istilah mana yang betul: Pendaftaran Masuk atau Pendaftaran Kemasukan? | Frasa yang betul ialah "pendaftaran masuk". | Tatabahasa | 25.08.2011 |
Mana satukah yang betul PENDAFTARAN PELAJAR BARU atau PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU | Kedua-dua ayat tersebut betul. | Lain-lain | 03.04.2010 |
Berkaitan Pendaftaran Korpus DBP Tuan/Puan, Seperti pertanyaan dulu,saya masih manghadapi masalah pendaftaran Korpus DBP. Saya telah cuba menggunakan firefox dan explorer. Oleh sebab saya berada di Beijing sekarang, saya juga minta ahli keluarga di Malaysia untuk membuat pendaftaran tetapi permintaan juga ditolak. Oleh itu, dengan pertanyaan ini juga ada lampiran fail yang menunjukkan info yang saya isi dalam ruang-ruang pendaftaran. Sya berharap agar pihak berkuasa dapat beri tunjuk ajar. Sekian, Terima kasih. | Saya respons kepada pertanyaan terdahulu tentang Korpus Sastera. Untuk makluman saudara medan Korpus Sastera telah disediakan, walau bagaimanapun masih dalam peringkat pembinaan bahan. Setelah selesai dibina Korpus Sastera boleh diakses oleh orang ramai. Saya sendiri telah cuba mendaftar sebagai penyelidik dan masalah yang sama saya hadapi seperti saudara. Hal ini akan saya kemukakan kepada pengetahuan pihak pentadbir sistem. Sepatutnya penyelidik boleh mendaftar dan menggunakan pangkalan data korpus tersebut. | Lain-lain | 24.03.2011 |
Ayat A - Pihak kami tidak lagi akan mengedar borang pendaftaran seperti lazimnya. Ayat B - Pihak kami tidak lagi akan mengedar borang pendaftaran seperti lazim. Ayat C - Pihak kami tidak lagi akan mengedar borang pendaftaran seperti kelazimannya. Soalan - Ayat mana yang betul? | Ayat yang betul ialah Pihak kami tidak lagi akan mengedar borang pendaftaran seperti lazimnya. | Tatabahasa | 16.12.2010 |
maksud perkataan "daftar" atau "pendaftaran" | Daftar ialah susunan (nama, barang, dll) yg ditulis menurut urutan angka atau abjad, atau senarai, manakala pendaftaran ialah perihal memasukkan (mencatatkan) dlm daftar | Makna | 02.09.2007 |
minta pembetulan karangan surat ini. Tuan, PERMOHONAN PENDAFTARAN TASKA Adalah dengan hormatnya saya menarik perhatian perkara diatas. 2. Merujuk kepada surat tuan bertarikh pada 21 September 2010 dlm PKMD. Pk. 01/800/02/2/Jilid 14 memaklumkan untuk mendaftarkan TASKA. 3. Sukacita saya maklumkan seperti berikut :- 3.1. Surat tuan, Kepada Pengarah, Jabatan Perancang Bandaraya, Majlis Bandaraya Ipoh bertarikh 14 Julai 2010 dlm PKMD.PK. 01/800/02/2/ sehingga kehari ini belum lagi mendapat jawabpan. Walau bagaimana pun pihak Majlis Bandaraya Ipoh telah pun menghantar pegawai membuat lawatan serta meninjau kedudukan TASKA tersebut pada 22 September 2010. 3.2. Surat tuan, Kepada Pegawai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh bertarikh 14 Julai 2010 dlm PKMD.PK. 01/800/02/2 sehingga kehari ini belum lagi mendapat sebarang jawabpan. 4. Dengan ini saya akan membuat permohonan pendaftaran TASKA tersebut setelah mendapat maklum balas serta kelulusan daripada semua jabatan yang berkaitan dengan kadar yang segera. Sekian, terima kasih. Saya yang benar, | Encik Abdul Rahim, Tuan, PERMOHONAN PENDAFTARAN TASKA Dengan segala hormatnya surat tuan bertarikh 21 September 2010 dlm PKMD. Pk. 01/800/02/2/Jilid 14, memaklumkan untuk mendaftarkan TASKA dirujuk. 2. Sukacita saya maklumkan seperti yang berikut :- 2.1 Surat tuan, Kepada Pengarah, Jabatan Perancang Bandaraya, Majlis Bandaraya Ipoh bertarikh 14 Julai 2010 dlm PKMD.PK. 01/800/02/2/ sehingga kehari ini belum lagi mendapat jawapan. 2.2 Surat tuan, Kepada Pegawai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh bertarikh 14 Julai 2010 dlm PKMD.PK. 01/800/02/2 sehingga kehari ini belum lagi mendapat sebarang jawapan 3. Walau bagaimana pun pihak Majlis Bandaraya Ipoh telah pun menghantar pegawai membuat lawatan serta meninjau kedudukan TASKA tersebut pada 22 September 2010 4. Untuk makluman tuan saya akan membuat permohonan pendaftaran TASKA tersebut setelah mendapat maklum balas serta kelulusan daripada semua jabatan yang berkaitan dengan kadar yang segera. Sekian, terima kasih. Saya yang benar, . | Lain-lain | 01.10.2010 |
