Salam hormat, Mohon pengesahan bagi perkataan 1) PENDOKUMENTASIAN dan 2) SEDIADA/SEDIA ADA? Terima kasih. | Pendokumentasian ialah usaha (kegiatan, proses, dsb) atau mendokumentasikan sesuatu. Ejaan yang betul ialah sedia ada. Terima kasih. | Lain-lain | 23.10.2008 |
Assalamualikum... Bagaimana saya hendak mencari bahan sastera secara on line... saya dah cuba masuk melalui arkib... tapi tidak berjaya... Tolonglah saya dalam hal ini.. terima kasih | Apakah bahan sastera yang dimaksudkan? Kebanyak pendokumentasian dibuat dalam bentuk salinan cetak, saudara boleh kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan lain yang berhampiran untuk mendapatkan bahan yang diperlukan. | Sastera | 24.06.2011 |
pertanyaan tentang isu penggunaan bahasa melayu dalam mahkamah dan perbankan | Penggunaan bahasa Melayu dalam mahkamah dan perbankan telah dilaksanakan sejak tahun 1990. Keupayaan bahasa Melayu digunakan dalam kedua-dua aspek ini terbukti berjaya dan berkesan. Di mahkamah, proses perbicaraan dapat dijalankan dengan lancar dan penambahbaikan dari segi pengucapan dan pendokumentasian dibuat dari semasa ke semasa. Dalam sektor perbankan pula, banyak dokumen rasmi seperti risalah, perjanjian dan penyata kewangan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Transaksi kewangan juga telah dijalankan dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 06.03.2008 |
Sumbangan zaaba terhadap perkembangan bahasa Melayu | Sila rujuk bahan ini : 3. Za'ba: patriot dan pendeta melayu | Adnan Haji Nawang | Yayasan Penataran Ilmu | 1994 | 928.9923 Adn |
| Lain-lain | 18.04.2008 |
saya sudah beberapa kali menggunakan analisis kata untuk menjana kekerapan perkataan tetapi setakat ini tidak berjaya. mohon bantuan/penjelasan. terima kasih. dr hajar abdul rahim birmingham, uk. | Untuk makluman Dr., lazimnya apabila telah berdaftar dengan sistem korpus DBP, Dr. boleh mencapai sistem korpus dan mendapatkan input daripada sistem berkenaan. Walau bagaimanapun jika terdapat masalah dengan sistem berkenaan, Dr. boleh menghubungi Bahagian Sistem Maklumat DBP atau pegawai yang terlibat dalam pendokumentasian data korpus, iaitu Puan Chin Lee Yim melalui e-mel chin@dbp.gov.my. | Lain-lain | 14.11.2010 |
Saya harap tuan dapat membetulkan tatabahasa saya jika ada kesalahan.TQ agar tidak membuat bising. bertahun-tahun dia merantau. pengantin baru. sebagai akibat hujan lebat. membicangkan tentang. memperlebarkan jalan. atas perhatian. ramai kanak-kanak. amat merbahaya. menternak telur ayam. dalam peperiksaan. turun ke bawah. rumah orang tua-tua. makan kuih lagi. mendatangkan banyak. | Sdr. Izzat, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Harap pada masa hadapan berikan nama penuh dan no. kad pengenalan untuk tujuan pendokumentasian. TQ agar tidak membuat bising - TQ - seharusnya ditulis Terima kasih. sebagai akibat hujan lebat - seharusnya ditulis akibat hujan lebat. memperlebarkan jalan - tidak menjadi kesalahan besar , boleh sahaja ditulis melebarkan jalan. amat merbahaya - seharusnya ditulis amat berbahaya menternak telur ayam - seharusnya ditulis menternak ayam kerana telur ayam tidak boleh diternak. Ayat yang lain-lain betul dari segi penggunaanya. Atau untuk penjelasan yang lebih lanjut sila berikan ayat yang penuh. | Tatabahasa | 10.07.2009 |