Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.da.kian] | ڤنداکين

Definisi : 1. perihal atau perbuatan men­daki, pemanjatan; 2. = dakian tempat yg mendaki (menaik): tidak usah kita tertawa pd waktu turun kerana ~ akan ditempuh pula; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.da.kian] | ڤنداکين

Definisi : 1 perbuatan (usaha dsb) mendaki: ~ gunung yg tinggi itu tidak dpt diteruskan. 2 bahagian bukit, jalan dll yg mendaki; lw penurunan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendakian

Peribahasa

Berbukit di balik pendakian.

Bermaksud :

Kesusahan yang silih berganti.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, benarkah ayat ini " Setiap peserta yang menyertai pendakian gunung itu bangun seawal tiga pagi". Sekian terima kasih.Sedikit pembetulan dibuat dalam ayat tersebut, iaitu "Setiap peserta yang menyertai program mendaki gunung itu bangun seawal tiga pagi".Tatabahasa30.04.2013

Kembali ke atas