Salam tuan di talian, 1. Apakah terjemahan yang berikut sesuai untuk istilah komputer di bawah? a. ink jet printer - pencetak jet dakwat b. laser jet printer - pencetak laser Sekian, terima kasih. | a. ink jet printer - pencetak jet dakwat b. laser jet printer - pencetak jet laser | Ejaan | 20.09.2012 |
Salam, Adakah dibenarkan dalan tatabahasa Melayu untuk kita menggunakan "hyphenated words" spt "printer-friendly" > "pencetak-ramah pengguna" dsb. TK | Tanda sempang lazimnya digunakan dalam kata ganda seperti rama-rama dan rumah-rumah. Istilah yang kami cadangkan bagi printer friendly ialah pencetak mesra pengguna (tidak perlu tanda sempang). | Ejaan | 27.12.2011 |
Salam 1 Malaysia 1. Ali jatuh sakit kerana dia bermain bola (pada hari hujan/semasa hujan). 2. Aiman menghantar emel kepada kawannya (dengan/menggunakan/dengan melayari/melalui) 3. Saya menggunakan mesin pencetak untuk mencetak gambar yang ditangkap (oleh/dengan/menggunakan) kamera digital. 4. Susanti memakai sari yang (dihadiahkan/dihadiahi) oleh ibunya. 5. Adakah "oleh" perlu diikuti dengan objek hidup? 6. Saya berenang (di dalam/di) air Terima kasih. | 1. Ali jatuh sakit kerana dia bermain bola semasa hujan. 2. Aiman menghantar e-mel kepada kawannya melalui ... 3. Saya menggunakan mesin pencetak untuk mencetak gambar yang ditangkap dengan/menggunakan kamera digital. 4. Susanti memakai sari yang dihadiahkan oleh ibunya. 5. Kata sendi nama oleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa beberapa maksud. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 283. 6. Saya berenang di dalam air. | Tatabahasa | 02.10.2012 |
1. ________________ pendatang asing di negara ini menimbulkan persaingan dalam kalangan penduduk tempatan dalam sekitar pekerjaan. A. kesesakan B.keramaian C. kepadatan C. kebanjiran 2. 1. Muka adik hitam terkena dakwat pencetak komputer. ii. "Buku rujukan itu tidak ada muka surat dua puluh lima ,"kata Azli. iii. kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh pada hari muka. iv. Leman bercermin di muka tingkap biliknya sebelum pergi sekolah. Mana ayat yang betul. Cerpen yang memenangi anugerah Cerpen Terbaik Peringkat Kebangsaan itu adalah hasil __________ A. buah fikiran B. buah kalam. Perkataan seerti bagi dangkal A. cetek B. dalam C. susut D. surut 1. Tiupan angin yang kencang telah menyebabkan bumbung rumah itu, A. terlucut B. tercabut c. terbuka D. terputus | 1. Kebanjiran pendatang asing di negara ini menimbulkan persaingan dalam kalangan penduduk tempatan dalam sektor pekerjaan. 2. Ayat IV betul. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk maklumat lanjut 3. Cerpen yang memenangi anugerah Cerpen Terbaik Peringkat Kebangsaan itu adalah hasil buah fikiran .... 4. Dangkal sama maksudnya dengan cetek. 5. Tiupan angin yang kencang telah menyebabkan bumbung rumah itu tercabut. | Tatabahasa | 01.05.2012 |
Salam/ Selamat Pagi, Saya mempunyai pertanyaan berkenaan ayat yang perlu digunakan untuk menggambarkan ruang/ sudut. Untuk makluman, pejabat saya sedang dalam proses mendapatkan Persijilan Amalan 5S. Sehubungan itu, terdapat satu ruang/ sudut yang digunakan untuk proses percetakan (tempat di mana pencetak diletakkan). Soalannya, Apakah nama ruang/ sudut yang betul dan sesuai dengan keadaan tersebut? 1. Sudut Percetakan; 2. Sudut Pencetakan; atau 3. Sudut Cetak. Sila beri tunjuk ajar. Terima kasih. (Nor Hazila binti Haron) | Penggunaan yang betul ialah: 1. Sudut Pencetakan - percetakan ialah tempat/syarikat yang mencetak buku, manakala pencetakan ialah kerja-kerja (proses, urusan) mencetak. Sudut Pencetakan bermaksud tempat proses mencetak buku dan sebagainya dilakukan. | Tatabahasa | 04.01.2012 |