Apakah kesalahan ejaan dan imbuhan dalam ayat berikut? 2.Penduduk di Pekan Semenyih membantah tindakan sebuah kilang haram yang terbuang sisa-sisa toksid ke dalam longkang. 3.Hidayah memakaikan selendang berwarna hijau lumut semasa menghadiri majlis perkhawinan sepupunya. 4.Kerajaan akan memperkenal plat nombor pendaftaran pintar bagi mengatasi pemalsuan nombor pendaftaran kenderaan dinegara ini. 5. Murid sekolah itu tolak menolak ketika menaikki bas ke sekolah. 6. Mereka telah memelawa kami untuk menghadiri majelis yang akan diadakan pada malam ini. 7.Penglibatan rakyat negara kita dalam membantu mangsa gempabumi di negara jiran amat mengalu-alukan oleh pihak kerajaan. 8.Para peserta krusus itu bertukar-tukarkan pandangan bagi menyiapkan tugasan untuk dibentangkan pada hari terakhir nanti. | 1.Penduduk di Pekan Semenyih membantah tindakan sebuah kilang haram yang membuang sisa-sisa toksik ke dalam longkang. 2. Hidayah memakai selendang berwarna hijau lumut semasa menghadiri majlis perkhawinan sepupunya. 3. Kerajaan akan memperkenalkan plat nombor pendaftaran pintar bagi mengatasi pemalsuan nombor pendaftaran kenderaan di negara ini. 4.Murid sekolah itu tolak menolak ketika menaiki bas ke sekolah. 5.Mereka telah mempelawa kami untuk menghadiri majlis yang akan diadakan pada malam ini. 6.Penglibatan rakyat negara kita dalam membantu mangsa gempa bumi di negara jiran amat dialu-alukan oleh pihak kerajaan. 7.Para peserta kursus itu bertukar-tukar pandangan bagi menyiapkan tugasan untuk dibentangkan pada hari terakhir nanti. | Tatabahasa | 22.03.2013 |
Merujuk kepada No. Pendaftaran 6450/2012. Tajuk Permohonan Kilang Percetakan Dinamik Erajaya Sdn Bhd Co. No. 882076-H dari Syarikat Dinamik Erajaya Sdn Bhd. Bertarikh 10/05/2012 dan status tidak lulus. Boleh bagi tahu dengan lebih jelas bahagian mana yang perlu diperbetulkan. Kerjasama pihak tuan amat kami hargai. Terima kasih. | Kami telah merujuk iklan yang dihantar. Sila tukar perkataan PERCETAKAN kepada PENCETAKAN. | Lain-lain | 10.05.2012 |
I cuba lampirkan untuk pendaftaran iklan, tetapi itu tidak lampirkan. sila bagi tolong nak daftarkan | Untuk makluman, iklan tersebut adalah betul dan telah disahkan. Sila lihat lampiran. | Lain-lain | 07.03.2013 |
Selamat Pagi admin... No. Pendaftaran : 4927/2011 Pemohon : norhasimah Syarikat : Kool Kutz Inc Sdn Bhd Tajuk : salun kool kutz inc Tarikh Selesai : 05/09/2011 Status : TIDAK LULUS saya ingin mendapat penjelasan tentang permohonan saya di atas...sebab-sebab mengapa tidak mendapat kelulusan daripada pihak dbp, dan apa yang harus saya buat untuk mendapat kelulusan daripada dbp untuk iklan ini. Sila beri penjelasan.... terima kasih.. | Permohonan tersebut tidak diluluskan kerana keterangan aktiviti yang dikemukakan tidak jelas. Penggunaan perkataan "SALUN" sahaja tidak menggambarkan aktiviti/jenis perniagaan yang diusahakan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "Salun" bermaksud ruang (bilik besar dsb) utk sesuatu kegunaan tertentu (biasanya sbg tempat berniaga), sj kedai atau tempat perniagaan. Oleh yang demikian, cadangan keterangan aktiviti yang baharu ialah Salun Dandanan Rambut atau Salun Kecantikan atau Salun Persolekan. | Lain-lain | 07.09.2011 |