Apa beza 'pendamaian' dengan 'perdamaian'? | Pendamaian bermaksud perihal mendamaikan dan perdamaian bermaksud perihal berdamai. | Makna | 20.06.2013 |
Apakah perbezaan antara kedamaian dengan pendamaian?Sila berikan contoh ayat. terima kasih. | Kedamaian bermaksud keadaan damai (keadaan tidak terdapat atau tidak berlaku pergaduhan, peperangan, persengketaan, dan sebagainya; manakala pendamaian bermaksud perihal usaha membaikkan dua pihak (negara dsb) dengan menamatkan atau menyelesaikan perselisihan dan sebagainya, mewujudkan (memulihkan) perhubungan berbaik-baik antara dua atau beberapa pihak (negara dsb) yang bermusuhan (berperang, bertelingkah, berselisihan, dsb). | Tatabahasa | 06.04.2011 |
Apakah perbezaan perkataan-perkataan tersebut? Boleh berikan contoh ayat dan keterangan.Terima kasih. 1. a)berlanggar b)melanggar c)perlanggaran d)pelanggaran 2. a)binaan b) pembinaan 3. a)pertambahan b)penambahan 4. a)kedamaian b)pendamaian 5. a)budaya b)kebudayaan | Berlanggar bermaksud berlaga, beradu, berantuk dan sebagainya; melanggar bermaksud merempuh, menyerang, menyerbu dan menyalahi undang-undang; perlanggaran bermaksud perihal berlanggar dan pelanggaran bermaksud perihal melanggar. Untuk mendapatkan keterangan dan contoh ayat, termasuklah untuk perkataan-perkataan yang lain, layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan perkataan yang hendak dicari pada ruangan CARI dan saudara akan memperoleh data daripada pelbagai sumber seperti kamus, istilah dan sebagainya. Data daripada kamus dapat membantu saudara mendapatkan keterangan perkataan dan contoh ayat yang digunakan. | Tatabahasa | 05.04.2011 |