Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendepan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kata tugasKata tugas ialah unit yang tidak dapat berdiri sendiri yang memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Fungsinya sebagai  penghubung, penerang, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, dan pemeri. Contoh : dan, atau, wah, sila, maka, akan, sangat, pun, dan ialah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, halaman 91 - 93.Tatabahasa18.03.2010
Saya Thiti Manlee , ingin bertanya apakah Kata tugas dan kata hubung. Terima kasih wassalam.Kata tugas ialah unit yang tidak dapat berdiri sendiri yang memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Fungsinya sebagai  penghubung, penerang, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, dan pemeri. Kata hubung ialah perkataan yang bertugas untuk menghubungkan atau menyambungkan dua ayat tunggal atau lebih daripada dua ayat tunggal.Lain-lain16.11.2015
salam sejahtera... saya ingin mengetahui lebih lanjut tentang kata tugas dalam bahasa melayu. mohon bantuan

Saudari Zirah,

Kata tugas ialah unit yang tidak dapat berdiri sendiri yang memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Fungsinya sebagai penghubung, penerang, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, dan pemeri. Contoh : dan, atau, wah, sila, maka, akan, sangat, pun, dan ialah.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 91 - 93.

Tatabahasa23.09.2012
salam. bolehkah pihak tuan menyatakan definisi dan konsep kata tugas dengan memberikan pendapat beberapa ahli bahasa?

Salam Cikgu Zaiton.

Pihak kami menggunakan buku Tatabahasa Dewan sebagai sumber rujukan
utama mengenai tatabahasa bahasa Melayu. Sekiranya pihak puan ingin mengetahui maklumat lanjut berkenaan konsep kata tugas yang dikemukakan oleh ahli bahasa yang lain puan, bolehlah merujuk buku Nahu Melayu Mutakhir.

Namun begitu, di sini saya terangkan sedikit mengenai konsep kata tugas.

Kata tugas ialah unit yang tidak dapat berdiri sendiri yang memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Fungsinya sebagai penghubung, penerang, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, dan pemeri. Contoh : dan, atau, wah, sila, maka, akan, sangat, pun, dan ialah.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 91 - 93.

Tatabahasa23.09.2012
Nama saya Nipari Niduemong sedang belajar Bahasa Melayu dasar di Universiti Fatoni selatan Thai. Saya igin mengetahui tentang "Golongan kata"terdapat berapa bahgian dan terima kasih.Golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat ,iaitu kata nama,kata kerja,kata adjektif dan kata tugas. 



Kata nama am ialah kata yang merujuk kepada benda, orang atau konsep yang umum, misalnya jalan, guru dan kegemilangan, manakala kata nama khas ialah kata yang merujuk kepada orang, tempat benda yang khusus, misalnya Kuala Lumpur dan Muhammad.

Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konsruksi frasa kerja. Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen, dan keterangan. Dua kumpulan utama golongan kata ialah kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif.

Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat. Kata adjektif boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat sakit dan indah sekali.

Kata tugas ialah unit yang tidak dapat berdiri sendiri yang memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Fungsinya sebagai  penghubung, penerang, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, dan pemeri.
Tatabahasa24.10.2013
1)Diperkenalkannya imbuhan Ke pascakata sebab ade nya..kalau merupakan imbuhan apitan di-kan...nya bertindak sebagai apa 2)kebergantungan..imbuhan awalan apa?ke ade dua imbuahan awalan.. 3)pertama adakah kata tugas..persoalannya boleh kah menjadi imbuhan awalan per+tama

1. Imbuhan dipeR- ...-kan ialah apitan yang membentuk kata kerja pasif transitif, contoh ayat: Dasar Wanita diperkenalkan untuk membantu kaum wanita. "Nya" ialah kata ganti nama diri orang ketiga.

2. Mengambil contoh perkataan "kebergantungan", terbit daripada akar kata gantung, mendapat awalan beR- menjadi berguna dan menerima pula apitan ke-...-an. Dalam bahasa Melayu, tidak wujud apitan kebeR-...-an untuk menghasilkan bentuk kata seperti kebergantungan.

3. Kata tugas ialah unit yang tidak dapat berdiri sendiri yang memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Fungsinya sebagai penghubung, penerang, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, dan pemeri. Contoh : dan, atau, wah, sila, maka, akan, sangat, pun, dan ialah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 91 - 93.

Tatabahasa07.08.2018

Kembali ke atas