaan yang betul bagi perkataan atlet. Adakah atlet atau atlit? 2. Sekiranya ejaan yang betul adalah atlet, mengapa ada penceramah dari satu bengkel yang saya hadiri mengatakan ejaan yang betul adalah atlit? malahan penceramah itu mengatakan dia pakar bahasa/majornya penulisan bahasa/sastera melayu? Dan perkara itu dimaklumkan kepada kesemua peserta bengkel itu yang ramainya terdiri dari semua IPTA? mohon pandangan dan ulasan dari pihak DBP? | Ejaan yang betul ialah atlet. Dalam kaedah penulisan kata serapan daripada bahasa Inggeris, bentuk visual diutamakan. Oleh itu, bentuk e tetap jadi e , contohnya: athlete (BI) = atlet (BM), decription (BI) = deskripsi (BM). | Ejaan | 13.05.2011 |
Keadaan yang hingar-bangar di dalam dewan itu menyukarkan kami mendengar apa yang diperkatakan oleh penceramah itu. mengapakah kesalahan bahasa ialah apa? adakah kita perlu menggunakan " apa-apa"? | Antara fungsi "apa" ialah pengganti sesuatu yg kurang tentu (kurang terang),contoh ayat: tidak terdengar apa yg kaucakapkan. Oleh itu "apa" dalam ayat "Keadaan yang hingar-bangar di dalam dewan itu menyukarkan kami mendengar apa yang diperkatakan oleh penceramah itu." boleh digunakan. | Tatabahasa | 18.07.2008 |
Assalamualikum. Tuan, saya ingin bertanya berkaitan dengan penggunaan perkataan berimbuhan "merbahayakan". apa yang kita maklum bahawa tiada imbuhan Mer_ dalam bahasa Melayu. tetapi dalam satu kursus berkaitan tatabahasa yang saya hadiri, salah seorang penceramah menyatakan bahawa perkataan itu telah diterima pakai oleh pihak DBP. Adakah benar kenyataan penceramah itu? Jika benar, apakah rasional pihak DBP menerima perkataan "merbahaya" sebagai perkataan yang mempunyai makna? Jika alasan penerimaan penggunaan perkataan tersebut atas alasan telah mantap digunakan, maka saya sebagai guru Bahasa Melayu berasa amat kesal kerana pihak DBP seolah-olah tunduk kepada kesalahan. Sekian harap maaf dan terima kasih. | Kamus Dewan Edisi Keempat, merakamkan perkataan merbahaya tetapi ditulis: merbahaya -> marabahaya. Tanda anak panah (->) bererti lihat perkataan di hadapannya. Oleh itu, perkataan yang betul ialah marabahaya. Kami khuatir maklumat ini disalah faham oleh pembaca yang melihat kamus. DBP konsisten dalam hal ini dan sehingga kini tiada sebarang perubahan, perkataan yang betul ialah marabahaya atau berbahaya, iaitu kata bahaya yang menerima awalan ber-. | Tatabahasa | 21.05.2015 |
Adakah DBP boleh menyediakan penceramah untuk kursus penulisan dan penggunaan bahasa bagi team editor Buletin MARDI? Jika ya, bagaimana prosedur untuk memohon dan pegawai yang boleh dihubungi untuk penyelarasan? | DBP menganjurkan pelbagai kursus penataran bahasa, sastera, penerbitan dan penulisan. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh berhubung dengan Akademi Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau hubungi pegawai Akademi Bahasa Puan Faridah A. Rahman melalui e-mel dbp.gov.my">faridah@dbp.gov.my. | Pembinaan Bakat | 18.01.2013 |
As Salam, Mohon rujukan dan cadangan penceramah bagi Kursus Penulisan Minit Mesyuarat no hp boleh dihubungi beserta alamat lengkap. Terima kasih. | Maklumat lanjut berkaitan dengan kursus boleh diperoleh di Akademi DBP melalui talian 03-2147 9226 atau 03-2147 9227. | Lain-lain | 27.01.2015 |
Assalamualaikum. Tuan, saya pernah diberitahu oleh penceramah kursus bahasa bahawa perkataan seperti 'warga', 'masyarakat' dan 'rakyat' sudah menunjukkan sekumpulan atau bermaksud ramai. Tetapi tanpa disedari masih ramai pengguna bahasa meletakkan perkataan 'semua' di hadapan perkataan 'warga', 'masyarakat' dan 'rakyat' apabila menulis atau bercakap. Contohnya, "Semua rakyat Malaysia mestilah mengutamakan kebersihan," atau "Semua warga Agensi Kelayakan Malaysia mestilah mematuhi peraturan." Jadi bagi menjelaskan penggunaan perkataan 'warga' secara tepat saya berharap pihak DBP dapat memberi panduan dan nasihat dalam hal ini. Terutama sekali memberi contoh-contoh ayat yang sesuai menggunakan perkataan 'warga'. Maklum balas pihak DBP amat diharapkan dan didahului dengan terima kasih. | Puan Norafizah, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Puan mungkin terdapat sedikit kekeliruan tentang perkara ini. Memang betul perkataan warga, masyarakat dan rakyat telahpun membawa makna ramai atau banyak. Oleh yang demikian perkataan tersebut tidak boleh digandakan. Maksudnya semasa menulisnya ia tidak boleh ditulis begini... semua warga-warga Malaysia, semua rakyat-rakyat atau semua masyarakat-masyarakat.... terima kasih. | Ejaan | 15.05.2009 |