Ayat yang manakah tepat dan gramtis? (a) Saya tetap tekal pada pendirian saya. (b) Saya tetap tekal dengan pendirian saya. | Ayat yang tepat dan gramatis: Saya tetap tekal dengan pendirian saya | Tatabahasa | 06.11.2015 |
Di sini saya blh katakan yang pendirian DBP adalah tidak tetap. senang cerita, tiada pendirian. cthnya : saya search ejaan utk perkataan Wifi. jadi, saya klik pd 'Khidmat Nasihat'. Ejaan yang saya jumpa:1) Wifi2) wifikat sini jelas, DBP tidak ambil kisah dengan penggunaan huruf kecil dan besar. Saya boleh katakan kat sini yang bahasa Melayu sangat agresif dengan penggunaan huruf kecil dan besar. Terima kasih. Saya cuma inginkan kepastian tentang ejaan sebenar Wifi. Bukan perkataan ini sahaja. Banyak lagi perkataan lain yang sama dengan soalan saya ni.Jadi, saya nak tekankan disini, pihak DBP, PRPM sila cakna dengan penulisan anda. kerana laman web prpm ni satu-satunya pusat rujukan untuk bahasa Melayu. Diterima pada : 3/26/2017 10:32:48 AM | Dalam istilah Teknologi Maklumat tercatat perkataan Wi-Fi. Wi-Fi ialah jenama dan ejaannya standard di seluruh dunia, bagaimanapun dalam carian kami pelbagai bentuk ejaan yang ditemukan. | Ejaan | 26.03.2017 |
Mana mungkin ada orang yang tidak berasa sedih melihat kaumnya masih tetap pada/kepada pendirian lama. | Mana mungkin ada orang yang tidak berasa sedih melihat kaumnya masih tetap pada pendirian lama. | Tatabahasa | 10.04.2012 |
i.Kerajaan tetap tegas dengan pendirian memerangi rasuah sekalipun terpaksa melangkah arus hasrat itu tetap dilaksanakan sehingga membuahkan kejayaan. ii.Rancangan Malaysia Kesembilan dirangka, dirancang, dan akan dilaksanakan untuk memberikan kesedaran kepada lapisan setiap masyarakat menerusi penekanan kepada pembangunan modal insan. iii. Kekotoran sumber air di negara ini amat menyentuh perasaan kita yang mana hal seumpama ini pernah menimpa negara kita dalam tempoh beberapa dekad yang lalu. munsyi, saya tidak ada jawaban untuk latihan kesalahan tatabahasa dan istilah, bolehkah tunjuk ajar daripada munsyi dewan? TK | i. Kerajaan tetap tegas dengan pendirian memerangi rasuah sekalipun terpaksa melangkah arus hasrat itu tetap dilaksanakan sehingga membuahkan kejayaan. ii. Rancangan Malaysia Kesembilan dirangka, dirancang, dan akan dilaksanakan untuk memberikan kesedaran kepada lapisan setiap masyarakat menerusi penekanan kepada pembangunan modal insan. iii. Kekotoran sumber air di negara ini amat menyentuh perasaan kita yang mana hal seumpama ini pernah menimpa negara kita dalam tempoh beberapa dekad yang lalu. Penggunaan perkataan bergaris tidak sesuai dengan konteks ayat pertama. Perkataan bergaris dalam ayat kedua dibetulkan menjadi "kepada setiap lapisan" dan ayat ketiga tidak gramatis dari aspek pemilihan kata dan lihat juga ketepatan fakta dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 05.11.2014 |
mksud pribahsa,bagai panji2 ditiup angin? | Maksudnya pendirian yang tidak tetap. | Lain-lain | 24.06.2011 |
Betulkah tanda baca pada ayat di bawah: a) Mereka mempertahankan pendirian dengan komen seperti, "Saya dibayar dengan gaji yang besar.", "Begini caranya saya mencari nafkah untuk keluarga.", dan "Saya perlu buat begini supaya dapat bersaing dengan orang lain di pejabat.". | Penggunaan tanda baca dalam ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 29.02.2012 |
Saya telah meneliti makna dasar dan makna polisi seperti berikut; Dasar: (ii) pendirian yg menjadi asas segala tindakan (sikap, keputusan, dll), polisi. Manakala Polisi: (i) rancangan tindakan yg telah dipersetujui secara rasmi sbg asas untuk membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan, dasar. Saya dapati makna kedua-duanya adalah hampir sama dan dalam makna dasar, ada dinyatakan perkataan polisi. Begitu juga dengan dalam makna polisi, ada dinyatakan perkataan dasar. Persoalan saya, bolehkah saya katakan dasar dan polisi ini adalah perkara yang sama? Tambahan pula, dasar dalam bahasa inggeris adalah "Policy". Terima kasih. | Kami bersetuju dengan pandangan tuan, yang menyatakan bahawa perkataan dasar dan polisi ini mempunyai makna yang hampir sama. Terima kasih. | Lain-lain | 28.07.2020 |
apakah maksud liberalisme? | Menurut Kamus Dewan, liberalisme ialah fahaman yg liberal, fahaman atau pendirian yg mahukan demokrasi serta kebebasan dlm kegiatan ekonomi. | Makna | 28.07.2007 |
apakah maksud konsensus? | Makna konsensus ialah persetujuan bersama (umum) terhadap sesuatu perkara, kesepakatan pendirian, permuafakatan (rujuk Kamus Dewan) | Makna | 25.03.2007 |
Assalamualaikum, saya ingin mendapatkan penjelasan dari DBP tentang tiga perkara yang bersangkutan dengan sebutan / bahasa baku. Pertama, apakah yang dimaksudkan dengan baku sebenarnya dalam kontek bahasa? Kedua, sejauh manakah penggunaan sebutan / bahasa baku dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia? Ketiga, apakah pendirian rasmi Kerajaan Malaysia dalam isu baku ini kerana terdapat banyak keputusan / tindakan yang bercanggah dan tidak konsisten yang mengelirukan pengguna / rakyat dewasa ini. Justeru, pandangan muktamad serta pendirian DBP amat diharapkan dan sekiranya terdapat langkah atau usaha ke arah menguatkuasakannya semula, pohon diberi penjelasan juga. Terima kasih. | Bahasa baku bermaksud sistem bahasa yang digunakan seragam dan mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. Komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sejauh manakah penggunaan bahasa baku dalam kehidupan rakyat Malaysia dan pendirian kerajaan Malaysia berhubung hal ini, sila rujuk buku-buku berkenaan, makalah atau pusat rujukan berkaitan. | Lain-lain | 29.07.2010 |