| Bolehkah "Pendek kata" digantikan dengan "Pendek madah" dalam penulisan karangan? | Mengikut Kamus Dewan, pendek madah juga merujuk pada pendek kata; pendeknya. | Tatabahasa | 17.10.2014 |
| Madah berkait dengan pujangga, dan pujangga berkait dengan puisi. Adakah 'madah' boleh dikategorikan sebagai genre puisi? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, madah bermaksud 1. kata yang terutamanya digunakan untuk puji-pujian: Ramlah tersipu-sipu mendengar madah Tuan Penghulu itu; 2. (sastera lama) perkataan; berpanjang madah berkata (menghuraikan dll) dengan panjang lebar; pendek ~ pendek kata, pendeknya;. Bermadah pula bermaksud bersyair dll dengan memuji-muji, memuji-muji: saya ~ spt pujangga, dia membisu sahaja. Secara umum pembahagian genre ini dibuat mengikut bentuk, teknik dan persoalan dalam sesuatu hasil kesusasteraan itu. Jika mengikut konteks kesusasteraan Melayu pada hari ini, sebanyak lima genre dibahagikan dalam kesusasteraan Melayu, iaitu genre puisi, genre cerpen, genre novel, genre drama dan genre kritikan sastera. Dalam setiap genre itu pula dapat pula dibahagikan kepada jenis-jenis yang kecil lagi, contoh genre puisi dibagaikan pula kepada Puisi Melayu Tradisional dan Puisi Melayu Moden. Jenis-jenis Puisi Melayu Tradisional seperti pantun, syair, gurindam, nazam, seloka dan seumpamanya. Puisi-puisi Melayu Tradisional ini biasa ditentukan berdasarkan bentuk, teknik dan persoalan yang ingin dikemukakan dalam sesebuah puisi itu. Daripada huraian maksud, madah boleh dihimpunkan dalam genre puisi. | Sastera | 15.06.2019 |
| (1)Masalah remaja yang berlaku pada masa ini berpunca daripada kurangnya didikan agama daripada ibu bapa.(2) Ibu bapa sekarang tidak memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak walaupun mereka menyedari bahawa didikan agama yang sempurna dapat dijadikan pedoman hidup. (3)Mereka lebih mementingkan soal ekonomi dan kebendaan. (4)Hal ini menyebabkan pengetahuan agama anak-anak agak cetek dan anak-anak tersebut tidak mengenal apa itu baik dan apa itu buruk. (5) Anak-anak tersebut tidak tahu membezakan antara betul dengan salah dan membandingkan antara halal dengan haram. (6) Oleh sebab itu, anak-anak tersebut membabitkan diri dalam kegiatan yang tidak berfaedah.(7) Misalnya, anak yang tidak memupunyai didiak agama akan berfoya-foya di kafe siber dan pusat permainan video selepas pulang dari sekolah. (8) Sepatutnya, masa ini digunakan untuk menunaikan solat dan membaca buku-buku agama. (9)Pendek kata, kecetekan didikan agama dalam kalangan anak-anak merupakan salah satu faktor masalah remaja. AYAT 4,5- saya tidak dapat pasti sama ada ayat itu betul atau salah. DBP, SAYA MENGGUNAKAN SEMINGGU UNTUK MELATIH KARANGAN INI. Tolong semak peranggan ini. | 1. Masalah dalam kalangan remaja pada masa ini berpunca daripada kurangnya didikan agama daripada ibu bapa. 2. Ibu bapa kini tidak memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak walaupun mereka menyedari bahawa didikan agama yang sempurna dapat dijadikan pedoman hidup. 3. Mereka lebih mementingkan soal ekonomi dan kebendaan daripada mendidik anak-anak. 4. Hal ini menyebabkan pengetahuan agama anak-anak agak cetek dan tidak mengenal apa itu baik dan apa itu buruk. 5. Anak-anak tersebut tidak tahu membezakan antara betul dengan salah dan antara halal dengan haram. 6. Oleh sebab itu, anak-anak mudah terdorong melakukan kegiatan yang tidak berfaedah. 7. Anak yang mempunyai kurang didikan agama lebih gemar berfoya-foya di kafe siber dan pusat permainan video selepas pulang dari sekolah. 8. Sepatutnya, kesempatan ini digunakan untuk menunaikan solat dan melakukan kegiatan berfaedah seperti membaca buku. 9. Pendek kata, kecetekan didikan agama merupakan salah satu faktor masalah dalam kalangan remaja. | Tatabahasa | 14.04.2011 |
