Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.de.nga.ran] | ڤندڠرن

Definisi : 1. pancaindera utk men­dengar, alat mendengar (seluruh bahagian telinga): kalau ~ rosak, tentu tidak boleh mendengar lagi; 2. perihal mendengar(kan), apa yg dapat didengar: Kak Bedah meng­angkat kepalanya utk menjelaskan ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.de.nga.ran] | ڤندڠرن

Definisi : 1 pancaindera utk mendengar; kuasa atau daya utk mendengar: Kebanyakan binatang mempunyai ~ yg tajam. 2 hal mendengar atau mendengarkan: Pd ~ saya, ia hendak pulang ke Manila minggu hadapan. 3 apa-apa yg dpt didengar: Ani mendekati tempat perbualan itu utk menjelaskan ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendengaran

Peribahasa

Ukur mata dengan telinga.

Bermaksud :

Menurut penglihatan dan pendengaran.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
artikel mengenai perkembangan bahasa kanak-kanak dan masalah pendengaran terdapat dalam keluaran mana dalam majalah DBPSaudara boleh merujuk Katalog Awam dalam Talian yang dikendalikan oleh Pusat Dokumentasi Melayu DBP yang boleh dicapai melalui laman web DBP.Lain-lain08.10.2007
Assalamualaikum, pada sesetengah kitab Tauhid, perkataan "al-sam'," diterjemahkan sebagai "pendengaran," dan "al-basar" sebagai penglihatan untuk menyelaraskan terjemahan tersebut dengan masdar (kata dasar) bahasa Arab, menunjukkan ianya sebagai sifat dan membezakannya dengan kata kerja. Akan tetapi, perkataan "al-kalam" diterjemahkan sebagai "berkata-kata" iaitu kata kerja dan tidak diterjemahkan sebagai "pengataan" dan istilah ini tidak saya temui dalam carian saya. Apakah cadangan istilah yang sesuai untuk diterjemahkan perkataan ini? Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih atas perhatian pihak tuan.Al-sam', al-basar, dan al-kalam merujuk kepada sifat Allah. Bagi perkataan al-kalam, terjemahan yang sesuai ialah "berkata-kata" iaitu merujuk kepada sifat Allah yang berkata-kata. Perkataan "pengataan" tidak gramatis dan tiada di dalam Kamus Dewan edisi keempat.Istilah20.04.2011
Saya sedang dalam usaha menjalankan kajian mengadaptasi ujian petuturan bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran. Justeru saya memerlukan khidmat DBP untuk mendapatkan senarai kata nama dalam bahasa melayu yang terdiri daripada 3 huruf dan 4 huruf. Jasa baik DBP amat dihargai. Terima Kasih

Sdr. Faizzuddin, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Pada pendapat saya ada lebih baik saudara menyemak kata nama yang diperlukan ini melalui pelbagai kamus yang ada di pasaran, termasuklah kamus yang dikeluarkan oleh DBP.

Ejaan29.04.2009
halua telinga atau halwa telinga ?Yang betul ejaannya ialah halwa telinga, iaitu sesuatu yang menyedapkan pendengaran seperti lagu, syair dan lain-lain.Istilah18.12.2009
Apakah perbezaan di antara perkataan AUDIO VISUAL dan DIGITAL? sila berikan definisi untuk kedua-dua perkataan tersebut. terima kasih.

Makna audiovisual ialah sesuatu yang melibatkan atau menggunakan pendengaran dan penglihatan (berkenaan usaha mengajar atau menyampaikan maklumat dan lain-lain), pandang dengar.

Manakala digital pula bermakna sesuatu yang beroperasi dengan menggunakan angka atau aksara lain untuk mewakili data.

Makna17.03.2009
Selamat sejahtera. Saya bercadang untuk menggunakan Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi terbitan 2008 sebagai sumber untuk membina senarai kata konsonan-vokal-konsonan-vokal yang akan digunakan dalam ujian pendengaran. Sebelum itu, saya ingin bertanya tentang kriteria kemasukan perkataan dalam daftar kata tersebut. Adakah ia meliputi kata bahasa percakapan, dialek dan sebagainya? Sebahagian daripada perkataan dalam Daftar Kata tersebut tidak terdapat dalam Kamus Dewan (edisi keempat). Terima kasihUntuk makluman saudara, entri yang terkandung dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu bersumberkan Kamus Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat. Selain itu, Daftar Kata Bahasa Melayu juga turut memasukkan kata-kata tertentu daripada Daftar Ejaan Rumi yang disusun oleh Za'ba dan Malay English Dictionary susunan R.J. Wilkinson serta Kamus besar Bahasa Indonesia. Oleh itu, dalam hal penyusunan senarai kata yang saudara rancangkan, eloklah dielakkan penggunaan kata yang dilabel sebagai bp/bahasa percakapan dan BI/Bahasa Indonesia dalam entri sumber.Lain-lain10.10.2011
maksud perkataan akustika dan lain-lain perkataan yang sama makna dengannyaDalam Kamus Dewan Edisi Keempat, terdapat perkataan akustik yang bermaksud kajian saintifik tentang bunyi ATAU bkn bunyi atau deria pendengaranMakna17.11.2006
Saya nak tahu samada Dewan Bahasa mempunyai sistem 1) TTS (Text to Speech Recognation) -Sistem dimana perkatan di sebut dan didengari apabila siap taip. 2)STT ( Speech to Text recognation)- Apabila menyebut sesuatu perkataan, ianya di taip dan boleh di baca bagi mereka yang cacat pendengaran. Kedua-dua sistem dah ada dalam bahasa lain dan bagaimana dengan Bahasa Kebanggaan kita. Jika ada siapa boleh saya hubungi dan sekiranya tak ada kami sedia membantu.

Maaf tuan, buat masa ini DBP belum menyediakan perkhidmatan tersebut. DBP sekarang ini sedang menambahbaikan sistem penyampaian ke arah sistem penyampaian yang lebih berkesan dan cemerlang. Terima kasih atas cadangan tersebut.  

Lain-lain01.04.2009
Salam, Saya hendak bertanya, apakah maksud lengkap bagi aural dan oral dalam bahasa melayu? Dan setahu saya, aural dan oral ini adalah bahasa inggeris yang telah dimelayukan..betulkah? Harap, pihak tuan boleh menjawab soalan ini dengan segera. Terima kasih.Padanan kata Bahasa Melayu bagi oral ialah lisan, manakala bagi aural ialah berkenaan telinga atau pendengaranMakna07.12.2009
Kami ingin mendapatkan pengesahan penggunaan perkataan “Kedai Fon” dalam papan iklan di stor kami di seluruh Malaysia. Adakah pengunaan perkataan “Kedai Fon” betul? Sekiranya salah, tolong nasihatkan penggunaan bahasa yang tepat dan betul. Nasihat pihak DBP akan digunakan untuk permohonan lesen iklan di masa yang akan datang. Sekian Terima Kasih. Thilaga Nagappan Eksekutif Pematuhan Undang-Undang Tesco Stores (Malaysia) Sdn. Bhd.Fon dalam sumber rujukan kami bermaksud alat yang dilekapkan pada sebelah atau kedua-dua belah telinga untuk mendengar lagu atau peranti yang diselitkan pada telinga untuk membantu pendengaran. Jika "Kedai Fon" yang digunakan membawa maksud fon yang dinyatakan dalam huraian tersebut, maka perkataan tersebut boleh digunakan.Istilah14.06.2012

Kembali ke atas