Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.dé.kar] | ڤنديکر

Definisi : (pendékar) 1. orang yg pandai bersilat (bermain senjata dll); 2. jaguh, pahlawan: segala hulubalang, pahlawan, ~ tiadalah terhingga lagi; ~ lidah (kata) orang yg pandai berbahas, ahli pidato (syarah); ~ pena orang yg pandai menulis rencana dll di surat khabar; ~ pulut Kl ahli pencak silat yg mengambil kesempatan utk mendapat rezeki drpd pengetahuannya; ~ sambal Kl pendekar yg pengecut dan mudah ditewaskan; ~ elak jauh prb orang yg amat berhati-hati dan sentiasa bersedia mengelakkan diri drpd bahaya; tiada ada ~ yg tak bolos, tak ada juara yg tak kalah prb bagaimana pandai seseorang itu ada kalanya membuat kesilapan (kesalahan dll) jua; kependekaran perihal (sifat) pendekar: masing-masing cuba menunjukkan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.dé.kar] | ڤنديکر

Definisi : 1. orang yg pandai bermain senjata; 2. askar dll yg gagah berani, pahlawan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.dé.kar] | ڤنديکر

Definisi : /pendékar/ 1 orang yg pandai bersilat atau pandai bermain senjata. 2 askar yg gagah berani; pahlawan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pendekar (kata nama)
Bersinonim dengan pesilat, ahli silat, tukang silat, tukang pencak, tukang terlak.,

Peribahasa

Tidak ada pendekar yang tak bulus,
     tak ada juara yang tak kalah.

Bermaksud :

Meskipun pandai ada kalanya salah (keliru) juga. bulus = kena.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ada 2 buah manuskrip antologi cerpen remaja bertajuk "Sang Ombak dan Laut" dan "Pendekar Sungai Deli". Saya berhasrat untuk menghantarnya kepada tuan untuk penilaian dari segi kesesuaian untuk diterbitkan. Harap tuan beri maklumbalas.Saudara boleh menghantar manuskrip tersebut kepada Ketua Editor, Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur.Lain-lain27.08.2010
salam, sy nk tanya kalau bg pahlawan perempuan, diberikan perkataan srikandi, kalu bagi pahlawan lelaki, adakah ada nama lain utk menggantikan pahlawan?Pahlawan bersinonim dengan wira, pendekar, sateria, kesateria, perwira dan panglima.Tatabahasa07.01.2013

Kembali ke atas