| Salam sejahtera pihak DBP, Dalam kebanyakan teks Inggeris yang saya jumpa, huruf pertama kata nama khas itu dalam huruf besar. Apabila kata nama khas itu disebut lagi, tetapi dipendekkan, perkataan itu masih lagi bermula dengan huruf besar. Jika diterjemahkan kepada bahasa Melayu, perlukah kita mengikut format mereka, atau kita mulakan versi pendek kata nama khas itu dengan huruf kecil dan dianggap kata nama am? Saya ada memberikan penjelasan tatabahasa bahasa Inggeris di bawah sekali. Bolehkah penjelasan itu diguna pakai untuk bahasa Melayu? Contoh ayat seperti berikut: 1. He went to the prestigious School of Witchcraft and Wizardry. However, the School is very much full of pompous and snobby rich kids. Informasi kata nama khas bahasa Inggeris: In English, proper nouns are capitalized to distinguish them from common nouns. A proper noun refers to a specific person, place, organization, or thing, while a common noun refers to a general category. Capitalizing proper nouns helps identify them as unique entities. In the example you provided, "School of Witchcraft and Wizardry" is a proper noun as it refers to a specific institution, a particular magical school. When it is first mentioned, it is capitalized to indicate that it is a proper noun. In subsequent references, even when the full name is not used, the word "School" is capitalized because it is still referring to the specific institution, and the capitalization helps maintain that connection. | Kata nama am yang merujuk kepada kata nama khas dalam ayat sebelumnya tidak dieja dengan menggunakan huruf besar. Ini ialah gaya penulisan yang lazim diamalkan. | Lain-lain | 14.07.2023 |
| slogan merupakan kata yang pendek tetapi memberi kesan. siapakah yang mencipta slogan kami prihatin dan anda bijak jauhi zina? | Pertanyaan saudara di luar skop Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila rujuk organisasi yang menggunakan/menguar-uarkan slogan berkenaan. | Lain-lain | 13.01.2011 |
| unsur perlambangan dalam peribahasa dan asal usul bermula peribahasa | Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa telah lama digunakan/wujud dalam masyarakat Melayu atau masyarakat lain juga. Untuk melihat asal usul, jenis dan ciri-ciri (termasuklah perlambangan)sila lihat kajian/buku tentang peribahasa. | Lain-lain | 26.01.2008 |
| 1) Adakah kata gantinama Tuan untuk Nabi s.a.w sesuai dimulakan dengan huruf besar? 2) Bolehkan mulakan ayat selepas noktah dengan perkataan 'kerana' atau 'dan'? | Kata ganti nama yang sesuai untuk Nabi SAW ialah Rasulullah/Ya Rasulullah. Kata ganti nama Tuan tidak digunakan untuk Nabi SAW. Kerana ialah kata hubung yang menerangkan punca atau sebab berlakunya sesuatu keadaan atau kejadian. Oleh yang demikian, kerana tidak digunakan dalam permulaan ayat selepas noktah. Perkataan dan pada dasarnya, mengikut hukum tatabahasa bahasa Melayu, seharusnya tidak boleh digunakan pada permulaan ayat kecuali dalam penulisan karya sastera yang dihasilkan oleh sesetengah pengarang, terdapat penggunaan "dan" pada permulaan ayat kerana ia merupakan gaya pengarang itu sendiri yang gemar menggunakan ayat yang pendek-pendek. | Tatabahasa | 06.02.2019 |
| Mohon bertanya. Bolehkah memulakan ayat baru dengan menggunakan perkataan "Dan" dan "Tetapi" sebagai contoh. Contoh ayat: Dan ia dipaparkannya sekali lagi di layar TV hari ini. | Perkataan "tetapi" ialah kata hubung gabungan tidak boleh digunakan pada awal ayat, manakala perkataan "dan" pada dasarnya, mengikut hukum tatabahasa bahasa Melayu, seharusnya tidak boleh digunakan pada permulaan ayat kecuali dalam penulisan karya sastera yang dihasilkan oleh sesetengah pengarang, terdapat penggunaan "dan" pada permulaan ayat kerana ia merupakan gaya pengarang itu sendiri yang gemar menggunakan ayat yang pendek-pendek. | Tatabahasa | 20.01.2019 |
| Kata adjektif untuk membandingkan orang ialah( tinggi x rendah )atau (tinggi x pendek) ? | | Kedua-dua antonim tinggi lawan rendah dan tinggi lawan pendek boleh digunakan. | | Tatabahasa | 29.03.2017 |
| Apakah perbezaan syarahan perdana,taklimat dan ucapan. | Syarahan perdana ialah satu bentuk syarahan/ceramah yang disampaikan di tempat yang luas dan disaksikan oleh penonton yang ramai. Taklimat ialah penerangan ringkas tentang sesuatu perkara. Ucapan ialah 1. apa yg diucapkan, perkataan (kata-kata) yg diucapkan: aku seolah-olah terpesona dgn segala ~nya itu; 2. cara menyebut sesuatu kata, lafaz, sebutan: ~ setiap kata haruslah jelas; 3. syarahan, pidato: dia telah memberi suatu ~ pendek; 4. kata-kata yg mengandungi harapan supaya selamat (sejahtera dll), kata-kata yg menyatakan terima kasih dll: Yang di-Pertuan Agong telah mengirim ~ selamat kpd Presiden India; 5. = ~ bahasa sj peribahasa, simpulan bahasa, ungkapan; | Istilah | 14.05.2009 |