Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ce.ri.ta.an] | ڤنچريتاءن

Definisi : perihal menceritakan: cara ~ dan pengutaraan wataknya agak istimewa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penceritaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Apakah definisi retorik penceritaan? 2.Apakah tujuan retorik penceritaan? 3.Apakah ciri-ciri retorik penceritaan? 4.Apakah aspek penting retorik penceritaan?

Saudara,

1. Retorik Penceritaan atau naratif ialah suatu bentuk penyampaian melalui cerita sama ada dalam bentuk penulisan atau lisan. dalam bentuk penulisan, retorik ini meliputi pelbagai jenis seperti cerpen, novel,drama, biografi dll.

2. Retorik melibatkan seni penggunaan bahasa yang melibatkan penyampaian idea yang menarik dan berkesan  dengan tujuan untuk memujuk, mempengaruhi, meyakinkan pembaca / pendengar tentang sesuatu perkara (Nik Safiah & Wan Malini).

3. Ciri-ciri retorik penceritaan ialah

a. retorik bentuk ini mempunyai bahagian pendahuluan, perkembangan cerita, konflik dan peleraian,

b. gaya bahasa yang digunakan bersifat imajinatif, menggunakan bahasa sastera seperti imejan, perlambangan, metafora, persenofikasi dll.

c. terdapat sedikit kebebasan  tatabagasa kerana bersifat ekspresi.

4. aspek-aspek penting dalam retorika; pemerian, pemujukan, penerangan,  penceritaan, pendedahan dan penghujahan.

sekian, terima kasih.  

Sastera31.01.2011
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Soalan saya, di dalam kajian sastera, apakah perbezaaa anatar jalan cerita, teknik plot dan teknik penceritaan? Adakah jalan cerita itu merangkumi teknik plot dan juga teknik penceritaan? Terima kasih.Teknik plot  atau lebih tepat teknik penceritaan ialah elemen-elemen yang membantu pengarang dalam membina ceritanya. Teknik penceritaan ini dapat menunjukkan kreativiti pengarang dalam mempelbagaikan gaya dalam menyampaikan ceritanya. Antara teknik penceritaan ialah dialog, monolog, monolog dalaman, pemerian, imbas kembali, imbas muka dan sebagainya.Sastera22.07.2013
Apakah yang dimaksudkan dengan elemen naratif dan penceritaan dalam sesebuah karya cerpen ataupun novel?Naratif dan penceritaan dalam sesebuah karya cerpen dan novel bermaksud cerita atau kisah tentang peristiwa, pengalaman, dan lain-lain lagi.Makna27.11.2015
Salam apakah yang dimaksudkan dengan teknik naratif? Adakah ianyan sama dengan teknik penceritaan?Betul, teknik naratif aialah teknik penceritaan.Sastera10.05.2014
Assalamualikum dan salam sejahtera. Adakah unsur suspens dimuatkan dalam karya itu bersifat teknik penceritaan? Terima kasihUnsur suspens dalam sesebuah karya akan menarik minat pembaca untuk terus membaca. Unsur ini merupakan teknik penceritaan selain daripada unsur kejutan, dialog, monolog, konflik, imbas kembali dan sebagainya yang akan menggerakkan sesebuah karya.Tatabahasa25.07.2013
Terima kasih atas maklum balas. Namun ada sedikit tambahan kepada soalan saya tersebut, adakah unsur suspens dimuatkan dalam karya itu bersifat teknik penceritaan? Terima kasih.Unsur ketegangan dalam sesebuah karya akan menarik minat pembaca untuk terus membaca. Unsur ini merupakan teknik penceritaan selain daripada unsur kejutan, dialog, monolog, konflik, imbas kembali dan sebagainya yang akan menggerakkan sesebuah karya.Sastera23.07.2013
Apakah definisi retorik penceritaan?Retorik  bermaksud kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan. Retorik juga merupakan seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar atau seni berpidato. Terima kasih.Makna31.01.2011
Apakah perkataan yang sesuai untuk merujuk kepada penceritaan sejarah TAMADUN CINA atau TAMADUN CHINA? dan PERADABAN CHINA atau PERADABAN CINA?Kesesuaian perkataan China atau Cina bergantung pada konteks/bahan yang dimaksudkan. Perkataan China digunakan dan bermaksud negara China dan perkataan Cina pula bermaksud bangsa Cina. Oleh itu, TAMADUN CINA atau TAMADUN CHINA, PERADABAN CHINA atau PERADABAN CINA kedua-duanya boleh digunakan bergantung pada konteks yang dimaksudkan.Ejaan19.09.2018
Apakah maksud MERIDIP BADAI, dan boleh kah ia digunakan sebagai tajuk penceritaan tentang perit maung beberapa orang menghadapi kehidupan yang mencabar?Tidak ada maklumat tentang kata meridip dalam pangkalan data kami. Kata ridip bermaksud sirip di belakang ikan dan tidak tepat dari segi semantiknya untuk ditambah imbuhan me-... dan digabungkan dengan perkataan badai yang bermaksud taufan.Tatabahasa22.07.2011
Assalamualaikum, "Spoken word" ialah seni mempersembahkan puisi yang berfokus pada permainan kata dan penceritaan. Seni ini berasal dari Afrika. Maka, unsur-unsur hip-hop boleh dilihat dalam persembahan. Seni ini berbeza dengan deklamasi sajak kerana puisi yang ditulis sememangnya dicipta untuk dipersembahkan di atas pentas, bukan sebagai bahan bacaan. Persembahan mungkin diiringi muzik dan tarian, atau lain-lain. Yang membuat persembahan "spoken word" dipanggil "spoken word artist". Jadi, bolehkah tuan/puan cadangkan terjemahan bagi "spoken word artist"? Terima kasih.Cadangan terjemahan bagi "spoken word artist" ialah "penglipur lara".Penyemakan dan penterjemahan21.09.2015
123

Kembali ke atas