| Selamat Petang. Saya ingin bertanyakan, sama ada penggunaan berikut adalah betul atau tidak, jika dipaparkan sebagai suatu info melalui saluran media massa, terutamanya, jika ianya adalah untuk saluran pendidikan. 6.00pg - 12 t/mlm Persoalannya; adakah 12 t/mlm betul dari segi penggunaan secara bertulis, iaitu "tengah malam" boleh diringkaskan sebagai t/mlm? Sekian, terima kasih di atas khidmat nasihat. | Ejaan ringkasan tengah malam ialah tgh. mlm. | Lain-lain | 19.07.2012 |
| Apakah maksud frasa berikut: 1.Rancangan pembangunan pendidikan. 2.Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. 3.Dasar Pendidikan Kebangsaan. 4.Rancangan Malaysia. 5.Pendidikan Tertiari. 6.Aspirasi negara. 7.Modal insan | Saudara boleh merujuk Jabatan Pelajaran, Kementerian Pendidikan atau kementerian-kementerian yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat berkenaan atau buku-buku yang berkaitan. 7. Modal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Personaliti unggul pula bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai personaliti unggul ialah seperti yang berikut: 1.Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara. 2.Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana. 3.Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik. 4.Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja. | Lain-lain | 08.11.2011 |
| Mohon untuk semakan nama-nama kursus berikut untuk program Sijil Veterinar Malaysia: 1. Asas Anatomi dan Fisiologi Veterinar 2. Makanan dan Pemakanan Ruminan 3. Asas Sains Klinikal 4. Aplikasi Teknologi Maklumat 5. Pengurusan Ternakan Pedaging 6. Communicative English 7. Pendidikan Islam 8. Pendidikan Moral 9. Asas Farmakologi Veterinar 10. Kenegaraan Malaysia 11. Pengembangan Veterinar 12. Pengurusan Ternakan Tenusu 13. Pengurusan Penternakan Unggas 14. Mekanisasi dan Automasi Ladang 15. Pengurusan Pastura dan Foder 16. Pengurusan Modal Insan 17. Kesihatan Ternakan 18. Keusahawanan Penternakan Ruminan 19. Pengurusan Aneka Haiwan 20. Sains Pembiakan Ruminan 21. Pengurusan Haiwan Kesayangan 22. Kejururawatan Veterinar 23. Perundangan dan Regulatori Veterinar 24. Kesihatan Awam Veterinar 25. Asas Patologi Veterinar 26. Produk Hiliran Ternakan 27. Latihan Industri | Ejaan yang betul dan terjemahan yang sesuai bagi perkataan berikiut ialah: 1. Asas Anatomi dan Fisiologi Veterinar 2. Makanan dan Pemakanan Ruminan 3. Asas Sains Klinikal 4. Aplikasi Teknologi Maklumat 5. Pengurusan Ternakan Pedaging 6. Communicative English - Komunikasi Bahasa Inggeris 7. Pendidikan Islam 8. Pendidikan Moral 9. Asas Farmakologi Veterinar 10. Kenegaraan Malaysia 11. Pengembangan Veterinar 12. Pengurusan Ternakan Tenusu 13. Pengurusan Penternakan Unggas 14. Mekanisasi dan Automasi Ladang 15. Pengurusan Pastura dan Foder 16. Pengurusan Modal Insan 17. Kesihatan Ternakan 18. Keusahawanan Penternakan Ruminan 19. Pengurusan Aneka Haiwan 20. Sains Pembiakan Ruminan 21. Pengurusan Haiwan Kesayangan 22. Kejururawatan Veterinar 23. Perundangan dan Regulatori Veterinar 24. Kesihatan Awam Veterinar 25. Asas Patologi Veterinar 26. Produk Hiliran Ternakan 27. Latihan Industri | Tatabahasa | 28.10.2020 |
| Mohon bantuan untuk mendapatkan terjemahan bagi istilah "index for inclusion". Konsep "inclusion" berkaitan Program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) yang dihadiri oleh MBPK bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan. MBPK terdiri daripada 6 kategori iaitu: i) Ketidakupayaan penglihatan ii) ketidakupayaan pendengaran iii) ketidakupayaan fizikal iv) ketidakupayaan pendengaran v) masalah pembelajaran vi) ketidakupyaan pelbagai Terima kasih. | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi istilah index for inclusion ialah indeks untuk rangkuman. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.03.2024 |
| selepas berbincang antara kami masih belum ada persefahaman yang sama, harap dapat pembetulan ayat di bawah yang mengikut tata bahasa yang baku. 1. Bercakap tentang kebudayaan, kata kebudayaan itu sendiri perlu ditakrifkan dahulu. 2. Akibat kurangnya pengetahuan agama, banyak belia yang tersesat. 3. Tugas membentuk disiplin kanak-kanak tidak merupakan tanggungjawab semata-mata guru di sekolah, tetapi dipertanggungjawabkan oleh kedua ibu bapa dan guru. 4. Bahasa Inggeris adalah bahasa pertuturan antarabangsa. Oleh itu tidak hairanlah di kota-kota banyak digunakan. 5. Lantaran itu di dalam dunia pendidikan menuju era globalisasi hari ini, terdapat pelbagai teknologi pendidikan yang cuba diaplikasikan terutama di dalam proses pengajaran seperti penggunaan laman web dan bahan multimedia yang lain. 6. Pendidikan pada hari ini terutama di era dunia tanpa sempadan, setiap aktiviti pembelajaran banyak dipengaruhi kemajuan di dalam teknologi maklumat dan bersifat elektronik. 7. Pendidikan Jasmani merupakan satu mata pelajaran ke arah kecergasan fizikal pelajar. 