Salam, boleh betulkan ayat ini " Ami menjadi sendi antara dua sahabatnya yang bermusuhan itu" | Ayat tersebut tidak tepat dari segi makna, perkataan yang sesuai dalam konteks ayat tersebu ialah pendamai, Ami menjadi pendamai antara dua sahabatnya yang bermusuhan itu. | Tatabahasa | 17.05.2013 |
selamat sejahtera, saya ingin bertanya apa yang dimaksudkan dengan rujukan yang berwasit? sekian terima kasih. | Rujukan yang berwasit bermakna sesuatu rujukan perkara yang dibuat dengan menggunakan orang tengah, pendamai dan seumpamanya. Walau bagaimanapun istilah ini bergantung pada bidang dan konteks. | Makna | 13.07.2009 |
Apakah perbezaan antara 'pengantara' dengan 'perantara'. Konteks: 'Mediator' yang menjadi orang tengah untuk membantu dua pihak yang bertelagah untuk mencapai kata putus dalam sesuatu kes (perundangan). | Pengantara dan perantara mempunyai maksud yang sama iaitu orang tengah, pendamai, dan pelerai. Malaysia menggunakan istilah pengantara bagi mediator (yang menjadi orang tengah untuk membantu dua pihak atau pihak-pihak yang bertelagah untuk mencapai kata putus dalam sesuatu kes perundangan) tetapi Indonesia menggunakan istilah perantara. | Istilah | 29.04.2011 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang frasa 'serampang dua mata'. Kamus menyatakan ia ada dua makna. Pertama, kiasan yang membawa maksud sesuatu dasar/program yang mempunyai dua matlamat/kepentingan/objektif. Kedua, ia peribahasa yang bermaksud orang yang menyebelahi dua pihak yang berlawanan. Terkait maknanya sebagai peribahasa, adakah 'serampang dua mata' digunakan untuk konotasi positif atau negatif? Kerana, apabila membaca takrif iaitu orang yang menyebelahi dua pihak berlawanan, timbul ketaksaan sama ada 'orang' itu pembelot (yakni membeloti kedua-dua pihak, membawa konotasi seorang oportunis) atau pendamai yang memihak kepada kedua-duanya bagi tujuan menjadi pengantara neutral yang bantu mudahkan pencapaian kata sepakat. | Makna peribahasa serampang dua mata diberikan dengan jelas dalam Kamus Dewan Edisi Keempat seperti yang anda rujuk. Kebijaksanaan intelektual Melayu sememangnya sangat terserlah dalam peribahasa yang boleh ditafsir pelbagai mengikut kesesuaian konteks penggunaan. Namun, serampang dua mata bukan pembelot kerana pembelot merujuk pada orang yang lari lalu memihak kepada pihak musuh, bukannya memihak kepada kedua-dua pihak yang berlawanan. | Makna | 05.01.2019 |