Dalam penyata kewangan, mana satu istilah yang sesuai untuk digunakan ya? 1. Lain-lain pendapatan 2. Pendapatan-pendapatan lain | Salam sejahtera, Jawapan yang tepat ialah Pendapatan lain. Lain dalam maksud ayat tersebut sudah membawa maksud pendapatan daripada sumber yang berbeza. Sekian, terima kasih. Layari www.prpm.dbp.gov.my untuk mengetahui lebih lanjut tentang penggunaan bahasa Melayu. | Tatabahasa | 06.04.2020 |
'Antara faedahnya ialah dapat meningkatkan pendapatan negara.' Adakah penggunaan kata pemeri ialah di atas tepat? Adakah frasa dapat meningkatkan pendapatan negara boleh berfungsi sebagai frasa nama? | ‘Antara faedahnya termasuklah dapat meningkatkan pendapatan negara...’ ialah ayat yang betul. | Tatabahasa | 10.02.2015 |
Definisi cukai. | Cukai membawa maksud bayaran yg dikenakan oleh kerajaan kpd orang perseorangan, perbadanan dsb mengikut pendapatan (kadar pembelian, nilai tanah dll) utk perbelanjaan negara. ~ kastam cukai yg dipungut oleh kerajaan atas barang-barang yg diimport atau dieksport. ~ pendapatan cukai yg dikenakan atas pendapatan seseorang. ~ pintu cukai yg dikenakan kpd pemilik rumah (di bandar). bercukai dikenakan cukai: barang ~. mencukai mengenakan cukai atas; memungut cukai drpd: Kerajaan sepatutnya ~ minuman keras, rokok dsb dgn lebih tinggi lagi. | Makna | 08.05.2014 |
Bagaimanakah caranya menulis angka di dalam sebuah ayat bagi penyediaan laporan. Contohnya : Analisis terhadap Penyata Pendapatan mendapati empat (4) daripada lapan (8) penyata mencatatkan surplus pendapatan. Perlukah diletakkan kurungan ( ) atau memadai dengan menulis angka sahaja. Mohon penjelasan pihak tuan/puan | Salam sejahtera, Puan, Cara penulisan nombor seperti yang puan nyatakan betul. Nombor satu hingga sembilan hendaklah dieja nombornya (boleh juga meletakkan nombor dalam kurungan), manakala nombor 10 dan ke atas ditulis dengan angka. Sekian, terima kasih. | Ejaan | 19.01.2018 |
Kejatuhan harga komuniti getah dan kelapa sawit telah menjejaskan pendapatan di dalam kalangan para petani. Yang mana salah. | Ayat yang betul ialah “Kejatuhan harga komuniti getah dan kelapa sawit telah menjejaskan pendapatan para petani”. (Gugurkan di dalam kalangan). | Tatabahasa | 23.02.2014 |
Bolehkah saya menggugurkan perkataan tahun dalam ayat atau ketika membuat perbandingan tahun. Contohnya: Pendapatan pelancong antarabangsa pada (tahun) 2014 adalah sebanyak RM72 bilion berbanding RM65.4 bilion pada (tahun) 2013. Sekian, terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah Pendapatan pelancong antarabangsa pada tahun 2014 ialah sebanyak RM72 bilion berbanding RM65.4 bilion pada tahun 2013. | Tatabahasa | 13.06.2016 |
Salam, saya rasa keliru antara subjek dan predikat dalam ayat ini : " Pendapatan yang diperolehnya agak lumayan dengan hasil jualan tersebut" & " Setiap hari, dia bangun awal untuk pergi ke pasar dengan menunggang motosikal"... Saya harap DBP dapat membantu. Terima kasih. | 1. (Pendapatan yang diperolehnya agak lumayan) - subjek (dengan hasil jualan tersebut) - predikat 2. (Setiap hari, dia bangun awal) - subjek (untuk pergi ke pasar dengan menunggang motosikal) - predikat | Tatabahasa | 18.04.2013 |
Pegawai bank itu mengatakan simpanan ialah pendapatan yang diasingkan untuk kegunaan pada masa depan? Adakah ayat ini betul ? Adakah perkataan mengatakan mesti disambung dengan perkataan bahawa? COntoh : pegawai itu mengatakan bahawa simpanan ialah menyimpan wang di bank. | Menurut data kami, ayat yang betul ialah "Pegawai bank itu menerangkan bahawa simpanan ialah pendapatan yang diasingkan untuk kegunaan pada masa depan" | Tatabahasa | 09.11.2016 |
Mohon terjemahan terma di bawah ke Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris: Contingencies - luar jangka Cost to income ratio - Nisbah kos kepada pendapatan - ? loan loss coverage - ? perlindungan kerugian pijaman - loan loss coverage Modal kumpulan 1 - Tier 1 capital Risk weighted capital ratio - Nisbah modal berwajaran Terima kasih Syameen | Contingencies - kontigensi, hal luar jangka Cost to income ratio - Nisbah kos kepada pendapatan loan loss coverage - perlindungan kerugian pijaman Modal kumpulan 1 - Tier 1 capital (tier lazimnya terjemahan peringkat atau tingkat, terjemahan kumpulan group) Risk weighted capital ratio - Nisbah modal Wajaran Risiko | Penyemakan dan penterjemahan | 26.05.2015 |
income, return | pendapatan, pulangan | Lain-lain | 03.02.2008 |