Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pendek (adjektif)
1. Bersinonim dengan rendah: renek, katik, katai, bantut, bangkut, ketot, kerdil, kontot, kompot,
Berantonim dengan tinggi

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan singkat, suntuk, tidak cukup masa,
Berantonim dengan lama

3. Bersinonim dengan ringkas: singkat
Berantonim dengan panjang

Kata Terbitan : memendek, memendekkan, kependekan, pemendekan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
assalamualaikum dan selamat sejahtera, apa yg saya ingin tuliskan di sini ialah mengenai dewan kosmik terbitan pihak dbp. alhamdulillah banyak input yang kami, sebagai pelajar dapat daripada majalah tersebut. namun apa yang saya kesal kan di sini ialah mengenai harga dan saiz. seperti mana yang diketahui karangkraf telah memberikan hakmilik dewan kosmik kepada pihak dbp semula.harga yang ditetapkan pihak dbp terlalu mahal. mmg lah ilmu itu penting. namun rm 6 dengan harga rm4.80(harga lama) mcm x munasabah. selain itu, jika dibandingkan kosmik lama dan baru, kosmik baru lebih pendek. dan pengisian agak kurang berbanding yg lepas. di harap pihak dbp dapat mempertimbangkan apa yang saya komenkan ini.terima kasih

Terima kasih dan syabas atas penghargaan saudara  kepada majalah Dewan Kosmik. Sebenarnya Karangkraf tidak memberikan hak milik Dewan Kosmik kepada DBP, seperti yang saudara sebutkan. Hak milik Dewan Kosmik ialah DBP kerana majalah ini diterbitkan mengikut Akta DBP. Saiz majalah Dewan Kosmik mengikut spesifikasi mesin cetak. Komen saudara tentang harga dan pengisiannya diambil maklum.

Lain-lain15.01.2008
Salam… Apakah perbezaan antara perkataan ‘memberi’ dan ‘memberikan’? Adakah frasa ini, ‘…memberi peluang kepada peserta’ salah? Saya dimaklumkan perkataan ‘memberi’ harus diikuti dengan manusia, manakala ‘memberikan’ pula harus diikuti dengan objek/bukan manusia. Apakah informasi ini betul? Sekiranya betul, adakah sama aplikasinya bagi perkataan-perkataan lain seperti beli, masak atau jahit? Terima kasih

Kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-…-kan menghasilkan kata kerja transitif dengan membawa maksud benefaktif atau manfaat. Dalam hal ini ayat yang terbentuk memerlukan dua objek, seperti contoh yang berikut:

“Aminah menjahitkan adiknya seluar pendek.”

“Ali memberikan adiknya buku cerita.”

(Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 197)

Kaedah ini boleh diaplikasikan untuk kata kerja lain, seperti beli, masak dan jahit.

 

Manakala, meN- merujuk kepada kata kerja aktif, seperti contoh ayat yang berikut:

“Anis memberi peluang kepada peserta untuk berfikir.”

(Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 177)
Tatabahasa15.08.2023

Kembali ke atas