8. Dalam konteks pendidikan di Malaysia suatu perkara asas ialah wawasan pendidikan yang akan melahirkan rupa wajah anak bangsa, tentang masa depan yang cemerlang, tentang cita-cita luhur dan keunggulan. didahului terima kasih. | 1. Bercakap tentang kebudayaan, perkataan kebudayaan itu sendiri perlu ditakrifkan terlebih dahulu. 2. Ayat ini betul. 3. Tugas membentuk disiplin kanak-kanak bukan merupakan tanggungjawab guru di sekolah semata-mata, tetapi juga dipertanggungjawabkan kepada kedua ibu bapa. 4. Bahasa Inggeris ialah bahasa pertuturan antarabangsa, Oleh itu, tidak hairanlah bahasa Inggeris digunakan di kebanyakan kota. 5. Lantaran itu, dalam dunia pendididikan yang sedang menuju era globalisasi pada hari ini, terdapat pelbagai teknologi pendidikan yang cuba diaplikasikan dalam proses pengajaran sepeti penggunaan laman web dan bahan multimedia yang lain. 6. Setiap aktiviti pembelajaran pendidikan pada hari ini, terutama dalam era dunia tanpa sempadan banyak dipengaruhi kemajuan dalam teknologi maklumat dan bersifat elektronik. 7. Pendidikan Jasmani merupakan mata pelajaran yang menyumbang ke arah kecergasan fizikal pelajar. 8. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, satu perkara asas ialah wawasan pendidikan yang akan melahirkan anak bangsa yang mempunyai masa depan yang cemerlang dan cita-cita luhur dan unggul. | Tatabahasa | 27.02.2013 |
| Pengisytiharan. Adalah dengan rasminya diisytihar kanak-kanak TABIKA KEMAS berumur 6 Tahun dalam Parlimen Kuala Krau telah menyempurnakan pengajian bagi sesi 2012 Dan layak dianugerahkan Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak. * mohon semak kesalahan atau kesilapan ayat. terima kasih. | Dengan rasminya diisytiharkan bahawa kanak-kanak TABIKA KEMAS berumur 6 tahun dalam Parlimen Kuala Krau telah menyempurnakan pengajian bagi sesi 2012 dan layak dianugerahi Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak. | Tatabahasa | 09.10.2012 |
| mencari penerbitan baru buku berjudul " Cadangan Penyelidikan dalam pendidikan " berwarna hijau (cover), tajuk sebenar kurang saya ingat cuma hampir sama dengan apa yang saya berikan. sila bagi respon | Sehingga kini tajuk sedemikian tiada dalam koleksi penerbitan baru DBP. Tapi saudara boleh merujuk bahan ini untuk panduan. 1. Analisis data dalam penyelidikan pendidikan oleh Sulaiman Ngah Razali terbitan DBP tahun 2002 | Lain-lain | 22.02.2008 |
| mohon terjemahan yang tepat bagi perkataan di bawah ini:- 1. Sekolah Pendidikan Khas Vokasional 2. Guru penolong 3. Guru kokurikulum 4. Guru kanan matapelajaran matematik 5. Penolong kanan pentadbiran 6. Pengetua cemerlang Terima kasih! | Untuk mendapatkan terjemahan daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris, tuan bolehlah hubungi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) di talian 03-41451800 atau Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) di talian 03 - 21442506/21424381. | Lain-lain | 16.07.2014 |
| Mohon cadangan penggunaan istilah Bahasa Melayu yang sesuai bagi istilah-istilah berikut (khususnya dalam bidang pendidikan): 1. Active Learning 2. Collaborative Learning 3. Constructive Learning 4. Authentic Learning 5. Goal-Directed Learning 6. Entry Level 7. Adoption Level 8. Adaptation Level 9. Infusion Level 10. Transformation Level | Active Learning - Pembelajaran Aktif Collaborative Learning - Pembelajaran Kolaboratif Constructive Learning -Pembelajaran Konstruktif Authentic Learning -Pembelajaran Autentik Goal-Directed Learning -Pembelajaran Aktiviti Bermatlamat Entry Level -Pencapaian masuk 7 Adoption Level - Tahap Penerimaan 8 Adaptation Level 9 - Tahap Adaptasi 9 Infusion Level 10 - Tahap Infusi 10 Transformation Level - Tahap Transformasi | Istilah | 21.03.2019 |
| Perkembangan arus globalisasi telah menyebabkan peranan Bahasa Melayu tersisish dalam pendidikan. Ramalkan masa depan pembentukan istilah Bahasa Melayu dalam negara ini. | Soalan sdr ini berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah/guru. Oleh hal yang demikian, soalan sdr tidak berkaitan dengan perkhidmatan KNDBP. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya sdr membaca buku-buku seperti yang berikut: 30 tahun perancangan Bahasa Malaysia | 6&Jenis=2&Cari=1&Kata=Abdullah Hassan">Abdullah Hassan | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1987 | 499.23 Abd | Terperinci Bahasa Melayu baku dan perancangan bahasa | 6&Jenis=2&Cari=1&Kata=Awang Sariyan">Awang Sariyan | Dewan Bahasa dan Pustaka | 1990 Warna dan suasana: perancangan bahasa Melayu di Malaysia | 6&Jenis=2&Cari=1&Kata=Awang Sariyan">Awang Sariyan | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 2000 Bahasa dan globalisasi: cabaran terhadap perancangan bahasa Melayu | Puteri Roslina Abdul Wahid | Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu Perancangan Bahasa Melayu dan Dasar Pendidikan Negara | Puteri Roslina Abdul Wahid | Dewan Masyarakat | 01/04/2005 Sdr juga turut dipelawa menjadi Rakan Dewan yang menyediakan kemudahan seperti pinjaman dan rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. | Lain-lain | 01.05.2008 |