1)index Everest Braille Embosser V4 2)layout 3)emboss from page 4)format setting 5)top margin 6)single -sided 7)ink-jet printer | 1)tidak perlu diterjemahkan kerana Kata Nama Khas 2)susun atur 3)cetak timbul pada halaman 4)set format 5)jidas atas 6)sebelah 7)pencetak pancut dakwat | Istilah | 10.01.2011 |
Ada ke akta yang melindungi hak penulis yang mengatakan penulis tak perlu melaporkan manuskripnya kepada mana-mana pihak kecuali Penerbitnya kalau nak tulis buku. Kalau ada harap tuan dapat berikan. | Tidak ada akta yang mengatakan penulis tidak perlu melaporkan manuskripnya kepada mana-mana pihak kecuali penerbitnya. Pihak yang ingin menerbitkan bahan bercetak di Malaysia hendaklah mempunyai lesen pencetak dan permit penerbitan yang dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penerbitan, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Saudara boleh mendapatkan maklumat daripada Kementerian yang berkenaan dan merujuk Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 untuk maklumat selanjutnya. | Lain-lain | 08.05.2007 |
Salam Sejahtera. Apakah pembezaan 'Laman' dan 'Halaman'? ( Kedua-dua perkataan adalah berkaitan dengan istilah komputer. Terima kasih. | Dalam bentuk kata umum laman dan halaman sama maknanya, dan pemakaian dalam bidang istilah perlu melihat kepada istilah yang telah dibentuk. Dalam bidang komputer kebanyakan istilah page ialah halaman seperti page break - pemisah halaman, page addressing - pengalamatan halaman, page printer - pencetak halaman dan sebagainya, serta amat sedikit yang menggunakan laman seperti homepage - laman web. | Makna | 25.06.2010 |
assalamualaikum tuan,saya musykil tentang permohonan papan tanda saya yang ditolak atau tidak menepati ciri ciri bahasa malaysia.Diharap dapat kiranya pihak tuan memberikan kesalahan pada papan tanda kedai saya supaya saya dapat membuat pembetulan dengan secepat mungkin.Untuk pengetahuan pihak tuan saya sedang memohon permit perniagaan daripada MBSA dan ingin mempercepatkan proses permohonan tersebut kerana khuatir akan dikenakan tindakan daripada MBSA. Sekian.Terima kasih. Wassalam. | Penggunaan bahasa Melayu dalam papan tanda yang dilampirkan mempunyai kesalahan tatabahasa. Sila buat pembetulan seperti yang berikut: a. MENCETAK DAN MEMBEKAL = PENCETAK DAN PEMBEKAL b. T-SHIRT, JERSEY UNIT PERSATUAN , MUG, WOVEN BAG, CAP, PEN, LANYARD, SEMINAR BAG, MOUSE PAD = KEMEJA-T, JERSI, KEMEJA-T UNIT PERSATUAN, KOLE, BEG ANYAM, TOPI, PEN, LANYARD, BEG SEMINAR, PAD TETIKUS.
| Tatabahasa | 15.07.2013 |
salam, saya ada menghasilkan penulisan dan ingin menerbitkan hasil penulisan tersebut. Bagaimana DBP dapat membantu agar karya tersebut dapat diterbitkan. Adakah ia memerlukan kos? Dan, apa kriteria yang diperlukan dalam penghasilan buku tersebut? | Assalamualaikum saudara, Semua hasil penulisan yang dihasilkan oleh penulis, boleh diterbitkan oleh DBP sekiranya ia sesuai diterbit. Saudara hanya perlu menghantarkan bahan yang berkenaan kepada DBP dan kami akan membuat penilaian tentang kewajaran sama ada ia boleh diterbitkan atau tidak. Penilaian akan dilihat dari aspek kesesuaian penulisan itu dengan perancangan dan matlamat DBP. Bahan yang ditulis hendaklah bahan yang asli, menepati bidang dan sasaran pembaca. Isi kandungannya baik dan mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Sekiranya diterbitkan oleh DBP, semua kos akan ditanggung oleh DBP dan pencetak. Penulis akan dibayar royalti mengikut kadar yang ditetapkan berdasarkan kategori buku yang diluluskan. Sekiranya saudara berminat, sila ajukan bahan yang berkenaan kepada: Pengarah Penerbitan, Jabatan Penerbitan, Tingkat 19, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926, Kuala Lumpur. Semoga jawapan ini dapat membantu saudara. Terima kasih. | Lain-lain | 03.02.2010 |