Apakah terjemahan untuk "Anti-Grooming Law" dan "child sexual grooming" dalam konteks penderaan seksual terhadap kanak-kanak? Saya dapati ada yang menterjemahannya sebagai "Undang-Undang Anti Dandanan" dan "dandanan seksual kanak-kanak". Adakah terjemahan ini betul? Terima kasih | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah anti-grooming law secara umumnya ialah undang-undang antiantun dan istilah child sexual grooming ialah antun seksual kanak-kanak. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 23.01.2024 |
Apakah terjemahan untuk "Anti-Grooming Law" dan "child sexual grooming" dalam konteks penderaan seksual terhadap kanak-kanak? Saya dapati ada yang menterjemahannya sebagai "Undang-Undang Anti Dandanan" dan "dandanan seksual kanak-kanak". Adakah terjemahan ini betul? Terima kasih | Untuk makluman, istilah "Anti-Grooming Law" dan "child sexual grooming" tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Pada pandangan kami, "Undang-undang Antidandanan" dan "dandanan seksual kanak-kanak" adalah salah. Untuk mendapatkan cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai, sila hubungi Bahagian Perisitlahan dan Leksikologi melalui talian 21479158/21479155. | Istilah | 08.09.2016 |
Apakah terjemahan "abusive head trauma" dalam konteks perubatan? Rujukan: https://en.wikipedia.org/wiki/Abusive_head_trauma | Cadangan padanan kami ialah trauma penderaan kepala atau trauma kepala terdera. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.11.2020 |
1. yang mana betul - seluruh penduduk kampung atau penduduk kampung. 2. ayat pasif yang mana betul- tulisannya yang cakar ayam itu tidak terbaca gurunya atau tulisannya yang cakar ayam itu tidak terbaca oleh gurunya. 3. yang manakah unsur keterangan dalam ayat ini - kementerian perpaduan negara dan pembangunan masyarakat banyak menerima laporan mengenai kes penderaan kanak-kanak. terima kasih | 1. Seluruh penduduk kampung merujuk kepada semua penduduk kampung. Manakala penduduk kampung pula merujuk kepada sebahagian penduduk kampung atau penduduk kampung yang tertentu sahaja. 2. Tulisannya yang cakar ayam itu tidak terbaca oleh gurunya. 3. Keterangan ayat ini ialah "banyak menerima laporan mengenai kes penderaan kanak-kanak. | Tatabahasa | 03.03.2009 |
Saya ingin bertanya tentang perkataan "prihatin": 1) Masalah mendera kanak-kanak memprihatinkan para pemimpin negara. 2) Masalah mendera kanak-kanak diprihatinkan oleh para pemimpin negara. Soalan 1 dan 2, yang mana satukah yg betul? Atau kedua-duanya betul? Sila jelaskan. | Ayat yang betul ialah Masalah penderaan kanak-kanak memprihatinkan para pemimpin negara. | Tatabahasa | 17.02.2023 |
Salam, Saya pelajar PhD bidang Kerja Sosial (Social Work) UKM ingin mendapatkan penjelasan mengenai perkataan berikut: 1. Assessment 2. Evaluation Penerangan Untuk perkataan 'assessment' pekerja social atau pegawai kebajikan akan melakukan 'assessment' berkaitan situasi klien yang dirujuk kepada mereka. Diantara proses-proses 'assessment' yang dilakukan ialah seperti berjumpa klien, bertanyakan tentang masalah-masalah yang dihadapi, melawat ke rumah klien untuk melihat situasi dan persekitaran tempat tinggal mereka, bertanyakan jiran-jiran , keluarga rapat klien, agensi-agensi-agensi berkaitan misalnya sekolah, pejabat kesihatan, pejabat agama, majikan keluarga klien bekerja dan sebagainya. Pekerja social akan menyediakan laporan social(untuk kes bantuan, warga emas, perpindahan sekolah, tujuan pelesan/pembebasan daripada institusi), laporan pelindung (jika kes berkaitan penderaan kanak-kanak), laporan akhlak(jika kes juvana terlibat salahlaku), laporan pengangkatan (kes anak angkat) Jadi, di sini apakah terma yang paling sesuai digunakan untuk 'assessment;' dalam konteks kerja social ini? Sekian, harap dapat memahami konteks yang saya maksudkan. SOPIAN BRAHIM Calon PhD Kerja Sosial UKM | Assessment dalam ungkapan umum diterjemahkan kepada penilaian atau penaksiran, dan istilah penaksiran juga digunakan dalam bidang pendidikan dan ekonomi, seperti assessment task diterjemahkan kepada tugas penaksiran. Evaluation diterjemahkan kepada penilaian dalam ungkapan umum dan juga peristilahan, seperti evaluation research diterjemahkan kepada penyelidikan penilaian. | Tatabahasa | 22.04.2016 |
Apakah beza penyenggaraan dan penyelenggaraan? Adakah 'penyelenggaraan' lebih sesuai digunakan untuk peralatan komputer seperti PC, Server, Firewall dsb. dan adakah 'penyenggaraan' lebih sesuai digunakan ke atas sistem aplikasi? | Penyenggaraan bermaksud 1. penyelenggaraan, pengurusan, pengusahaan, pengelolaan, pengaturan, pengendalian, pentadbiran, pelicinan, pemberesan, penyusunan, penjagaan, pengawasan. Akasnya ialah pembengkalaian. Penyelenggaraan bermaksud 1. pengurusan: pengusahaan, pengelolaan, pelaksanaan, pengaturan, pengendalian, pentadbiran, pelicinan, pemberesan, penyusunan. Akasnya ialah pembengkalaian. 2. pemeliharaan: pembelaan, penjagaan, perawatan, perlindungan, pertolongan, penaungan, pengawasan. Akasnya ialah penderaan. Walaupun perkataan penyenggaraan dan penyelenggaraan mempunyai maksud yang sama bagi mengelakkan pembengkalaian, tetapi perkataan penyenggaraan lebih sesuai untuk kerja yang melibatkan peralatan atau perkakasan dan pengetahuan sains dan teknologi. Contohnya: penyenggaraan komputer, web, sistem, dan jentera. Penyelenggaraan boleh dilaksanakan oleh orang atau organisasi. Contohnya: penyelenggaraan taman, harta, pesakit, dan pameran. Untuk bidang komputer, perkataan penyenggaraan lebih digunakan. Perkataan penyelenggaraan boleh digunakan tetapi hendaklah sesuai mengikut konteks tugas yang dilaksanakan. | Makna | 28.04.2011 |