Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.diam] | ڤنديام

Definisi : (orang yg) tidak suka bercakap-cakap: Zaini itu seorang murid yg ~ tetapi lekas dapat menangkap ajaran gurunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.diam] | ڤنديام

Definisi : orang yg tidak suka bercakap-cakap: Walaupun dia ~, dia bagus dlm pelajarannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendiam

Peribahasa

Air tenang menghanyutkan.

Bermaksud :

Orang yang pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan yang besar-besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Air gedang menghanyutkan).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Ayat: Afiq seorang pendiam dan berhati bersih. Penggunaan bersih dalam ayat betul atau salah?

Bersih juga dikiaskan kepada sifat jujur dan ikhlas, suci, murni. Berdasarkan makna yang tersebut contoh ayat yang diberikan adalah betul, walau bagaimanapun lazimnya kita mengungkapkan kata "berhati suci".

Tatabahasa21.09.2011
Adakah ' beliau' boleh digunakan untuk orang yang amat berjasa kepada kita dan sangat kita hormati seperti nenek , ayah dan emak?

 Sdr Wong,

Menurut Kamus Dewan,  kata beliau merupakan kata ganti nama diri ketiga (untuk orang tua atau orang yg dihormati): mentuaku seorang pendiam, ~ tidak suka anak-anaknya terlampau banyak bercakap. Oleh yang demikian, kata beliau boleh digunakan sebagai kata ganti nama diri untuk nenek, ibu, datuk, ayah dan sebagainya.

Tatabahasa03.03.2009
1. kesedaran mengamalkan makanan sihat memang telah ada tetapi belum memuaskan, kebanyakkannya hanya mula menjaga atau mengubah tabiat makan bila telah menghidap penyakit walaupun ramai tahu mencegah adalah ubat yang paling baik sekali. 2. di zaman ini, adalah sangat sukar sekali untuk seseorang itu merealisasikan sesuatu maklumat. apa yang di klasifikasikan sulit dan rahsia, boleh menjadi pengetahuan umum dan mudah sekali menyebar ke pelusuk dunia. cuma hanya dalam sekelip mata sahaja. 3. adalah menjadi tanggung-jawab syarikat otomatif mempastikan keadaan kenderaan sentiasa berada ditahap terbaik sekali. sebelum dibenarkan bergerak di jalanraya dimana ini wajar menjadi pra-syarat utama sebelum kereta tersebut terjual. 4. akibat penceraian menyebabkan anak-anak akan menjadi liar atau sebaliknya menjadi pendiam dan pendendam, sebagai akibat perbuatan bapa yang kerap melepaskan ketik puas hati kepada anak-anak dengan memukul, menumbuk dan menendang dengan tujuan untuk menghilangkan fikiran terhadap kes penceraan itu. 5. mereka perlu mengenal pasti halangan-halangan yang mungkin mereka menghadapi supaya pencapaian yang mereka perolehi itu lebih baik.Sila jelaskan soalan saudara.Lain-lain08.12.2011
ingin memahami dengan lebih mendalam mengenai penggunaan kata tugas "daripada". Contoh: Dia mengeluar pen daripada poket. (Adakah poket itu ialah tempat jadi... harus letakkan kata tugas "dari". Ataupun poket itu, sumber - jadi ayat itu betul?). Tolong jelaskan hukum "daripada dan dari" dengan jelas. Terima kasih

Sendi Nama "daripada"

Umumnya diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan manusia, unsur abstrak, perbandingan, sumber atau asal sesuatu benda, sebahagian daripada semua dan perbezaan. Menurut funsi tersebut, penggunaan SN daripada ini dapat dibahagikan kepada enam bahagian seperti yang berikut:

1. Sebagai kata yang letaknya di hadapan kata yang menyatakan manusia, dengan unsur manusia sebagai punca atau "tempat" datangnya sesuatu.

Contohnya: Aku tidak tahu daripada siapa dia mewarisi paras yang secantik itu.

2. Sebagai kata yang letaknya di hadapan kata nama atau frasa yang menyatakan sesuatu unsur yang abstrak.

Contohnya: Apabila Janaki telah baik daripada sakitnya, dia datang mengunjungi aku.

3. Menunjukkan perbandingan atau tahap yang didahulukan dan dikemudiankan.

Contohnya: Dia lebih pendiam daripada dulu.

4. Sebagai kata yang letaknya di hadapan kata nama atau frasa yang menyatakan penceraian sedikit daripada banyak atau menyatakan sebahagian daripada semua.

Contohnya: Enam orang daripada mereka mati disambar petir.

5. Menunjukkan perbezaan atau kelainan.

Contohnya: Cara hidupkau berbeza daripada cara hidupku.

6. Sebagai kata yang letaknya di hadapan kata nama atau frasa yang menyatakan maksud sumber atau asal.

Contohnya: Kulihat sebuah rumah kecil yang diperbuat daripada tanah.

 

Sendi Nama "dari".

Digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan araha, tempat atau waktu.

Contoh:

1. Hilmy keluar dari dalam bilik itu.

2. "Lama dah kak, dari pagi tadi".

3. Aku melangkah keluar dari rumahnya.

4. Dia betah sekali duduk bersila dari waktu sesudah sembahyang Isyak sampailah menjelang dinihari. 

 

 Yang betul: Dia mengeluar pen dari poket.

Poket dianggap tempat bukan sumber.

Tatabahasa22.08.2009

Kembali ke atas