Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.cu.ri] | ڤنچوري

Definisi : orang yg mencuri, maling. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.cu.ri] | ڤنچوري

Definisi : orang yg mencuri: ~ itu telah ditangkap polis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencuri

Peribahasa

Kelalaian menjemput pencuri.

Bermaksud :

Kerana kelalaian maka kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. 1. Pencuri itu memanjat di atas bumbung sebuah rumah. 2. Pencuri itu memanjat bumbung di atas sebuah rumah. Ayat mana satu yang betul?Ayat yang lebih gramatis ialah Pencuri itu memanjat bumbung sebuah rumah. Tatabahasa30.03.2017
Pencuri itu dikejar oleh "orang ramai" atau"ramai orang"??? Yang manakah betul dan mengapa jawapan tersebut betul?Ayat yang betul - Pencuri itu dikejar oleh orang ramai. 'orang ramai' dalam ayat tersebut merupakan frasa nama yang merujuk kepada masyarakat.Tatabahasa17.01.2011
minta tolong betulkan tanda baca ayat berikut : " Tolong! Tolong! Ada pencuri masuk rumah saya," jerit Abu!Penggunaan tanda baca yang betul - "Tolong! Tolong! Ada pencuri masuk rumah saya, jerit Abu."Tatabahasa15.04.2011
Mana subjek? Mana predikat? 1. Lori tersebut menyeret mangsa itu. 2. Kami telah menangkap pencuri itu. 3. Mereka akan membersihkan kawasan persekitaran rumah.

1. Lori tersebut [subjek] menyeret mangsa itu [predikat].

2. Kami[subjek] telah menangkap pencuri itu[predikat].

3. Mereka [subjek] akan membersihkan kawasan persekitaran rumah [predikat].

Tatabahasa26.08.2014
tolong semak kesalahan dalam ayat berikut :- Pencuri yang bersembunyi di atas sepohon kayu itu menggigil apabila disalak anjing. terima kasih.Ayat ini tidak tepat dari segi fakta kerana pohon bermaksud pokok dan tidak mungkin orang boleh duduk di atas pokok.Tatabahasa19.02.2013
Minta penjelasan terhadap ayat berikut: 1. Bau masakan Siti boleh dihidu hingga ke rumah saya ATAU hingga rumah saya 2. Kami mengekori pencuri itu hingga ke hujung lorong ATAU hingga hujung lorong. 3. Saya mencintai dia hingga ke akhir hayat ATAU hingga akhir hayat Terima kasihJawapan yang betul ialah:
1. Bau masakan Siti boleh dihidu hingga rumah saya
2. Kami mengekori pencuri itu hingga hujung lorong.
3. Saya mencintai dia hingga akhir hayat.
 
Bagi kata sendi nama hingga dan ke, kedua-duanya tidak digunakan secara berturutan. Bagi contoh ayat di atas kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa.
Tatabahasa26.04.2012
1)Hasrat Pak Cik Badrul memagari kawasan rumahnya dengan tembok agar tidak dimasuki pencuri tidak kesampaian apabila wang simpannya hilang.2)Seri Rama membawa kijang yang ditangkapnya dengan kandang yang diperbuat daripada buluh.TOLONG BETULKAN.Kedua-dua ayat tersebut betul, sebaliknya jika tuan menyatakan ayat tersebut salah, sila nyatakan kesalahannya untuk kita bincangkan.Tatabahasa25.07.2012
What does Id stands for in dbp's takrif ? Example for a word bajingan, its takrif is 'Id penjahat, pencuri'. So what Id stands for? Thank you for your hard-work, sir.Untuk makluman Id merupakan kependekkan bagi Indonesia, yang bermaksud perkataan tersebut berasal dari perkataan Indonesia. Untuk lebih jelas, mohon rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4, halaman li.Istilah25.11.2015
"Ampun tuanku, patik/hamba tidak berniat berbuat begitu," sembah penyamun kepada Sultan Azizah. Perkataan 'patik' atau 'hamba' yang manakah tepat untuk orang seperti pencuri/penyamun/perompak bergelar diri apabila menghadap sultan/kerabat diraja?Untuk makluman, kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba' pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya. Sehubungan dengan itu, dalam konteks ayat yang diberikan, tuan/puan hanya perlu menggunakan konsep yang sama sebagai rujukan.Tatabahasa27.10.2015
Assalamualaikum. Saya Hafez dari Bandar Baru Bangi. Saya nak tanya makna perkataan kleptokrat / kleptokrasi? Terima kasih.Salam sejahtera, Kleptokrasi terdiri daripada perkataan ‘klepto’ iaitu pencuri dan ‘cracy’ yang bermaksud pemerintahan. Terma kleptokrasi mula digunakan oleh sarjana sosiologi iaitu S. Andreski dalam beberapa tulisannya seperti The African Predicament: A Study in the Pathology of Modernisation. Andreski (Ellis 2008:451) merujuk kleptokrasi sebagai “a system of government [that] consists precisely of the practice of selling what the law forbids to sell”. Takrifan Andreski tersebut, secara literalnya kleptokrasi difahami sebagai satu sistem kerajaan yang mengandungi amalan ‘menjual apa sahaja yang dilarang oleh undangundang’. Hal ini bermaksud bahawa fungsi organ-organ kekuasaan dalam kerajaan ditentukan oleh mekanisma permintaan dan penawaran atau supply and demand dan bukannya undang-undang dan peraturan. Dalam erti kata lain, kleptokrasi adalah berdasarkan sistem pasaran. Kekuasaan yang dimiliki oleh kerajaan ditukar dengan sogokan dan wang demi memperoleh keuntungan dan kekayaan peribadi pemerintah. Fungsi kerajaan telah bertukar daripada memberi perkhidmatan kepada rakyat kepada menjalankan perniagaan demi kepentingan peribadi pemerintah. Hal ini mengakibatkan sumbersumber awam dilarikan oleh individu yang dinamakan kleptokrat melalui amalan rasuah untuk kepentingan peribadi. (Petikan di ambil daripada artikel prosiding Kerajaan Kleptokratik Pasca Reformasi dan Impaknya terhadap Pendemokrasian di Malaysia dan Indonesia oleh Mohd Izzuddin Nazaruddin & Mohamad Agus Yusoff (2017). E-Proceeding of the 6th International Conference on Social Sciences Research 2017)Lain-lain25.05.2018
123

Kembali ke atas