Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.di.di/] | ڤنديديق

Definisi : orang yg mendidik, guru: sekarang Ali bertugas sbg ~ di sebuah sekolah di Kelantan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.di.di/] | ڤنديديق

Definisi : orang yg mendidik; guru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendidik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
perbezaan guru dengan pendidik

Pendidik dan guru membawa maksud yang sama

iaitu Guru bermaksud orang yang mengajar, pendidik, pengajar, pengasuh

manakala Pendidik bermaksud orang yang mendidik atau guru.

Lain-lain29.12.2007
manakah yang betul dan manakah yang salah: - 'para pendidik' - 'para-para pendidik' - 'para nabi' - 'para-para nabi' - 'para anbiyak' - 'para-para anbiyak'? sila nyatakan sebabnya sekali. sekian terima kasih.Yang betul: para pendidik,para nabi,para anbiyak. Kata para merupakan kata penunjuk jamak dan tidak perlu diulang penggunaannya.Tatabahasa13.05.2008
Apakah maksud dengan martabat dalam konteks seorang pendidik? Bagaimana seorang dapat meningkatkan martabat diri? Ada sumber rujukan yang berkenaan dengan soalan-soalan yang dikemukakan itu? Terima kasih

Martabat (pendidik) : kedudukan pada mata masyarakat/pelajar

Untuk rujukan sila layari:

www.geocities.com/pendidikmy/berita/isu38.html

www.pendidikbahasa.com/

umarjabbar.files.wordpress.com/2009/01/guru-sebagai-pendidik-profesional.ppt

atau sila rujuk buku berikut:

Mengangkat Citra Dan Martabat Guru. Adicita Karya Nusa, 1999

Lain-lain06.02.2009
Sebagai pendidik, saya sedang membuat satu program tentang kata kerja BM, bolehkah saya tahu tentang sekiranya saya ingin mengajar kata kerja, patut saya guna imbuhan bagi sesuatu kata kerja? Contohnya: - baca atau membaca? - ambil atau mengambil? my target audience is children of age of 3-9Dalam bahasa Melayu ada empat golongan kata termasuklah kata kerja. Apabila menyenaraikan kata kerja tidak perlu digunakan imbuhan, tetapi apabila menerangkan perbuatan berdasarkan konteks penggunaannya perlulah digunakan imbuhan. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh rujuk buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa05.06.2012
pengertian pendidik,pengajaran dan pembelajaranPendidik ialah orang yg mendidik, guru. Pengajaran pula ialah perihal mengajar, segala sesuatu yg berkaitan dgn mengajar (spt cara atau sistem mengajar) atau segala sesuatu (cara, perbuatan, dll) yg diajarkan, ajaran. Pengajaran juga bermakna peringatan, pedoman. Pembelajaran ialah proses (kegiatan) belajar. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan. Harap maklum.Makna26.07.2008
Difinisi: 1. Kualiti 2. Pendidik 3. Pendidikan 4. Dedikasi 5. Sahsiah.Kualiti ialah darjah kecemerlangan biasanya yg tinggi, mutu. Pendidik bermakna orang yg mendidik, guru. Pendidikan ialah perihal mendidik. Dedikasi bermakna pengabdian diri, masa. Sahsiah keperibadian, peribadi. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna20.09.2008
mua'ddibMuaddib: pengajar, pengasuh, pendidik.Makna01.09.2009
maksud guruGuru bermaksud orang yang mengajar, atau pendidik.Makna09.03.2010
saya ada beberapa soalan untuk diajukan. 1. apakah perbezaan antara "penyambut" dan "penangkap"? 2. apakah perbezaan antara "pengasuh" dan "pendidik"? 3. apakah perbezaan antara "pentafsir" dan penterjemah"1. Penyambut ialah  orang yang menyambut (tetamu dll), penerima  manakala penangkap ialah orang yang menangkap.

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Empat atau layari www.prpm.dbp.gov.my untuk melihat makna setiap perkataan.
Tatabahasa20.10.2013
apakah maksud wadah paling berkesan?wadah 1. Jw bekas (tempat) utk mengisi atau diisi sesuatu; 2. alat, asas, medan, saluran (utk melakukan atau menyampaikan sesuatu): pihak penganjur berharap seminar sedemikian akan menjadi ~ utk para pendidik bahasa dan sastera Melayu bertukar-tukar pendapat; ada orang melihatnya berfungsi sbg ~ pengiklanan, medan propaganda, suatu saluran utk menyampaikan informasi, dan bermacam-macam lagi , mungkin makna yang saudara maksudkan maksud yang kedua, iaitu sebagai asas/alat/medan yang paling berkesan.Makna16.10.2007
12

Kembali ke atas