Apakah kesalahan ejaan dan imbuhan dalam ayat berikut? 2.Penduduk di Pekan Semenyih membantah tindakan sebuah kilang haram yang terbuang sisa-sisa toksid ke dalam longkang. 3.Hidayah memakaikan selendang berwarna hijau lumut semasa menghadiri majlis perkhawinan sepupunya. 4.Kerajaan akan memperkenal plat nombor pendaftaran pintar bagi mengatasi pemalsuan nombor pendaftaran kenderaan dinegara ini. 5. Murid sekolah itu tolak menolak ketika menaikki bas ke sekolah. 6. Mereka telah memelawa kami untuk menghadiri majelis yang akan diadakan pada malam ini. 7.Penglibatan rakyat negara kita dalam membantu mangsa gempabumi di negara jiran amat mengalu-alukan oleh pihak kerajaan. 8.Para peserta krusus itu bertukar-tukarkan pandangan bagi menyiapkan tugasan untuk dibentangkan pada hari terakhir nanti. | 1.Penduduk di Pekan Semenyih membantah tindakan sebuah kilang haram yang membuang sisa-sisa toksik ke dalam longkang. 2. Hidayah memakai selendang berwarna hijau lumut semasa menghadiri majlis perkhawinan sepupunya. 3. Kerajaan akan memperkenalkan plat nombor pendaftaran pintar bagi mengatasi pemalsuan nombor pendaftaran kenderaan di negara ini. 4.Murid sekolah itu tolak menolak ketika menaiki bas ke sekolah. 5.Mereka telah mempelawa kami untuk menghadiri majlis yang akan diadakan pada malam ini. 6.Penglibatan rakyat negara kita dalam membantu mangsa gempa bumi di negara jiran amat dialu-alukan oleh pihak kerajaan. 7.Para peserta kursus itu bertukar-tukar pandangan bagi menyiapkan tugasan untuk dibentangkan pada hari terakhir nanti. | Tatabahasa | 22.03.2013 |
Justeru, penduduk menggesa agar pemantauan berkala DILAKSANAKAN dan tindakan tegas diambil terhadap individu yang membuang sampah secara haram. SOALAN : Adakah perkataan DILAKSANAKAN boleh dikategorikan sebagai Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap? Jika YA , mengapa? Jika TIDAK, mengapa? Terima kasih | Perkataan “dilaksanakan” merupakan kata kerja transitif pasif dan bukannya kata kerja tak transitif tanpa pelengkap. Perkataan “dilaksanakan” terhasil daripada kata kerja transitif aktif “melaksanakan”. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku terbitan DBP seperti yang berikut: (i) Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1219 (ii) Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 148 (iii) Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah Golongan Kata (DBP, 2015), halaman 32 | Tatabahasa | 07.08.2025 |